Sekarang, kereta emak masuk bengkel. Bukan ada rosak teruk atau eksiden pon. Emak minta cik abang cat semula dan make up bagi nampak terurus sikit. Maklumlah... Sejak ayah takde ni, emak bawa je kereta. Takde reti nak baiki, nak servis blablabla.... Hahaha.. Typical woman driver, kan? Emak kira ok pandai isi petrol. Saya? hahahaha..
Macam kesian je. Emak kata dia sayang kereta tu sebab ayah tinggalkan untuk dia. Ayah pesan jangan jual. Pakai je kereta tu. Bila kitorang 'cucuk' emak beli kereta baru, toing.. toing.. kena marah ngan emak. hahahah
Balik lepas kenduri hari tu, bawa balik Avanza ke Terengganu sebab adik ipar ada kawan yang buat kerja-kerja mengecat kereta. Kerja kemas katanya. So, kita try lah... Kelmarin, cik abang bawa saya tengok khabar kereta emak.
Sudah ditogelkan. Teruk juga nampaknya sebab ada kemek sana sini. Lepas tu, bumper kembang sana sini.. Ahahaha.. Banyak tangan yang pakai. Bila tanya, semua tak ngaku. Kemek tetiba kot.. Adoi! Masa tu ayah pun malas nak fikir, biar je lah. Janji korang bahagia.
Pandangan belakang...
Pandangan depan...
Disebabkan Savvy Am pakai, emak tiada kereta.
Memang susah takde kereta.
Nak pi pasar ke, nak pi mana-mana memang terbatas.
Maka, saya relakan Cik Merah yang baru 2 minggu usianya tu ditinggalkan di Melaka
Demimu, emak!
(Gambar: Ampaian dan bakul baju warna merah ini Imah punya)
Mula-mula emak macam cuak sebab biasa bawa kereta tinggi
pastu nak kena bawa kereta rendah.
Tapi, lelama kemain lagi yea...
hahah
Bulan depan, lepas mak datang sini sebab nak pi
Pulau Perhantian tu kitorang akan hantar emak balik Melaka.
Baru boleh amik Cik Merah bali Terengganu.
Sekarang saya car less.
Tumpang kereta cik abang nak pi kerja.
Saya rindu Cik Merah.
No comments:
Post a Comment