Huhh.. settle kelas pagi.
Pukul 4 nanti, ada kelas lagi.
Hari ini student saya datang separuh kelas saja tau.
Yang lain semuanya demam.
Risau nya! Semoga Allah jauhkan kita dari mara bahaya.
Mesti pelik kan?
Kenapa tajuk "Rasa Ingin Menari", tapi cerita pasal mara bahaya?
glitter-graphics.com
Oh, walau apa pun mara bahaya yang datang, hidup harus diteruskan, bukan?
Jadi, segala kesusahan, kesukaran dan kerumitan itu kita anggap sebagai cabaran hidup.
Sebenarnya saya rasa ingin menari sebab kulit depan novel saya dah siap.
Editor yang manis itu telah email layout.
Namun, ada sedikit pembetulan yang perlu dibuat iaitu pada nama penulisnya.
Haaa... itu bukan nama pena saya.
Mungkin 'typing error' di situ.
Jangan terkejut!
Novel sulung saya ini adalah novel kanak-kanak 234 mukasurat.
Penggarap pengalaman saya bekerja sebagai guru tadika satu masa dulu, ianya merupakan percubaan pertama yang laksanakan dengan kerjasama adik saya.
Walaupun adik saya menulis 1/5 dari keseluruhan novel ini, saya tetap mahu bubuh nama dia sebagai pembakar semangat untuk dia (saya pun) lebih maju dalam bidang ini.
Mak saya sebagai pencetus idea.
Ayah saya yang menyusun jalan cerita.
Kami berdua sebagai pengarang nya.
Oleh kerana itulah, saya pernah beritahu yang novel ini adalah idea dari keluarga.
Kalau umur panjang, ada rezeki lagi...
saya akan terus mengembangkan bakat dan minat saya dalam bidang ini.
Novel remaja atau mungkin cerita cinta saya.
Nanti kena minta izin Encik Suami dulu.
Eceh..... ~Doakan saya ye!
Kalau dimurahkan rezeki, saya nak jadi penulis sepenuh masa.
Tapi, saya tak pasti sama ada saya boleh meninggalkan my passion (mengajar) atau tidak.
~ Jangan cari novel ini sekarang, kerana ianya masih dalam proses percetakan.
Nanti bila sudah terbit, saya akan umumkan secara rasmi!
Tata
10 comments:
tak sabar nak tggu buku nie keluar..buku utk kanak2 erk..blh la ena baca ka utk umairah nnti :D
good luck ain...
wah2 ni boleh mintak 10% ni he he
ena.. Nanti umairah dah besar, agaknya dia ingat tak kat auntie ain dia ni? heheh
zura.. TQ sooooooooooooo much, dear!
abang.. tetiba pulak? hehhe
hahahaha..lawaknya kalau menari..macam penguin berjoget pulak..kahkahkah... bleh masuk funniest home video. Fat Penguin Dance! =)
Anonymous.. Penguin dengan manusia pun tak reti beza kan ke? isk isk..
Dah lah masuk rumah orang tak beri salam.
You must try to act in a civilized manner laaaa, dear!! =)
dah publish nnt bgtau...
along, sepuluhhh percent~
(gaya ckp mcm kassim pentalot dlm cerita p. ramlee)
HAHA! x)
pelik betul anonymous nie..naper bg komen yg mcm tu..cuba la tggl kan name naper nak berselindung dgn guna nama anonymous nie..penakut betul
klu berani tggl kan name..mmg tak beradat langsung
has.. ok.. ain akan umumkan nanti..
imah.. ko jangan nak jadi imah pantalot pulak.. hahah.. aku up sikit jadi 20%.. hahahha
ena.. ain bukan marah dia komen begitu, kalau dia perkenalkan diri. Ain bukannya jenis tak boleh bawa bergurau. Tegur secara ikhlas ke kan.. Takkan laaa ain ni mengong sangat nak marah tak tentu pasal kan..?
Biasalaaa, ena.. orang tamak selalu rugi bagai anjing dengan bayang2..
eh.. ada kena mengena ke dengan pepatah ni?.. ahahahha
Post a Comment