Pembaca Blog Ini...

Thursday, October 8, 2009

Kepala bengong

Pagi tadi punya lah semangat nak pi kerja, awal pagi dah bangun dah.
Siap gosok baju walaupun kepala dah rasa macam berat je.
Buat tak layan je laaaa, terus je masuk mandi.
Kepala ini makin rasa berat. Macam ada batu besar juga macam.
Aduiiii laaaa... Apa hal ni?

Kejut cik abang yang sedang mamai-mamai, suh dia pi mandi cepat.
Sementara dia mandi, saya siap dah lengkap dengan baju kurung, tudung semua lah.
Tapi, akhirnya... saya tertewas jugak.
Ini kepala memang tak boleh blah punya sakit.

Tetiba badan rasa sejuk je, macam nak demam.
Masuk dalam selimut laaa apa lagi.
Memang tak ingat apa dah.

Ena ibu umairah call, cakap pasal novel laaa..
Ena ada sebut pasal maybank, 2 hari apa laaa..
Adui.. saya tak boleh fokus sungguh laaa..
Kesian ena, dia ambil masa beberapa minit untuk kenalkan diri dia.
Boleh tak kenal pulak ena mana?
Haaaa.. itu memang sakit kepala tahap gaban laaa tu.
Lepas bangun tidur, baru fikir balik apa yang Ena cakap.
Baru lah faham.. heheheh..

Kepala sakit, pening...
Sakit sampai termuntah.
Arghh.. menyampah betul laa kalau muntah ni.
Perit je tekak.

Lepas makan panadol 650 yang cik abang beli dari farmasi, terus tidoooooo..
Lepas tidoo.. tidoooo.. tidoooo..

Alhamdulillah.. sekarang ni ok sikit dah.
Boleh update blog, lepas ni nak round2 blog kengkawan.

Perut pun lapar dah, kalau tadi langsung tak ingat alam sekeliling.
Nasib baik, cik abang saya dah siap masak.
Aishhh... dia masak menu biasa laaa..
Kalau tak ayam goreng, ikan goreng..
Lawannya dengan sayur air lah..

Hahaha.. makan saja laaa..
Terima kasih laaaa cik abang memahami keadaan saya sepanjang hari tadi.

4 comments:

zh-ena said...

mmg lemah jea suara ain bila ena call semalam..

klu duit tak msk lg bgtau ena cpt2 tau..nnti ena bank in semula

~ain said...

ena.. itu laa pasalnya.. tak larat .. duit tu tak pe laaa.. halal bil halal.. kawan2..

Zura said...

sian ena...itulah penangan sakit kepala...

~ain said...

Zura.. hahaha.. itu laaa pasal.. kebetulan masa ena call tengah sakit kepala..