Pembaca Blog Ini...

Friday, May 1, 2009

Mungkin sudah bosan

Entah apa penyakit hari ini, di opis mengantuk gila babas!!
Tengah tanda paper exam student pun tersengguk-sengguk..
Arghhhhhhhhh.. sangat mengantuk..!!
Cits... buat malu je.. (malu pada diri sendiri, bukan ada orang lain pun dalam bilik saya tu)

Bosan pula tu, sebab internet di opis ada problem sket hari ni..
Mungkin juga kebosanan saya hari ini adalah disebabkan saya tak ada teman berbual.
Ramai yang bercuti hari ini..

Lepas maghrib, cik abang saya ajak ke rumah abah.
Abah nak pindah KL dah hari ni.

Hmm..
orang yang telah lama di KL @ mak ayah saya
dah tak sabar-sabar menanti waktu bersara
sebab nak balik pindah ke kampung. Orang yang telah lama di kampung @ abah mertua saya,
(hensem tak pak mertua saya? heheheh)

yang sudah bersara
tak sabar-sabar pula nak pindah ke KL..
Hehe.. macam-macam kan?
Ye lah, mungkin masing-masing dah bosan kan
melalui rutin hidup yang sama setiap hari..

~saya nak tidur..
Hari ini cuti sempena Hari Pekerja.
Selamat Hari Pekerja
Saya memang cuti Jumaat kerana di pantai timur.
Jadi, tahun ini cuti Hari Pekerja saya berlalu secara percuma!
(Kalau cuti umum jatuh pada hari Sabtu kan best!!!)
huhu

2 comments:

Mrs LVoe said...

aah la encem ur FIL

norainiammran said...

sha.. memang ensem pun.. tapi, dulu2 hubby ain kata masa muda-muda muka my FIL macam P.Ramlee.

hehehe