Pembaca Blog Ini...

Monday, July 12, 2010

Risiko memang ada

Sebenarnya dari semalam saya tak pi kerja. Pening dan sakit kepala. Hambik.. Dua dua ko.. Pening adaaaa sakit pun adaaa..


Tapi, bila dah tidur lebih sikit.. Dah rehat lebih sikit. Malam tu, rasa macam ok. Terus berjaga sampai pagi. Melayan cik abang tengok final WC. Beria ia juga laaa.. Tapi, akhirnya saya tewas juga. Tak tahan mata. Terus tidur.


Pagi ni bangun, kepala macam pening lagi. Terus laaaa pi klinik. Alang-alang pi klinik tu, terus tanya doktor pasal satu kemusykilan yang sedang saya alami sekarang. Beberapa simptom-simptom pelik yang melanda saya sejak dua menjak ini. Hmm... takpe laaa nanti saya cerita laaa bila saya dah bersedia.


Tapi, doktor kasi saya MC dua hari. Doktor suruh rehat kot... Baik betul doktor itu. Dapat beberapa jenis ubat. Doktor kata makan ubat dulu. Kalau berlarutan, haruslah kena ada check up lain kot. Kot je laaa.. Tak tahu lagi. Terpulang kepada keadaan juga. Tadi pun doktor tu check memang lebih beria-ria dari biasa. Check suhu badan, denyutan nadi laaaaaa, dada laaaaa, dahi.. leher laaa.. siap ken jelir-jelir lidah sebut aaaaaaa aaaaaa lagi...Nasib baik doktor tu tak tarik-tarik lidah saya... Tekanan darah dah tak rendah. 110/80 yang mana doktor kata normal. Alhamdulillah!


Haaaaaaaaaa... macam pelik kan? Mungkin lepas-lepas ni, check up akan lebih teliti. Ambil darah kot.. tah laaaa... Susah nak cakap.


Sebenarnya, saya tak rasa perkara ini normal. Sebab saya dapat rasakan semua ini adalah abnormal. Ditambah dengan faktor keturunan. Saya dapat rasakan, saya memang berisiko tinggi mendapatnya. Tapi, selagi tak disahkan, selagi itu saya masih ada harapan untuk tidak ada apa-apa kaitan dengannya. Apa-apapun, kalau betul.. saya tak terkejut. Sebab saya memang dah agak. Tapi, harap-harap tak lah.. (Risau juga sebenarnya)


Mungkin saya kena jumpa agen insurance untuk berbincang apa-apa yang berkaitan dengan segala kemungkinan. Sesungguhnya, sihat itu hanya dirasakan nikmat semasa kita sakit! Doakan semuanya akan ok, ye!

4 comments:

Irtiyah said...

Salam

Harap awak cepat sembuh. Jangan pikir banyak sangat ya :)

Anonymous said...

ain..semoga cepat sembuh...mcm tergiang2 lg ckp boss Has ms birthday party dia last week: doakan nikmat kesihatan adalah yg terbaik!!

~ain said...

irtiyah.. TQ! TQ!

~ain said...

has.. terima kasih... ye betui. kena ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..