Pembaca Blog Ini...

Wednesday, April 20, 2011

Rosak lagi....

Kan saya ada cerita pasal tv rumah kitorang sekarang boleh tengok tv2 je kan?
Lepas tu ada cerita pasal nak update pakej Astro Beyond segala bagai tu kan..


Sebelum tu, ada laaa berkira-kira
nak beli tv yang 'bersesuaian' untuk Astro Beyond tu.
Kitorang siap bincang-bincang lagi masa tengah tengok 3 Abdul tu,
"Abang, kita beli tv baru nak?
Tv ni macam dah bengong je ni haaaaaaaa.
Bila nak perlahankan volume, jadi kuat pulak.
Kalau beli baru, yang lama ni kita kasi Aim laa.. Buat main PS2 dia tu..."


"Sabar dulu. Nanti abang kira budget!"


So, memang tak confirm lagi nak tukar tv ke tidak.


Lepas peristiwa santan kapur tu....
Lepas balik makan malam kat kedai tu...
Kitorang pun buka tv laaaaaa...
Sekali..........


Arghhhhhhhhhhh..
Tv rosak! Tv tu rosak! Tak menyala dah!
Tak menyala dah!
huhuhuu


Saya nak tunjuk tv tu tapi tak de gambar.
Ini je gambar yang ada. Ini pun kat rumah lama.
Tomei tomei kan arwah tv saya? haha



Emak kata, memang patut dah tv tu rosak.
Sejak tahun 2007 lagi.
Tv pulak jenama Konka ke apa tah.
Memang koman spanar punya jenama.
Emak belikan sebab saya kena pi kerja kat Ipoh dulu.


Maaflah, cik abang saya memang kaki tv.
Itu dah penyakit keturunan dia.
Saya pun redho.
Kalau tak de tv tahap kebosanan dia memang maksima laaa..
Tv tu memang beroperasi macam mesin kilang.
Kuat bekerja.
So, dah patut pun rosak!


Dah rosak kenalah beli baru...........
Pak mertua kata, "Hai... rumah nak baru! TV nak baru. Tak dok pitih laaa"
Hahahaha Sangat meng under estimate kan kami berdua..


Tv tu pulak, macam tetahu je nak beli baru.
Dan dan pulak ia merosakkan dirinya!


8 comments:

Tihara said...

hehehe kelakar la bc en3 ain ni..
akk dlu pn penah experience camni..
dulu suka tgk cite pangako sayo..filipina nye cite..last episode suara tv dah hilang..mujo ada suara tv jiran sbelah..kira leh feel lagi la lagu2 dlm cite tu..elok je 2 minit nak habis kebaboom meletop..bau hangit satu rumah..bahana drama filipina..skang gila tgk Marimar pulok..

Nurhayati said...

kalau umah baru harus la beli tv baru.. dan pasti kena beli besar punya...

PUANSTOBERI said...

haha... tibi akak skang ni pun camtu gak.. mcm nak mintak ganti je tu. Jenuh nak pujok dia suh bersabar sket. Tunggu la masuk umah baru, baru rosak.. ni kang beli baru jenuh nak usung 2,3 tibi lak kan. Ngehhh

Zura said...

astro beyond kena dgn tv yg canggih..

~ain said...

kak tihara.. pengako sayo tu pun cite kegemaran tu.. layan feeling konon2 jadi yna! wakakka

~ain said...

yati.. ahahaha semestinya! nak sambar yang 40' punya!! LED ya.. LED... hehhe

~ain said...

kak reen.. jgn cakap kuat2 depan tv lama nak ganti tv baru.. nnti dia tetiba rosak.. hehe

~ain said...

zura! itulah.. tengah kumpul duit ni.. hehe