Pembaca Blog Ini...

Wednesday, January 19, 2011

Kita berpisah kerana pertemuan bukan milik kita

Saya pernah bersekolah di Melaka ketika awal tahun darjah tiga
sehingga darjah lima kerana keadaan keluarga pada masa itu.



Masa darjah lima, emak kata saya kena balik bersekolah di Serdang.
Ketika itu, saya memang tak nak lah kan sebab
saya dah ada kawan-kawan yang best masa tu.
Tapi, apalah yang saya boleh lakukan.
Saya memang mahukan semua bersatu seperti sebelumnya.
Namun, sedihlah sebab saya terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang best.



Tapi, takpelah...



Masa emak telefon dan bagitau,
"Minggu depan emak dan ayah datang ambil ye.
Daftar sekolah kat Serdang"
sedihnya rasa hati.
Kena tinggalkan kawan-kawan baik masa tu.
Feda, Awin, Ju... Kitorang dulu geng kamceng.



Saya ingat lagi, Teacher Wan (tak ingat nama penuh)
panggil saya masa dalam kelas.
Dia ajak saya duduk kat tangga.
Dia cakap, "Ani, teacher sedih Ani nak pindah sekolah.
Tapi, emak dan ayah Ani dah suruh macam tu.
Duduk dengan emak ayah lebih terjamin.
Jadi, Ani kena ikut. Tapi... Ani, jangan lupakan teacher, ye?"

~Iye, Teacher! Saya tahu, semua itu untuk kebaikan saya. Saya faham...



Saya nampak Teacher lap air mata dengan tisu.
Saya tak boleh cakap apa.
Diam je sambil air mata bergenang.
(masa menaip ayat di atas pun saya bergenang air mata).
Rindunya kat Teacher.
Manalah agaknya Teacher sekarang..
Tak ingat nama dia. jadi tak boleh search dalam FB.
Saya tetap berharap satu hari nanti saya akan dapat jumpa Teacher..



Ok, stop pasal Teacher!
Nanti kena perap lagi entri ni dalam draft
sebab menangis tak sudah-sudah.



Saya kata tadi, saya ada 3 orang kawan baik punyaaaaaaaaaaaaaaa kan masa tu kan?
Diorang ialah Awin, Feda dan Ju.
Kitorang sangat kamceng (berapa kali nak ulang ayat yang sama).
Saya selalu bawa duit belanja sekolah 40sen je kalau sekolah pagi.
Kalau sekolah petang, nenek kasi 20sen.
Itupun, dia bising-bising kata saya belanja boros.
hahaha. (gelak tapi sedih)


Awin, Feda dan Ju ni kira anak orang berada juga lah.
Awin ngan Feda mak diorang nurse.
Ayah diorang pun kerja bagus juga.
Ju pulak, emak ayah dia kerja cikgu sekolah.
Saya? Masa tu... Hm.. takpelah tak payah ceritalah kan..



Kawan saya yang tiga orang ni banyak duit belanja banyak.
RM1 setiap kali.
Masa tu, RM1 punyalah banyak kan?
Diorang sangat baik.
Diorang kesian saya tak ada duit belanja banyak,
diorang pun satukan duit diorang yang RM1 setiap orang tu
dengan duit saya yang 40sen tu.
Kemudian diorang bahagikan sama rata dengan kitorang berempat. Maksudnya, (RM1+1+1+40sen / 4 orang)= sila kira ye untuk kesan lebih dramatik



Mereka sanggup duit mereka jadi sikit,
sebab nak sama rata kan?
Terharu kan? (masa menaip ni pun saya duk sroooot sreeet
hidung dah penuh hingus dan mata dah bergenang dengan air mata).
Atau mungkin, ketika itu kami masih kanak-kanak.
Hati masih bersih dan ikhlas.
Tak macam orang dewasa yang hatinya penuh kebusukan dan hasad dengki kan? hehehe



Lepas saya berpindah duduk di Serdang semula,
saya memang tak pernah jumpa mereka bertiga.
Masing-masing sibuk mengejar cita-cita, masuk u blablabla kan...



Saya bersyukur kepada Allah kerana menemukan kami semula dalam FB.



Oklah...
Meh saya perkenalkan kawan-kawan saya...
Air mata gila banyak dah ni.
Cik abang dari tadi buat muka pelik dah tu..



Inilah Awin..
Kerja di Putrajaya sekarang.
Baru dapat anak. Namanya Adham ..
Dia yang jumpa saya dalam FB dulu.
"Ani.. Aku ingat nama ayah ko yang double M tu..
Rindunya kat kau!
Aku pernah cari kau kat rumah nenek kau.
Nenek kau kata kau tak balik kampung.
Baru-baru ni, aku pergi rumah nenek kau..
Tapi, rumah nenek kau macam dah usang..." ~nenek aku dah meninggal laa, wien! =(






Di atas ini ialah Feda..
Kerja di Melaka.
Masa dia jumpa saya dalam FB, ayat pertama dia message saya ialah,
"Ani, aku rindu kau.
Masa kau pindah sekolah tu, aku sedih.
Aku nangis sampai kat rumah pun aku nangis juga.
Sampai sekarang pun, kalau aku kenang-kenangkan aku mesti nangis.
Aku pernah nampak kau dalam majalah.
Kat majalah tu tulis, kau belajar di UiTM Shah Alam.
Aku suruh adik aku yang kat UiTM tu cari kau.
Dia kata dia ada jumpa kau kat dalam bas UiTM,
tapi bila dia tanya kau pasal aku, kau buat muka blur."

~aku kan memang jenis blur, weh!



Seorang lagi tak ada gambar sebab saya tak berjaya jumpa dia dalam FB.



Sampai macam tu sekali mereka cari saya.
Betapa saya ini mudah betul lupakan kawan.
Er.... sebenarnya bukan lupa!
Mana boleh saya lupa jasa kawan-kawan
yang membolehkan saya beli makanan yang sedap-sedap
sebab dah ada duit lebih dari 40 sen
hasil 'kumpul' dengan kawan-kawan?
Saya malu je nak jumpa korang..
Er.. saya kan pemalu!



Saya bertekad, raya nanti saya akan berkunjung ke rumah mereka!
SAYA BERJANJI!



Banyak lagi memori yang saya tak boleh nak taip kat sini.
Mata dah kabur dek takungan air mata.
Kena hentikan mengenang satu episod yang PALING sedih dalam hidup saya.
Episod hidup yang pada mulanya terpaksa berpisah dengan keluarga.
Bila nak bersatu dengan keluarga semula,
terpaksa pula berpisah dengan kawan-kawan yang baik hati.



Tetiba dengar lagu ni..
Mata dah macam empangan pecah dah ni..



Ok, tata!







2 comments:

Sidratul Muntaha said...

ko nak dtg bulan ker?
hmm..
bila aku ingat point2 family ko tu...
aku sayu plak ain..
barang yg lepas jgn kenang
tpi buat pedoman masa depan..

~ain said...

ayu.. baru lepas aaaa.. ahaha aku takkan lupa sampai bila2...