Pembaca Blog Ini...

Monday, September 3, 2012

Kari Kepala Ikan

Semalam, masa saya tengah best-best layan Ketuk-ketuk Ramadhan 2012 kat Youtube..

"Yang, abang on the way balik ni. Abang beli kepala ikan. Nak suh masak kari atau sup."

"Haaa? Ok.. Kalau nak suh masak sup belilah bahan untuk masak sup. Kalau nak kari, belilah bahan nak masak kari. Kat dapur semua dh tak de.. Ada beras aje.."

"Oklah tu. Sayang pi masak nasi siap-siap. Lepas tu, sms kat abang bahan apa nak beli untuk masak kari.."

"Ok.."

Oh, man!!! Sebenarnya saya malas nak masak. Tengok rancangan masakan rajinlah. heheh. Tapi, sebab ada special request macam tu kenalah turutkan. Siapa tak sayang suami, kan?

Bahan nak masak kari kepala ikan.. Huh... cabaran juga ni sebab saya tak pernah masak kari kepala ikan. Tapi, cik abang kata saya pernah masakkan untuk dia sekali. Huh.. apa-apa jelah. Kita tanya cik google sikit. Study sket camner nak masak. Saya suh dia beli rempah kari ikan, terung, bendi, bawang merah (stok kat rumah dah habis), bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, tomato.... Lepas tu, belasah jelah masak sampai jadi macam kari. Tapi, tak bau sangat sebab tak dak daun kari. heheh

Masa nak masak tu pun bergaduh jugak sket, Sebab dia tak nak potong kecik sket kepala ikan tu. Dah lah gabak gila kan. Kuali kita kecik je tak macam kawah kat kedai mamak kan? Adoi.. Dia nak sebesar-besar alam tu masuk dalam kuali. Lepas tu dah payah nak balikkan bagai. Saya ni tukang masak amatur. Manalah expert sangat. Lagi satu hal, dia nak suh masak semua kepala ikan. Saya rasa banyak sangat nak makan dua orang je pun. Lepas tu, dia buat begau dia.. hahaha.. Saya malas nak bising, masak je lah dua-dua.. Tak habis, jaga!

So, saya pun bebel bebel laaa.. Dia pun bebel bebel juga sebab saya kuat bebel. Hehe..




Nasib baik keadaan semua terkawal. Itulah orang lelaki ni, kan.. Bila kita cakap banyak sikit, dia kata kita kuat bebel laaaa, semua serba tak kena laaaa, cerewet lah T___T..  Tapi, kalau kita tak cakap, kalau kita tak ingatkan nanti jadi serba tak kena jugak. Kadang-kadang tumpah air lah, macam-macam benda tak diingini terjadi. Eh, ter membebel plak dah...


Sudahnya, kari kepala ikan itu sedap! Paling sedap yang pernah saya masak. Lantaklah orang lain kata tak pun. Tapi, tak habis. Malam ni, beli roti. Makan kari tu sampai habis sebelum ahkak mengamuk jadi hulk! 

haha

3 comments:

Zura said...

nmpak menarik tue ain...kepala ikan buat masak asam pedas pun sodaaaap...

UNAI said...

ya Allah nampak sedapnye gulai kepala ikan tuuuu... Bagi resepi dan jenis kari tgok kalerr maveless hehehee

Has said...

kita kan..bkn suka n nak sgt bebel bebel tu..tp if x bebel.. x kick lak rs suasana..hehhehe