Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 18, 2014

Jaga Naim

Malam. Pagi laaa.. Dah pukul 1 pagi. Cik abang dah lena. Saya masih duk terkebil-kebil bijik mata. Takleh nak tidur. Pusing kanan.. Kiri.. Kanan balik.. Pastu kiri.. 

Esok last kerja. Selasa. Rabu Khamis cuti. Oh, tak sabar! Kalau kerja tak cuti2 boleh bengkak kepala. Silap2 habis semua kerja tak jalan sbb stress. Lama dah tak balik Melaka. Last sekali bulan 12 tahun lepas masa kena outstation yang dua hari tu. Lama dah! Tapi, kali ni tak balik Melaka pun. Serdang aje. Tido hotel. Huhu

Mak nak berangkat (umrah) 20/3 hari Khamis. 2/4 baru balik. Ahmad Naim tinggal sorang sebab mak bawa Apis sekali. Adham jadi teman. Cik Milah (adik arwah ayah sama mak lain bapak) pun pergi. Tumpang marham Adham. Sebab cik Milah ibu tunggal, anak yatim dan anak2 blom boleh ikut. 

Imah tengah study week.. Icah baru masuk belajar. Sambung Master sambil2 jadi Research Assistant. Alhamdulillah. Semoga dia tabah harungi kehidupan baru. Anep sibuk hal dia. Maka, Naim kenalah ikut saya duduk Terengganu dua minggu sepanjang emak di tanah suci. Nasib baiklah cuti sekolah kan..

Saya agak gementar nak jaga dia. Sebab dia tak biasa sgt dgn saya. Saya memang kurang duk rumah. Dia membesar pun saya dah kawin. Tak berapa rapat. Tapi, kalau setakat nak kenakan saya.. Dia memang pakar lah.. Saya harap dia seronok duduk dengan saya. 

Saya dah pesan bawa buku ulangkaji sebab nanti dia nak UPSR. Cuti sekolah kali ni takleh p kelas tambahan sbb ikut along duduk Terengganu. Saya plan nak kosongkan jadual saya waktu petang. Tengahari saya akan balik bawa dia makan. Pastu, bawa duk opis sambil ajar dia ulangkaji. Sambil2 selesaikan kerja saya.

Mak bising dia asyik dpt 1A aje. Takpe.. Arwah ayah kata UPSR je. Bukan boleh mintak kerja pun. Heheheh.. Jangan stres. Ayah selalu pesan, study smart BUKAN study hard. Slow-slow. Petang belajar. Buat latih tubi. Malam pas Maghrib kita baca Iqra'. Haaaa.. Jangan tension, Aim! Weekend kita pi berjimba ye....

Hmmm... Saya rasa sedih juga mak nak berangkat. Tapi, mak kan nak  beribadah. Tak maulah mengada sgt, Ain! Nanti mak susah hati tak tenang pk pasal anak2. 

Saya doakan agar perjalanan emak, adik2 dan Cik Milah dirahmati Allah dan diberkatiNya. Semoga selamat pergi dan balik dengan redho Ilahi. 

Amin...

No comments: