Pembaca Blog Ini...

Monday, June 27, 2011

Icah

Kelmarin (Sabtu), adik saya Icah sampai dari Kemaman.
Dia pergi kenduri kahwin kawan dia kat sana.
Lepas tu, datang rumah saya terus la.
Jumaat nanti ramai-ramai nak pi percutian keluarga 2011.
Tak pi jauh pun. Penang je.
Jangan tak tahu, saya tak pernah sampai Penang lagi tau.
Wakakakakaka


Hari ini (Isnin), Icah ikut Nurul (sepupu) pergi kuliah.
Harap-harap dia dapat turunkan tips kat Nurul,
macam mana nak dapat 3.98++ setiap sem.
Kasik semangat sikit kat si Nurul tu.
Duduk rumah saya pun, bukan ada apa.
Semalam, saya suruh minta tolong dia basuhkan baju saya. ahah.
Satu bakul besooo dia settle kan.
Balik kerja baju semua dah siap kering.
Hari ni, tentulah dah bosan. sebab baju semua pun dah dibasuh.
hahaha..
Sabar, cah! Lagi 3 hari je lagi (tolak hari ni laa).
Dah lah cuti sem sampai lepas raya.
Tepu!


Haaaaaaa.. Icah dah pandai jahit baju kurung tau!
Settle
masalah baju raya saya.


Siap cakap,
Icah, ko jahit baju aku free je.
Aku tak nak bayar upah.
Lepas tu, ko belajar jahit blouse, baju kurung Riau, kebaya (ada hati) semua.
Tudung pun ye ko belajar jahit.
Senang kerja aku! wahahahahaha"



Icah jawab,
"Lepas tu aku tak payah jadi Engineer. Biar aku jadi tukang jahit baju ko!"


hahaha




1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez penah sekali jer anta bj kat tailor iaitu bj nikah. baju len i.e baju kurung sume mak jahit sbb mak pun tailor. bila raye mmg xrisau la klu beli baju lambat2. sbb w/pon mak dah stop amik tempahan dr org len seawal sebelum pose tp, utk anak2 menantu masih buleh lg. ;)