Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 9, 2010

Imah..

Saya masih ingat..
Masa imah kecil
(sebelum ada Naim, jarak umur Naim dan Imah adalah 9 tahun)
imah adalah kesayangan semua..
Sikit sikit imah...
sikit sikit imah..
Imahhhhhhh.. imahhhhhh.. imaaaahhhhhhhhh....
Imaaaaaaahhhh!!!!


Masa kecik2 imah sangat putih.
Lebih putih dari kami semua.
Sekarang pun, adik beradik saya, imah je pun yang putih..
Dah lah putih, mata besar gileee....

Yang lain (termasuk saya).. tak berapa nak putih..
Naim kata, "Imah putih macam ayam!"
Imah kata, "Aim hitam macam ayam bakar!"
Naim marah sambil jeling, "Aim coklat laaaaa.. bukan hitam!"
HAHAHAHHAHA.. Aim sangat marah kalau orang cakap pasal penampilan dia..
Ada panau sikit pun dah risau, padahal baru umur 7 tahun....
Eh.. apesal cerita pasal aim lak ni?


Masa kecik, imah selalu ajak mak pi tengok rusa kat MARDI.
Keluarga saya kan bermastautin kat Serdang.
Dekat dengan UPM, MARDI semua tuuu..
Pergi tengok rusa naik motor merah mak. (masa tu, mak tak de kereta lagi)
Bila balik je, imah mesti buat gaya rusa sambil
"Rusaaaaaaaaaa.... te ke ding ke ding!!"
Sebenarnya comel! Tapi, tak leh puji sangat sebab nanti dia kembang!
HAHAHAHAHA.


Hipotesis dari tiga gambar di bawah..

di Cameron Highland..
Tahun berapa?
Tak ingat!

Di kampung Melaka..

Di KLCC...Imah suka makan lolipop!


Hari ini 9/3/2010
Imah sudah berumur 15tahun!
Tahun ni nak PMR dah....
Haaaaaaaaaaaaaa....
Aktiviti blogging imah pun macam dah kurang.
Imah sebenarnya, yang buatkan akaun blog saya ni..
Masa tu imah berumur 12 tahun, kalau tak silap!

Sekarang, kalau ajak tengok rusa kat MARDI pun imah tak heran...
Sekarang, kalau mak ajak pi jalan memana pun imah tak berapa nak ikut dah...
Sekarang, sudah ada boyfriend!
Sekarang, imah ada perniagaan kedai dobi yang berjaya!
Perniagaan yang diwarisi dari Icah sebenarnya
sejak Icah dah berpindah ke UiTM Penang...

Sekarang, tak main dah lolipop kecik..
Lolipop besar-besar je semua..
Maklumlah dah banyak duit!
Handphone imah lebih mahal dari handphone saya.. (fakta, bukan auta)
Nanti dah dapat royalti, boleh beli lolipop besar rumah!
HAHAHAHAH


Ini kek harijadi imah masa umur 11 tahun....
Masa ni, ayah baru balik dari Sudan!

Selamat Hari Lahir Imah...
Semoga Imah menjadi anak yang solehah.
Dapat 10A (over ok!) dalam PMR nanti.

Kali ini 1 A=RM2 sahaja!

8 comments:

Anonymous said...

happy birthday to Imah jugak... ain siap wat flash back gitu...teringat zaman kecik2 dgn adik² semua...

zh-ena said...

selamat hari jadi untuk adik ain
makin cun :D

.imah. said...

errkk, puji laa lg, puji laa.
HAHAHAHA. :PP

awww, time kasehhh. :DD

~ain said...

has.. masa kecik2 selalu gaduh.. bila dah besar, baru rasa macam sayang.. hahahahha

~ain said...

ena... cun ke? habis laaa dia menjadi perasan kerana pujian itu..

hAnIsAh_aMmRaN said...

ahahaha...aku rasa tudung imah makin ke belakang.tgk kcik2 tudung nak tutup mata je, dah besor, tudung nak kebelakang aje...

hahaha

~ain said...

icah.. ye tak ye jugak kan? baru aku perasan.. aku pernah tarik tudung di ke depan.. dia marah oii.. mmg trade mark dia kot...

~ain said...

imah... haaaaaaaaa!!! kan dah kata, dia ni kuat perasan!