Pembaca Blog Ini...

Saturday, November 17, 2012

Amanah dan Pusaka

Adoi... mana nak mula ni ek. Banyak sangat cerita nak share kat sini. 

10/11/12 ke Batu Pahat, kan... Balik tu ke Melaka lah lagi. Esoknya, hantar Icah ke Shah Alam. Dia ada test hari Isnin. Kesian dia. Kalau saya dulu, ayah yang hantar ambil dari Shah Alam. Takpelah, dik... Hidup harus diteruskan biar apapun dugaan dan cabaran mendatang. 

Dari Shah Alam, balik Serdang. Rumah emak dah kosong. Boleh main badminton kat ruang tengah yang dulunya ruang makan keluarga. Naim dan Aidil hentam main bola sepak kat situ. Ala-ala futsal. Sabar je.. Sedih weh tengok rumah kosong. Tapi, memang itu pun perancangan emak dan ayah bila ayah pencen. Cumanya, beza ayah dah tak ada. Emak pun tak kerja. Baiklah pindah awal sikit kan... Lagipun, kalau kat kampung emak macam lebih tenang. Dekat dengan kubur ayah kot. Ada adik dia nak teman dia berborak kat sana. takdelah tacing sangat dia, kan....

Tidur Serdang. Isnin bangun pukul 10 (plan: nak bangun pukul 9 tapi terlewat sejam). Emak suruh uruskan fasal KWSP arwah ayah. Arghhhhhh.... malasnya nak pi urusan macam ni. Yelah, lambat dan remeh kan. Kena pi kaunter sana, kaunter sini, amik nombor, tunggu.. semak bla bla bla.. hai hai hai.. tapi, alhamdulillah sangat! Jiran sebelah rumah ada sedara kerja kaunter KWSP. Terus je masuk, semak dokumen, cop cop... tak sampai 10 minit dah siap urusan....

Satu perkara settle. Tunggu pitih masuk je lah. Urusan pusaka pusaka kecil pulak.. Kena cari Pejabat Tanah Daerah Petaling pulak dah. Kemain berbelit direction yang diterima. hahahaha.. Berbelit betul! Terpaksa call Ena Blog untuk tanya jalan. Dah tanya Ena, kena tanya orang sekeliling pulak. Ya Allah, dekat je dengan rumah Ena. Tapi, dek pembelitan direction yang berlaku, kami sesat barat. Nasib baiklah cik abang sabar. Kalau tidak, dah meletop kereta dibuatnya. hahaha

Sampai sana, emak tanya fasal borang je pun. Sebab borangnya tak biasa diisi. Bukan hari-hari ahi keluarga meninggal, kan.. Jadi banyaklah kekeliruan. Serabut emak saya. Saya tengok emak pun jadi serabut. Nak tolong isi pun tak pandai. Setakat isi nama alamat no tel tu bolehlah. Ini nak kena isi nilaia harta bagai. Alahai.... mana mak tahu, nak! Nasib baik staf kat kaunter tu banyak membantu. Semua yang kita tanya, dijawab sebaiknya. Dijawab terang jelas dan nyata. Maka, terlerailah semua keraguan emak selama ini. 

Ingatkan boleh hantar borang kat situ. Tapi, tak boleh pulak. Kena hantar ke Klang pulak dah.. Pening! Lepas tu, IC adik beradik tak lengkap pulak. Adoi lah .. Bulan depan lah baru emak boleh hantar. 3-6 bulan lepas tu, baru mahkamah panggil bicara. Remehnya la hai.. Belum harta berjuta pun.. Semua urusan kena selesai dalam masa 6 bulan. Kalau tidak, semua harta yang tak dituntut akan diambil alih pengurusannya oleh Amanah Raya. Kan remah kan? Semua ni sebab ayah tak lantik peguam untuk uruskan wasiat harta-harta dia. Tak  pelah, kita slow-slow lah..

Oklah... saya banyak assignment ni. Semua nak kena hantar weekend. Tak tahu nak buat yang mana dulu, Tetiba saya update lah blog dulu.. hahaha..

Ok, nanti saya dah boring buat assignment saya update blog lagi ek.. heheheh

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

baca pelan2..

zh-ena said...

ilmu nie
dr pengalaman org jea kita blh belajar kan..