Pembaca Blog Ini...

Sunday, February 19, 2012

Cyst 12cm

Hari Jumaat baru ni saya pergi melawat ex-roomate saya (kat office) yang menjalani pembedahan kecemasan akibat cyst. Sangat mengejutkan.Pagi Selasa, saya baca FB. Then, semua orang dah heboh. Saya pun call roomate baru dia. Barulah dapat tahu cerita sebenar.


Dia sendiri tak sangka dia ada sakit tu. Selama ni, memang dia selalu sakit perut. Doktor kata gastrik. Dia memang sangat selalu kena gastrik. Nak jadikan cerita, malam Isnin tu dia sakit perut beno. Roomate dia (dia duk asrama) bawa pi hospital berhampiran. Kena tahan 4 jam kat wad. Sakit still tak kurang. Macam ubat yang dimasuk dalam badan tu, bukan ubat untuk sakit dia tu. 


So, bawalah ke Hospital Kuala Terengganu. Doktor diagnos dia ada cyst sebesar 12cm. Ya Allah! Terkejut.. Sangat besar dan hampir pecah. Jadi, doktor decide kena buat emergency operation. Ye lah. mesti dah teruk sebab tulah doktor suh buang segera. Kalau tidak, biasanya kat hospital kerajaan kena tunggu giliran kan kalau tak kronik.




Masa saya pi lawat dia tu, dia dah semakin sembuh. Cuma, biasalah. Pembedahan macam orang bersalin tu. Makan masa nak sembuh. Doktor kasi cuti 2 bulan. Segala aktiviti lasak macam bersukan takleh dah seumur hidup. Habislah dia. Dahlah dia suka main badminton. Emak dia kata, mujur sangat tak melibatkan peranakan. "Alhamdulillah. Allah nak tolong lagi," kata emak dia. 


Apa-apapun, sekarang ni macam-macam jenis penyakit ada kan. Yang tak disangka-sangka. So, kita kalau ada rasa tak kena pada badan kita atau mengalami apa-apa sakit yang berterusan bawa-bawalah jumpa doktor pakar. Mencegah lebih baik dari mengubati, kan? 


Dia cakap, "Belum kahwin lagi, tapi dah rasa sakit macam bersalin bedah." Haaa.. kesian kan?
Tapi, kalau betul-betul bersalin bedah (kesian jugaklah). Tak kesian sangat sebab itu sakit kan buatan sendiri... hehehehe... peace!


[Ada jugak gambar cyst yang saya google, tapi macam ngeri je nak letak kat sini. 
Korang google aaaa sendiri ek kalau tak tahu dan nak tahu ape bendanya cyst tu]

3 comments:

Ms Haslina said...

salam
dugaan ALLAH kan.
my pren pun kena gitu. anak dara. tp nasib dia. sebelah tiub falopio kena buang sekali.

p/s napa ye ramai org lom kawin dan org yg da kawin x de anak tp kena sakit nie yea.

~ain said...

tu laa kan? tapi, tak semestinya jugak. Kawan i anak 3 pun ada cyst ni. cumanya, tak serius... tak yah buang...

zh-ena said...

besar dugaan tu..