Pembaca Blog Ini...

Sunday, August 12, 2012

Serampang Dua Mata

Semalam hari jadi saya yang ke... hehe.. Semalam kan pi shopping paksa kat KTganu. Macam tak ingat sangat hari jadi. Lagipun, dah tua. Apa yang best sangat. Taknak terima kenyataan ke? hahahTetiba dalam kereta on d way balik, abang wish hepi besday.. Lepas tu, ok... Terima kasih lah, kan..

Tak harap lah ada hadiah apa-apa sebab saya tahu cik abang tahun ni durian runtuh dapat lepas raya. hehe. Saya cakap kat dia tak pe la. Belanja je mana yang ada. Saya tolong sikit-sikit lah macam biasa kan... Tak kesah.

Tapi, sebelum tu ada jugak bagi hint kat dia. Bgtau dia saiz cincin terkini berapa. Tunjuk kat dia katalog tupperware tu. Tunjuk starter set yang warna biru tu. hahaha.. Boleh je nak beli sendiri, Dia memang tak kesah. Tapi saja je laaaa nak ngada ngada ngan laki sendiri. Tak salah kan? kan? kan?

Awal lagi cakap, tahun tak nak kek. Perut sebu bulan puasa.. hahaha.. Ngada tahap dewa dewi dah aku ni. Dia tanpa jemu layan je apa saya cakap sambil sengih sengih. Eh, bukan nak ungkitlah. Masa dolu dolu, masa zaman nak mula idup dulu saya tak minta apa apa pun dari dia sebab saya tahu keadaan masa tu macamana. Tapi, sekarang... kena lah mula minta sikit sikit kan. hahahaha

Ok. Sampai je rumah, saya pun angkat semua barang yang dibeli. Masuk rumah. Then, letak semua barang atas sofa. Sekali, cik abang tak masuk-masuk. Saya syak dia pi kemas kete. Dia kan mmg mcm tu. Takleh kete kotor ada sampah ke apa. Jam jam tu jugak dia nak kemas tak kira tengah malam ke apa. So, saya duk siap siap solat Isyak semua.

Keluar bilik, nampak dia bawa masuk kotak. Besar tapi balut ngan plastik putih. Bila ia nampak saya, terus dia cakap, "Nah, hadiah untuk besday girl. Tak sempat nak balut...."




Kira macam ini hadiah untuk saya tapi, memberi kebaikan dan faedah kepada perut dia juga.. hahaha


Terima kasih, abang! Abang sangat comel...... (dan bijak)



Terima kasih yang paling utama buat emak saya kerana melahirkan saya.

2 comments:

puanstoberi said...

hihi. sweet giler bg piuk.. ke pengukus tu??

Anyway, hepi beday Ain :)

Tie HT said...

happy birthday n selamat hari raya ain :)