Pembaca Blog Ini...

Sunday, December 13, 2009

Remis dicari

Balik kampung. Saya suka!
Tapi, rumah arwah nenek dah buruk, tak de orang jaga..
Kesian....
Sedih dan adakalanya teringat arwah nenek.
Kalau arwah nenek ada sekarang tentu keadaan tidak seperti sekarang!
Pagi Jumaat yang hening,
ramai-ramai turun cari remis.
(sila buat dek je pada seluar tidur saya itu)

Gali.... gali... Jangan tak gali...

Kerjasama mencari remis.
Cik abang kan.. dia kan.. malas nak cari..
Nampak tu.. dia kuis-kuis sikit jek pasir tu.
Tapi bila makan... uiiiiiiiiiiiiii.. bukan main laju lagi..
hahahahha

Ini budak yang bersunat tu.
Sihat dah.
Dah boleh berlari dah.
Tapi, bila Icah balik, dan dan je nak makan suap laaaaa..
apa laaaaa..
Mengada tau.
Lawak je tengok dia ikat kain pelikat tu.
Tapi sebenarnya, lepas mandi baru dia pakai kain tu.
Masa mandi laut, huh.. dia bo*el je.
Tergelak-gelak je orang tengok dia berlari terjun ke laut.


Tengok cik abang saya, dia mengelat tau cari remis.
Dia buat-buat termenung laaaaa apa laaaa...
Dia lupa nak bawa seluar mandi,
jadi dia ke laut dengan kain pelikat saja.
Abah pun lupa bawa seluar trek.
Dia mandi laut dengan kain pelikat je. Lawak tau.

Ini lah gadis-gadis ayu (gadis kah?) yang paling gigih mencari
sampai penuh satu bakul remis.
Yang lain tadi tu, dah tak tahan panas.
Semua dah naik dah... hahaha
Ini sebahagian dari remis itu.
Ada lagi banyak.
Tak sempat nak ambil gambar, terus je habis di'sapu' ...

Ingat satu ketika dulu, masa arwah nenek masih ada.
Ada mat salleh datang tengok kami cari remis.
Siap nak beli satu tempurung RM5.

Arwah nenek suruh mereka cari sendiri.
Yelaaaaa.... cari sendiri laaaaa..
Sebab remis ini akan rasa extra sedap,
kalau kita ambil bahagian dalam acara mencarinya.

Betul tak, bang??
Atau bagaimana?
hahahahhahaha

8 comments:

lovelygift....everything u need are here said...

Bestnya kak.teringin nk buat aktiviti mcm ni

Zura Tahir said...

nmpak best je cari remis tue...

abang said...

malas nak cari payah,makan senang jek

zh-ena said...

mmg sedap remis tu kan..kg arwah wan ena pun ader gak..

Anonymous said...

iye..besh cari remis ni.. tp last buat xtiviti ms kt PD dgn mil & inlaws ..best!

Sidratul Muntaha said...

lama tak mkn remis..
hmm..

WaRKaH CiNTa said...

Assalamualaikum..
Saya rasa tempat awak amik gambar ni dekat la dengan umah saya. Kuala Sungai Baru, rite?

~ain said...

lovelygift.. sesekali seronok juga buat aktiviti keluarga!

zura.. remis ni macam kepah tapi kecik2..

abang.. abang tu memang begitu! denda mau?

ena.. bukan arwah nenek ena pun oragn melaka kuala sungai baru jugak ke?

has.. cari remis ni ralit tau. kalau dah mula, payah nak berhenti..

ayu.. tolong jangan buat hal ye... dibuatnya mengidam nak makan remis, parah laaa kena pi gali kat melaka!

warkah cinta.. ye kampung nenek saya ni di melaka! slamat berkenalan!