Pembaca Blog Ini...

Saturday, January 8, 2011

Pencen ke?

Hari ini cuaca masih macam semalam.
Sejuk (beku)... Mendung... Hujan..
Cuma, hujannya tidaklah seperti Khamis dan Jumaat.
Hujan renyai-renyai sahaja..


Dari pagi sampailah pukul 3 petang tak de letrik kat rumah ni.
Mungkin TNB tengah baiki apa-apa yang rosak kot
sebab kebanjiran dan hujan lebat kan.
Mujur, kawasan rumah saya ni tinggi.
Rumah saya atas bukit.
Jadi, belum pernah banjir setakat ni.
Syukur...


Hujan-hujan macam ni, semua jadi lemau kan?
Saya lagilah lemau..
Dua tiga hari ni, asyik mandi express je.
Tak larat nak membelai belai semua tu.
Itupun dah cukup ketar-ketar segala bagai.
Sejuk weeeeeeeeeehhh!!!
Hahahhaa


Cik abang pulak, asyik basuh baju.
Saya pelik juga.


Saya tegur lah dia,
"Abang ni, asyik basuh baju je!"


Tau apa dia jawab?
"Alaaaa... nak buat apa lagi! Dah pencen...."


HAHAHAHAHA


Pencen ape kejadahnya laki aku ni?


2 comments:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

ke sbb x leh g kerja sbb banjir? hehehe

Zura Tahir said...

hehe..pencen..jawapan yg ringkas n padat..