Pembaca Blog Ini...

Monday, November 25, 2013

Kehilangan

Sepupu (adik beradik susuan) saya dapat anak lelaki last week 18/11/13. Lahir tak cukup bulan. 6 bulan sebab ibunya mengalami pendarahan. Babynya kecil sanagat-sangat. Beratnya satu kg lebih sikit aje. Masuk incubator. 

Sedihnya tengok gambar baby kecil yang tak bermaya. Dicucuk sana sini. Penuh dengan wayar... Tak sampai hati nak buh gambarnya kat sini.

Namun sudah tertulis. 
Allah lebih sayangkan baby tu. Baby meninggal dunia 22/11/13.

Saya tahan air mata dan tumpang bersedih. Saya faham rasa kehilangan orang tersayang. Walaupun beberapa hari saja sempat di dunia ini, ibu ayah nya pasti rasa kehilangan itu.

Bertabahlah, wahai adikku! 
Pasti ada hikmah atas ujian ini.
Berdoalah. InsyaAllah.
Allah akan kurniakan rezeki lagi.

Al - Fatihah 
Muhammad Adib Harith Ad Zulfadli.
18/11/13 - 22/22/13
Semoga aman di sana.


1 comment:

zarena heeney said...

akan jumpa di syurga nnti