Pembaca Blog Ini...

Sunday, April 21, 2013

Selamat Maju jaya

Hmmm.. student dah nak balik dah. Diorang dah habis exam. Seorang demi seorang datag jumpa kami para pensyarah. Datang minta maaf (student sem akhir), salam, peluk, laga laga pipi.. Oh, no! Bagaimana saya lupa nak pakai perfume banyak-banyak. hahaha.. Ok, over!


Sepanjang hampir 5 tahun di sini. Bertemu dengan pelbagai ragam pelajar. Berdepan dengan macam-macam kerenah remaja awal usia belasan tahun hingga ke pertengahan 20-an. Perasaan marah, geram, kecil hati, kecewa bersilih ganti dengan rasa sayang, kasih, bangga, suka dan gembira. 


Baru pagi tadi mengamuk (baca: merajuk) dengan student. Janji kelas 8.30. Saya lewatkan jadi pukul 9 untuk beri ruang diorang dan saya juga untuk bersarapan. 30 minit sangat cukup untuk sarapan ringkas-ringkas. Saya tak kisah pun kalau nak bawa makanan masuk kelas. Asalkan sampah buang di tempat sepatutnya. Tetiba, saya sampai kelas takde sorang pun yang ada. Tunggu samapi 9.15. Ada dua orang datang sambil senyum sumbing, "Kitorang salah kelas, cik... Kitorang tunggu kat kelas sebelah.." Ok, saya terima alasan tu walaupun ini dah nak habis sem. Macamana boleh silap kelas, sayangku?


Hingga jam 9.30, masih ada dua orang je yang datang. Angin kus kus dah datang ni. BUkan sekai ni, last Sunday.. Kelas ganti, yang hadir hanya 6 orang daripada 30 orang. Saya tak ambil apa-apa tindakan selain bagi warning la. Saya malas nak lapor lapor then diorang kena halang dari ambil exam bagai. Saya masih bertimbang rasa lah.. Tapi, buat saya macam tunggul kayu dalam kelas. Yang dua orang tu keep calling kawan-kawan. Kawan-kawan lain tak muncul. Saya terus kemas buku, mood hilang serta merta. Terus naik office. Duduk tarik nafas... lepas... berulang kali. 


Jam 10.00. Ramai-ramai datang bilik. Haaa untuk apa lagi? 
"Minta maaf, cik!" ~Saya diam.
"Kami tak buat lagi, cik"~ Saya diam lagi.
"Kami salah, cik" ~ 


"Yelah.. korang memang salah. Takkan saya pula yang salah?" blablablablablabla


Ugut, "Kita ada dua bab lagi belum habis. Awak semua boleh cari cikgu lain laaaa ajar dua bab lagi. Saya takkan masuk dah kelas awak."


Keep saying....
"Minta maaf, cik!"
"Kami tak buat lagi, cik"
"Kami salah, cik.."


Saya memang sangat kecewa. Ketika itu baru saya faham kenapa pensyarah saya dulu merajuk tak mau masuk kelas. Dalam hati saya, "Apa laaa cik tu! Emosional.." Sekarang, hambek kau!!! Kena batang hidung kau sendiri. Saya rasa, memang ada antara mereka yang juga tuduh saya emosional tadi. Hahahah.. Nasib laaa ko, Ain! Dulu ngata lecturer sangat, kan? Lecturer ke cikgu ke manusia biasa. Ada hati, perasaan juga, kan? =)


Solution: Takkan lah saya tak masuk kelas plak untuk the next class (esok). Saya kasi denda sikit. Baca itu ini begitu begini.. Esok sebelum masuk new chapter saya nak kasi kuiz. Barulah muka masing-masing bercahaya. Kalau tidak, kecuakkan tahap maksimum terpancar di wajah mereka.. hahahhahah .. tahu takut aku tak masuk kelas!! 


"Esok kelas pukul 10.30 pagi di blablabla.. Kalau lambat, saya kunci pintu! Pi balik sambung tidur!"


"Baik, cik!"


Saya bukan benci. Sikit pun tidak ada rasa benci. Saya buat untuk kebaikan semua. Biar mereka tahu menghargai. Biar kita sama-sama menghargai antara satu sama lain. Kita bukan siapa-siapa kalau tidak ada student. Student pula perlukan kita ... Begitulah! 


Dulu, zaman remaja zaman universiti saya, saya bukanlah baik sangat. Buat nakal jugak. Tapi, kalau nampak pensyarah dah nak masuk kelas, aku rela berlari laju-laju. Nak masuk kelas dulu sebelum pensyarah masuk. Lantaklah terbang jilbab macam kepak Superman pun. Yang penting, aku mesti sampai sebelum pensyarah aku masuk kelas. Bayangkan.. orang tengah mengajar, kau baru masuk kelas. Baru nak cari kerusi, nak buka buku.. Aku malu weh kalau gitu! Macam semua orang tengok aku hahahahha.. Lepas tu, mesti nak duduk depan-depan. Sebab ikut teori aku sendiri, kalau duk depan ilmu direct dapat kat aku. Kalau duduk belakang, nanti ilmu kena tapis dek orang yang duk depan.. ahahhaha


Setiap kali balik kerja, mengadu itu ini dengan cik abang. Mostly fasal student lah. Ada juga fasal-fasal lain, tapi.. malas nak bgtau sini. Student sekarang tak macam zaman dulu. Tapi, itulah cabaran yang kami-kami kena tempuh demi anak bangsa. Saya relakan hati saya diguris, disakiti dan dikecilkan oleh student demi anak bangsa. Sesungguhnya, semua yang saya bebel blablablabla tu tak pernah saya simpan sikit pun dalam hati. Cuma, yelaaaa manusia kan... hehehe


Wah! Hebat tak? Boleh jadi manifesto pilihanraya tak? Boleh jadi wakil rakyat? Sayangi Selangor! Yakini BN? Hahahahah (tetiba yang teramat sangat).


Berbalik pada cerita student datang salam tadi...


Saya doakan mereka selamat sampai ke pangkuan keluarga. Semoga dipelihara Allah senantiasa. Semoga dapat pekerjaan yang baik-baik. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup. Saya halalkan semua ilmu yang saya berikan. Sesungguhnya, saya juga meminjamnya dari Allah SWT. 


Selamat maju jaya! Semoga jumpa lagi.... [Bergenang air mata...]




2 comments:

Unknown said...

mcm2 peel anak murid ain
kena byk bersabar nie
klu tdk darah tggi menaik jea

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

teringat lak zaman study dulu...rindu!!