Pembaca Blog Ini...

Thursday, October 24, 2013

Doraemon Along

Naim (adik bongsu), semakin dia besar ni semakin pandai meloyar buruk. Macam-macam perangai loyar buruk dia sekarang ni. Kitorang ni sabar ajelah. Kasik peluang dia. hahaha.. Perangai meloyar buruk ni, ada sikit kat arwah ayah. Eh, ke banyak? Hahaha.. arwah ayah memang suka meloyar buruk sikit. Pastu, suka kenakan orang. Macam ala-ala nakal lah. Ada angin-angin dia lah. Kalau dia tengah angin baik, dia meloyarlah.. Tapi, dengan anak-anak dan bini dia aje. Dengan orang lain tak de lah macam tu.
Hari tu, Icah menyakat Naim. "Naim... mak nak kawin lain. Naim nak ayah baru kan? Kesian Naim. blablablaba.."  - Tak leh teruskan ayat kat sini sebab ayat si Icah ni mengundang kesedihan yang bodoh apa pun tak boleh. hahah

Kesian kan Naim...  Umur 10 tahun dah takde ayah. Dia sedih tau tengok budak sebaya dia yang ayah dia bawa pi solat Jumaat kat masjid. Icah kata, kalau balik sembahyang Jumaat Naim mesti tengok Youtube Alang Bidara. Ada ayah buat video masa diorang pi bercuti kat Kuala Pilah dulu. DIa rindu ayah. Kami tahu. Tapi, dia sedang cuba bertabah. Takpe.. Aim kan budak busuk yang tabah!
Dia memang suka kacau orang sekarang ni. Bukan apa. Saya rasa dia ni manja. Anak bongsu. Dahlah tidur dengan mak. Hahahah.. Emak rimas. Emak beli katil super single. Jadi, tak muat Naim nak menyempit dengan mak. Dia tidur bawah. Almari baju dia semua kat bilik emak. Solat kat bilik mak. Guna toilet dalam bilik mak. Lepas tu emak bising sebab dia tahu guna je tak tahu cuci toilet. Macam-macam..

Bila saya tanya, "Aim.. sampai bila Aim nak tidur dengan mak. Aim kan dah darjah 5." Dia diam je. Pastu emak jawab, "Eh, dia nak tidur dengan mak sampai dia kawin. nanti bila dia kawin.. dia ngan bini dia tidur atas katil. Mak tidurlah kat bawah.." Then, dia buat muka kerut-kerut. HAHAHAHAH

Hari tu masa saya balik cuti raya Haji, dia makan jambu batu yang cicah asam tu. Sekali tu, gigi dia patah. Adui..... Saya pun tulis kat white board dapur mak. Kat dapur mak ada satu whiteboard yang kalau mak nak kena beli barang apa-apa mak akan tulis situ. Untuk elakkan lupa. Kitorang (saya) kalau nak makan apa-apa nak suruh mak masakkan, tulis je kat situ. Nanti mak baca, kalau sempat mak buat lah. hahahha

Saya tulis tarikh 13/10/13 - Naim patah gigi sebab makan buah jambu batu cicah asam. 

Niat saya bukan lah nak ejek dia ke apa. Saja je nak menyakat. Dia kan loyar buruk. Banyak dah dia kenakan saya. Jadi, ubat untuk orang loyar buruk, kita sakat lah dia kan... Dia ni pulak, kalau sakat dia... dia bukan nak tension pun. Dia buat muka tak layan je. Paling tidak dia geleng2 kepala sambil juih bibir .. Pastu dia blah.. Hahaha.. Geram aku budak ni!

Sekali, dia balas. Lukis Doraemon sebesar alam. Ahahaha... Nak tergelak aku. Dah tergelak dah pun. Tetiba je Doraemon jadi mangsa. Hahahah.. Aim, jangan nak cakap Along gemuk macam Doraemon ye sebab Aim pun sama gemuk macam adik Doraemon tuh. Hahahaha
 

Tak de keje. 
Dah tua-tua pun nak cari pasal dengan budak sekolah rendah....
 Dia ni kerja tengok kartun aje. Hari tu, dia main PS2 kat tv. Haaaaaaaaaaa! saya mengamuk lah. Sebal kot asyik main game. Nak tengok TV tak boleh. Sekali tu, emak amik TV lama tu jadikan TV khas untuk dia main PS2. Hari minggu je boleh main. Hari sekolah no.. no... no...
Gambar kat bawah ni, dia tengah layan kartun. Imah suruh dia tolong angkat baju kat ampaian tapi dia buat tak tahu aje. Sekali, Imah picit pipi dia. Haaaaaaaaaaaaaaa... baru tau!



Saya doakan Aim jadi anak yang baik untuk emak dan arwah ayah. 
Selalu doakan ayah dan emak. paling tidak pun, boleh tolong Along jaga emak.... 
Jangan asyik nak meloyar buruk aje ngan emak, ya!


Ok, saya tengah rindu Naim. 
heheh

3 comments:

Irtiyah said...

dikelilingi kasih sayang =)

Sidratul Muntaha said...

aku dh agak dah
dai ade 2 interpretation kat situ la ain
1. mungkin dian kate ko mok mcm doremon
2.tak pun ko kuat bebel mcm doremon
aaahahha

~ain said...

kak irtiyah.. dikelilingi kasih sayang dan teramatlah manja! heheh

Ayu.. hahaha.. memang!