Pembaca Blog Ini...

Tuesday, December 7, 2010

Tukar Kad Identiti

Dah lama dah kad pengenalan cik abang ni rosak.
Tapi, dia asyik bertangguh-tangguh nak buat.
Sibuk lah.. Malas lah.. Itu lah.. Ini lah...



Semalam, lepas ambil penyata bank kat cimb, terus dia ajak teman pi JPN jap.
JPN kat daerah ni, sangatlah aman damai.
Lenggang selengang-lengang nya!


Suka saya tengok.
Rasa macam nak ajak semua ahli keluarga datang sini buat IC baru.
Hahahah



Sampai je terus ambil nombor giliran.
No. Anda: 2021
No. Sekarang: 2020.
Duduk tak sampai 10 minit.



Kalau kat Serdang, pukul 8 pagi nombor giliran dah habis.
Tunggu sampai nak kena sawan dah dalam pejabat JPN tu.
Serik sangat sebab tu saya jaga betul-betul IC.
Tak sanggup nak duduk dalam pejabat JPN tu.
hahahah


Guna IC ni lagi sampai IC baru siap!

4 comments:

Zura said...

lelaki mmg kebykan nye ic rosak...alasan wallet letak poket blkg n duduk... tu yg senang rosak tue..

Tihara said...

haah, tk kose nk duk lam jpn lama2..jgalah ic anda sebaik nya..hehe

~ain said...

zura.. ye kot.. Ini tah kali ke berapa tah dah dia kena ganti IC..

~ain said...

kak tihara.. ye betul! tension....