Pembaca Blog Ini...

Tuesday, October 13, 2009

Khas buat Kak Ena

Kak Ena ialah rakan sejawat saya masa di tadika dulu.

Kak Ena cikgu yang garang. Takut saya...

Kak Ena berasal dari Kokdiang, Kedah.. (kalau tak silap saya)

Kak Ena berkahwin dengan seorang perajurit (askar) yang berasal dari Sabah.

Kak Ena memberi saya sedikit
pengetahuan tentang Sabah sebelum sampai ke sana.

Kak Ena mengenali suaminya di Melaka.

Kak Ena pandai masak.

Kak Ena menjadi tempat saya untuk 'kecek' resepi nasi lemak.

Kak Ena pernah gelakkan saya sebab tak reti ikat bihun
yang dibungkus dalam plastik masa jamuan hari guru di tadika.
(saya mana pernah kerja kedai makan)


Kak Ena kata saya bawa kereta sampai sejuk kaki tangan semua.
(memang pun)

Kak Ena suka pakai tudung belit-belit.
(sampai laaaa ni saya tak reti nak belit-belit)


Kak Ena nikah pakai baju warna kuning diraja (kagum saya), kenduri pakai baju purple.

Kak Ena tak datang masa saya nikah, tapi datang masa kenduri kahwin saya.

Kak Ena sponsor kraftangan dari suratkhabar yang unik sebagai
cenderahati untuk tetamu di majlis perkahwinan saya.
TQ soooooooo much!

Kak Ena pula tidak dapat merasa blueberry tart di majlis kenduri kahwin saya.
Kesian Kak Ena..

Kak Ena masih mencurah bakti di tadika.


Eh..
macam-macam laaa tentang Kak Ena
tapi tak dapat nak senaraikan kat sini.

Saya masih berhutang "Ikan Tawar untuk Lego" dengan Kak Ena.
Saya dah janji nak pos kat dia sejak minggu lepas lagi.
Namun, dek kerana kekangan masa, saya gagal berbuat demikian.
Semalam saya sudah hantar sms kepada Kak Ena,
minta maaf sebab belum sempat pos lagi.
Saya janji dengan dia, esok (hari ini) saya akan pos.

Pagi tadi sebelum pi kerja, sementara tunggu cik abang mandi
saya sudah balut untuk Kak Ena.

Sampai di pejabat, saya rasa macam ada yang kurang.
Macam ada yang masih saya belum selesaikan..

Ahhhhhhhhhhhhh..
Ye.. benar...
Saya tertinggal bungkusan "Ikan Tawar untuk Lego"
yang siap dibalut dan sedia dihantar kepada Kak Ena.

Saya tertinggal di atas sofa.

Saya lupa masukkan ke dalam beg sebelum keluar rumah tadi..

Maafkan saya, Kak Ena...

~Noraini!!! Esok, sila jangan lupa lagi!!!

8 comments:

zh-ena said...

ena ingatkan aper punca ain nak buat entry ttg kak ena..rupa2nya ain terlupa nak anto buku kat kak ena rupanya..

sbb tu la klu ena biasanya kemas aper nak di bwk ke opis terus msk kan terus ke dlm beg..sbb ena pun pelupa besar gak

~ain said...

Saja buat gempak.. hehehe..
Pelupa laa sejak dua menjak ni.. Banyak termakan semut ke ek? heheh

~Eila Nur Kaseh~ said...

haa...same la ain...selalunya lepas kuar umah baru ingat,..huhuhu

Zura Tahir said...

sudahnye lupe gak...apelah ain nie...

~ain said...

kak eila.. itulaaa pasalnya.. sabo je laaa...

zura.. bukan sengaja.. dah nak terlupa..

Nor's said...

takpa ain, akak tak marah pun...

Nor's said...

takpa ain, akak tak marah pun...

~ain said...

eceh.. kak ena ada blog laa.. ain dah pos buku tu pagi tadi..