Pembaca Blog Ini...

Tuesday, April 24, 2012

Sirap


Pagi tadi, masa sarapan kat kedai kegemaran.. cik abang order air batu.


"Aik???? Air batu?"
 Saya tegur dia. Sebab selalu dia minum air suam je pagi. 
Takpun, teh o atau Nescafe o.
Ratu air batu tu saya....


Dia cakap panas.
Memang panas laaaa hari ni. 
Saya order Milo Ais dengan Ais Kosong.
Nampak?
Panas benooo....



Sekarang ni, teringat air sirap orang kahwin.
Yang tak manis sangat, yang tak tawar sangat. 
Tapi, yang sejuuuuuuuuuuuuukkk boleh tambah banyak kali.....
Tawar pun tak pe sebenarnya.
Janji sejuk!


 

Kalau bulan puasa, mak masak sirap dengan daun pandan. 
Uiiiiii, kemain wangi lagi sirap mak.
Tapi, ada jugak manusia pelik tak minum sirap.
Dia cakap sirap tak sedap. tak ada rasa..
Oi... sirap rasa sirap laaaa cik kak! 
Cerdik sungguh!



[Dulu suka sirap selasih. Lepas mimpi selasih virus tu, terus tak lalu minum selasih]


Lambatnya tengahari!
Nak beli sirap dua bungkus!


4 comments:

DaZzlingLilLy said...

sirap rumah kenduri mmg the best kan?..hehe..

zh-ena said...

suka bangat dgn sirap tapi tambah limau mmg best

Sidratul Muntaha said...

sirap kenduri terbaekk wok!
kurang manis!!

Zura said...

air kenduri...lagi best letak soda...