Pembaca Blog Ini...

Thursday, June 16, 2011

Semangat Penulisan

Hari ini saya menerima email dari editor. (saya masih berhutang dua bab lagi dengan beliau). Jadi, saya memang sedikit cuak. Saya baru menulis lima baris dari dua bab tersebut. Saya cuak kerana saya menyangkakan beliau mahu menuntut bela manuskrip lengkap itu. Saya akan siapkan hari ini juga. Itu janji saya.


Eh, sangkaan saya meleset kerana beliau bukan mahu bertanyakan manuskrip. Sebaliknya, beliau mahu menyampaikan khabar gembira. Novel PELIT Diari Pengawas Sekolah akan ada siri yang kedua. Sinopsisnya sudah pun diluluskan untuk diterbitkan. Hati saya sangat lega dan berbunga.


Satu lagi berita gembira. Novel terbaru (dengan idea yang baru) juga telah diluluskan sinopsisnya. Kali ini, saya akan bekerjasama dengan seorang lagi penulis bersama selain Ima Imrani. Sinopsis dan jalan ceritanya hasil perahan otak penulis bersama itu. Saya cuma memperbaiki mana-mana kekurangan yang ada. Apa salahnya berkongsi rezeki, kan?


Oh ya! Royalti 2010 akan dibayar tidak lama lagi. Walaupun tidak begitu banyak, tapi saya sangat bersyukur. Bolehlah buat membantu saya selesaikan hutang dengan seseorang yang saya pinjam ongkosnya bagi membayar wang pendahuluan membeli rumah baru-baru ini. Wang pendahuluan sahaja pun.


Ada penulis, beli condo dan kereta cash woooooo dengan duit royalti. Gilek aaaaaaaaaa.. Tapi, saya bukanlah penulis hebat yang sangat produktif. Rajinnya sedikit sahaja. Malasnya berlambak-lambak. Tapi, hasilnya bolehlah kan bantu-bantu suami meringankan beban. heheh.


Alhamdulillah... Syukur atas nikmat dan rahmat Allah sebesar ini!


Eh, sebelum terlupa. Puan Ainon (Chairman PTS) sedang mengelola Projek Bubur Nasi & Ikan Masin. Apakah projek tersebut? Nanti kejap lagi saya buat entri ya..... Sekarang nak kena siapkan dua bab akhir manuskrip itu.