Ahad.. Hari ni last kerja untuk minggu ni. Isnin - Jumaat oustation! KL nun... Selasa ke UTM, Jalan Semarak. Jumaat ke UPM, Serdang! Ah.. rindunya kat Serdang. Hah.. cakap pasal Serdang baru teringat fasal rumah emak kat sana. Baru-baru ni ada penyewa. Start dari bulan 12 kalau tak silap. Mula-mula ok je dia bayar sewa. Lelama dia meliat bukan main. Emak pun naik hangin. Terus lah terminate orang sewa tu.
Lepas tu, ada hambaAllah nak duduk. Tapi, banyak hal pulak. So, emak pulangkan deposit dia. Aman kepala otak dari melayan orang cerewet. Nak paksa kita cat rumah guna cat ICI. Banyak duit? hahaha
Sekarang, rumah tu tak de sape duduk. Bolehlah kalau sesiapa nak sewa. Boleh contact saya norainiammran@yahoo.com. Nanti saya bagi no hp emak saya. Rumah teres tengah satu tingkat. Rumah lama tapi baru cat dan baru buat wiring. Ada 3 bilik, 1 bilik air. Siap peti ais, katil bujang 1 dan aircond 2 bijik. Sewa RM850. Boleh runding. Bukan dengan saya. Runding sama itu puan rumah (emak saya). heheh
Sewa ni bukan apa. Cuma, adatlah kan. Kalau kita janji kita akan bayar paling lewat 7hb setiap bulan, maka... mestilah bayar ikut janji kan? Kalau ada masalah, memang kena runding. Call. Kita boleh bincang. Saya rasa emak saya orang yang paling boleh bertolak ansur. Emak kata, "Emak pun pernah jadi penyewa. Kadang-kadang ada masalah. Tak dan pitih ke apa kan. So, boleh bincang. Ini diam. Pastu kita call tak angkat. Macam kita pula nak minta duit dia. Padahal kita minta duit kita." Gitew....
Seronok betul nak pi KL! Sebab memang dah bosan gaban nih. Lambat betullah esok....Hari Rabu Khamis kita amik cuti tahun atas faktor perjalanan yang jauh. Eh, jauh? heheh
Esok gerak ke KL lepas cik abang kerja. Tah pukul berapa. Tapi, dia kata lepas Zuhur. Harap betul lah. Jangan kang tetiba meeting lah kan. Mana lah tau sebab memang selalu macam tu pun kalau nak cuti lama sket. Saya tak kesah. Tapi, nanti dia lah jugak yang penat sebab dia yang drive. Saya tidur aje laaa kat sebelah kalau dah malam. Nak drive, mata memang tak nampak dah.
Kena tidur Gombak (rumah kakak ipar) dulu sebab takde rumah dah kat Serdang. Sedey lah hati.. Tapi, takpelah. Sama je pun rumah mak ke rumah kak ipar ke. Belasah ajelah.
Oklah.. nak buat preparation sikit untuk pi outstation esok
Bye!
1 comment:
aktiviti padat la mcm tu yea...
klu free2 roger la blh la jumpa :)
Post a Comment