Pembaca Blog Ini...

Monday, August 27, 2012

Bekwoh Sepupu

Lepas salam-salam, 
mohon ampun maaf
memberi duit raya kepada anak anak sedara bertuah
menziarahi pusara
ambil gambar kenangan satu keluarga, 
kitorang pi majlis akad nikah sepupu cik abang. 
Majlis diadakan di sebuah masjid di Jerteh. 
Tak ingat nama masjid. Saya tak masuk masjid sebab uzur. 


Ini gambar semua cilok dari FB diorang.
Akad nikah lepas zuhur raya pertama. 
Kenduri belah pengantin perempuan raya ketiga.
Kenduri sambut menantu (rumah sepupu cik abang) raya kelima.



 Ini gambar pengantin sekeluarga. 
Pakcik (baju batik biru) ialah bapa saudara cik abang. 
Masa kenduri ni kitorang tak de sebab balik Melaka.


Apa-apapun, semoga berbahagialah wahai saudaraku. 
Semoga kehidupan rumahtangga akan dirahmati dan diberkati Allah.
Moga bunga-bunga cinta akan  mekar mengharumi hidup kalian selamanya... 


Ewah... 
Ayat nak jiwang-jiwang jugak 
Tak mau kalah... 
haha

1 comment:

PUANSTOBERI said...

nikah ari raya... nak amik berkat ari raya yer :)