Pembaca Blog Ini...

Friday, February 19, 2010

Entri kesian kat cik abang dicampur dengan cerita pasal kuih keria

Tengah-tengah menulis tadi, saya perasan cik abang masuk bilik air.
Ambil wuduk kot.
Lepas tu, saya dengar dia kibas sejadah.
Lepas tu diam.....
Lama juga. Solat Isyak kot.
Kemudian, diam terus.......
Tergerak hati nak tengok, dia tengah buat apa.

Dia tidur rupanya................
Diam-diam je dah tidur.
Biasanya, dia akan memekak dulu sebelum tidur.
Suruh tutup lampu laaaa, tutup tv laaaaaa, tutup pintu laaaaa...

Tapi, hari ni dia senyap je.
Kesian dia, letih!!
Dapat pula sekarang ni dia ada banyak perkara nak kena fikir.
Apa bendanya? Alaa... tak payah laaaa nak tulis kat sini.

Saya perasan bila saya tengah menulis ke, ber Internet ke...
Cik abang selalu senyap je. Dia layan tv je.
Kurang dah masa macam dulu. Masa tengok tv sama-sama.
Tengok drama sama-sama.

(cik abang suka tengok drama Melayu tau. Ada sekali tu, dia buat reminder dalam hp sebab nak tak nak terlepas drama bersiri. Kalau nak tahu hari ini ada drama apa, tanya je dia. Saya gerenti dia boleh ingat sikit-sikit intisari rancangan. Biasanya rancangan waktu malam laaaa...)

Petang tadi pun, saya balik lambat.
Ada macam-macam kerja nak kena settle kat opis.
Lepas habis kelas, student nak jumpa.
Aih...... Sikit punya baik plan nak balik awal.

Balik je rumah, cik abang dah siap masak.
Walaupun masakannya tidaklah sehebat chef, tapi saya rasa sangat dihargai.
Lupa nak ambil gambar masakan dia.

Saya rasa saya kena revise jadual saya.
Saya kena lebih adil bahagikan masa.
Kerja kena awal sikit balik dari biasa.
Menulis pun kena kejap-kejap menulis, kejap-kejap tengok cik abang.
Ber Internet pun kena ada limit.

Hmm... saya sayang suami saya!
Saya nak pi teman dia tidur.


Ops....
Jap.. Jap...

Sebelum tu, hari tu saya buat kuih cek mek molek kan?
Lepas tu ada lebih keledek, saya buat kuih keria pulak.
Tang adunan ok.
Tapi, bila tang sira tak jadi..
HAAAAA... gelak lah!! Gelak laaaaa....
Ah.. lantaklah!
Habis jugak pun........

Tata!

7 comments:

Sidratul Muntaha said...

ahhaa..
nak gelak jugak..
tak kira!!
aahhaa..

pB said...

salam


tak pernah buat kuih keria nie ...
tapi suka makan

~ain said...

ayu.. takpe.. kita manusia belajar dari kesilapan.. heheh

PB.. kalau malas nak buat, beli je... hahahhahaha

Tihara said...

mana gamba cik abg tengah makan? heeee..

bagus lah cik abg ain suka tgk drama melayu..cik abg akak pulak no malay drama..problemnya die suka tgk cite tamil..huhu

zh-ena said...

ena klu buat kuih keria mmg ena tak sira pun cicah jea ngan gula hehehehehe

~ain said...

kak tihara.. tak de gambar dia tengah makan. tak teringat nak snap.. heheh..

cite tamil? KAH KAH KAH

~ain said...

ena.. uiiii kalau gitu selalu boleh jadi donut tu.. kencing manis laaa..