Pembaca Blog Ini...

Wednesday, May 15, 2013

Pesta Buku 2013

Oh, maafkan saya! Hari tu janji nak buat entri fasal Muzium Negeri Terengganu. Lepas tu, merepek buat entri cerita mimpi-mimpi bagai. Ini fasal Pesta Buku pulak. Hahahaha.. Maafkan ye. Nanti saya dah jumpa gambar kat muzium, saya ceritalah fasal muzium.... 


Pesta Buku tahun ini adalah yang paling hambar untuk kami sekeluarga. Tiada ayah. Tiada buku baru. Tiada sesi bersama peminat. Tiada sesi minta autograf.. Hahaha.. macamlah glamour beno. Takde siapa yang kenal pun. Staf PTS pun dah bertukar. Yang baru semua kita tak kenal. Blur sekejap.....


Hari Jumaat (3/5/13)
Bawa emak turun KL nak submit borang tuntutan takaful ayah. Tapi, ada sikit masalah so give up. Mak kata mak malas. Jadi, jom lah kita ke pesta buku. Lagipu, memang bawa Imah sebab nak ajak dia pi Pesta Buku. Kesian dia nak suh kita drop dia kat mana-mana pastu dia nak pergi PWT dengan kawan dia lah apa lah... Kang tah ke mana plak dia pergi.... Imah.. Imah...


Masuk PWTC keadaan tak berapa meriah. Tah lah.. Mungkin hati sayu rindukan 'king' yang suka pergi Pesta Buku (ayah). Masuk je terus pergi booth PTS. Sangat lengang. Mungkin sbb hari Jumaat. Orang lelaki semua pi solat Jumaat. 


PWTC adalah tak best dari segi tandasnya. Tandas lawa tapi rosak dan agak kotor. Mungkin orang terlalu ramai sehinggakan petugas cleaner tak dapat menjalankan kerja sebaiknya. Setiap level tandasnya ramai orang. Masa saya masuk tandas ground floor  tu, ada 4 buah tandas. Satu telah dijadikan stor barang cucian (kesal). Dua tidak boleh digunakan (sumbat). Satu je boleh guna.. Maka, beratur bersusunlah orang nak guna tandas. Nasib baik saya sempat masuk tandas. Kalau tidak......


Panjang nya membebel fasal tandas..


Kat tepi booth PTS, ada booth POPULAR. Saya sambar buku ini. 


Masa tu murah je RM27.80. Harga asal RM39++ kot. Hari-hari duk tengok buku resepi. Tapi, cik abang kata sama je resepi dia macam yang saya selalu masak. Alaaaa.. oklah kan nak buat pencetus idea nak masak apa setiap hari. Takdelah asyik buntu aje..


Lepas Imah membeli novel-novel dengan rakusnya, kami pun pulang,,,, Eh, Imah pi jumpa penulis kesayangannya Ain Maisarah. 


Saya jalan-jalan sket dan terjumpa Yat. Cantik gilaaaaa! Emak kata, muka dia kecik je besar tapak tangan emak.. hahahaha emak kelakar! Tapi, Yat memang lawa. Ambil gambar dari jauh je lah sebab malas nak naik pentas ambil gambar bagai.... 



Bulan Jun royalti akan mula dibayar. Harap adalah bahagian saya lagi tahun ni. Nak harap macam dulu amaun nya mustahil laaa sangat. Paling tidak pun boleh beli Coach sebijik atau beli barang kat Habib seurat dua.. 


Amin...............

2 comments:

puanstoberi said...

buku laku keras itu mmg sgt murah la masa tu. akak bli masa memula dia kuar dulu. huhu...

err... walau akak berulang ke pesta buku dan selalu ke PWTC tp tak pernah guna tandas dia. tunaikan segala hajat sesiap kat umah. hihi. :D

Unknown said...

amin
semoga ada rezekinya