Pembaca Blog Ini...

Friday, April 13, 2012

Jangan diabaikan

Dah hari Jumaat dah ni haaa. Sekejap lagi nak kena bangun (nak bangun macamana? Tidur pun tak lagi) nak gerak pi Dungun. Kelas modul baru.. Marketing kot kalau tak silap. Cik suami dah tidur dari tadi lagi. "Yang, abang tido dulu ye..." Cam comel je.


Bila difikir, walaupun kadang-kadang cik abang suka bebel-bebel.. tapi, mana nak cari suami macam dia. Sanggup kasi saya peluang sambung belajar yang mana turut membabitkan masa dia. Kerja hujung minggu dia semua diabaikan. Demi siapa? Demi saya.. Hari tu, saya cakap biarlah saya pi sendiri ke Dungun. dia buatlah kerja dia kat sini. Tapi, dia tak kasi. Saya duk fikir, kesian dia tunggu dalam kereta sebelum check in hotel. Sabar betul. Takda apa lah dapat saya bagi kat dia kecuali penghargaan dan ucapan terima kasih yang tak terhingga. Sesungguhnya, saya tak akan dapat lalui semua ini tanpa dorongan dan sokongan dari dia. Alaaa.... ada jugak dia bebel fasal rumah tak berkemas laaa apa laa. Tapi, dia jugak yang tolong saya selesaikan kebanyakan urusan rumah ni. Basuh baju dia buat, jemur pun dia.. angkat pun dia..buang sampah, pergi pasar... cuci pinggan periuk.. Mana lah aku nak cari suami baik macam tu, kan?


Ini apa daaa entri puji laki sendiri? Tah.. tadi tengok Semanis Kurma. Tetiba terdetik dalam hati. "Aku ni mentang-mentang suami baik, selalu abaikan suami..."- Abaikan macamana tu, takyah cite kat sini. cukuplah tau yang bila kita banyak kerja, banyak perkara nak kena fikir, kdg2 terlepas pandang perkara kecil-kecil pun. So, tersentuh jugak laaa.. Rasa macam nyesal. Jangan sampai nanti suami tak de baru nak hargai. Barulah rasa betapa bertuahnya ada suami macam tu. blablablabla.. Saya tak cakap org lain. Saya kata diri saya sendiri.. 


Tadi, saya balik lewat sbb jaga exam. Balik rumah mmg lapar ding dong sebab tak sempat lunch. Cik abg siap masak bagai. Terharu.. Sambal sotong! Teruja ahkak.. Selama ni dia tahu goreng kunyit je.. hihi.. Sedap.. walaupun sotobg terkeras banyak. Terlebih masak. Eh... skrg musim sotong. Meh aaa makan sutong! 


Itulah.. Siapa tak syg suami kan? Suami adalah anugerah Allah yg sgt berharga untuk kita sbg wanita. Ada kata anak anugerah ternilai, tp tanpa suami celah mana dtg nya anak?.. Ada org, sblm ada anak kemain jaja fasal suami. Bola ada anak, entri fasal suami setahun sekali je keluar kat blog. Nampak? Pengabaian yang tidak disengajakan.  


Dah.. dah.. stop bebel! Jomlah korang.. hargai apa yang kita ada selagi ada. jgn nyesal nanti.. Jom! Nak pi mana? Pi peluk suami masing-masing.. cakap i love you kat dia...


tata...


1 comment:

Sidratul Muntaha said...

ahahahah
aku seimbang semuanya la..
pasla ank2 pun kau tak cietr selalu
laki aku apetah lagi
maleh la nak citer psl laki aku sbb dia suek mental abuse aku.
ubatnya senang jer.
aku smack down dia bila ade peluang..
aku tuuth dia cukup2 bila dia sakit.
bkn dendam,tpi kena aja jugak kdg2 sbb tak seme lelaki sama.
yg aku tahu,kami mmg sma2 tolong menolong dan bantu membantu.
cumanya..mmg klu pekena aku.
aku pekena la balik.