Pembaca Blog Ini...

Wednesday, May 27, 2009

Peminat Seach

Semalam suami saya jumpa booth yang jual tiket konsert Search.
Terus dia nak beli t-shirt Search.

Menggelepar dia tak tenang.
Tengah makan dia sibuk cakap pasal t-shirt tu.
Tengah membeli barang dapur pun dia sibuk cakap pasal t-shirt.

Lastly, saya belikan juga dia t-shirt tu.
Bukan mahal sangat pun, tapi saja je saya nak bagi dia terseksa menyakat dia.
Dia bukan tak da duit sendiri nak beli, tapi dia memang macam tu, kalau barang-barang dia liat sikit nak keluarkan duit. Sibuk kan kemaslahatan orang lain berbanding diri dia sendiri.

Namanya Hisyam. Maksudnya Pemurah... heheh

Punya lah suka dia dapat t-shirt tu.
Sampai rumah, siap suruh saya ambil gambar lagi.
Tiba-tiba nak menumpang blog saya pula. Dia suruh saya update dalam blog saya.
Suruh saya masuk dalam blog saya yang dia beli t-shirt Search tu. tah apa-apa.
Dia kata, "Blog sayang ramai follower, blog abang sikit je. Penat je update!"
~ada pula macam tu!

Siap tolak beg hijau saya lagi sebab nak suruh dia punya paper beg t-shirt tu duk depan.

Ini laa t-shirt tu. Ada lambang kumpulan rock otai kegilaan suami saya.Dia cakap apa dalam kereta?

"Yang, konsert Search tu minggu ni laa. Tak jadi minggu lepas sebab..." ~saya tak ingat sangat apa sebabnya.

"Ooo" Saya tak ambil perhatian sangat apa suami saya cakap masa tu.

"Eee.. kalau lah tak pergi KL minggu ni, abang beli dah tiket tadi. Best nya tengok konsert Search!!"

"Hmm.."

~Lepas tu, dalam perjalanan sampai ke rumah dia menyanyi lagu Search sambil cakap "Berbaloi-baloi" macam Amy Search tuu..

Hadui.. laki sapa laaa ni?

4 comments:

zh-ena said...

suker la hubby ain dpt pakai t-shirt pujaan hati

Sidratul Muntaha said...

macam - macam
org laki ni
time kita puneyr minat
sikit pun tak pndang n tak heran
tpi time dia
kemain laie
bersungguh - sungguh
hmm..
laki noraini giler search
laki ayu minat military
klu ade lelong kat lelong.com n mudah.com.my tu
mencari jer brg2 askar cam goggle ker,binocular ker..
pening2..
mcm2
tpi time kita miant potographing n cooking
kemain lagie..
klu tak kutuk
buat bodoh jer klu citer...

Anonymous said...

kalu dah minat kan. apa saja. hubby has minat bola..badminton n futsal. sport shoes dia kejap2 btukar.. x paham lak rs. kasut jogging has tahan bertahun2..heheh yg x jejak bumi pun ada lg.. hehehe

~ain said...

ena..pagi2 tadi dia dah cakap nak pakai bj Search g KL nanti.. hahah.. lawak tau..

ayu.. orang lelaki memang macam tu. tapi, diorang pun pening gak ngan minat kita kan.. heheh perempuan asik2 baju baju baju.. masak masak masak.. padahal kalau kita pakai baju cantik dan pandai masak, siapa yang bangga kan? dapat bini pandai bergaya dan pandai masak.. heheh

has.. oo.. hubby has jenis suka sport ye..? hubby ain dia minat Search dan gile kereta.. Asik2 kereta sampai tajuk blog pun potong spring!! heheh