Pembaca Blog Ini...

Saturday, March 27, 2010

Perjalanan Ke Melaka

Seperti dibebelkan sebelum ini,
kami bertolak ke kampung selepas solat Jumaat.
Hujan lebat sangat.
Kami naik satu kereta je dengan ayah.
Sebab tak ramai pun balik.
Mak, Ayah, Aim, Imah, Saya dan Cik abang..

Balik Melaka ikut jalan tah mana tah.
Saya bukannya tahu sangat jalan-jalan ni.
Maklumlah, masuk kereta je kroih..kroih...
mana nak tahu jalan kan? =)


Singgah sekejap kat sini.


Ayah rela tak makan tengahari
sebab nak makan ikan salai kat sini.

Cik abang pun sedap je makan.
Memang favourite dia laaa ikan ikan ni.

Saya dengan mak.
Sama kan?
Cik abang kata, saya rupa macam mak.
Tapi, dalaman macam ayah.
Dalaman ni maksudnya perangai,
kegemaran dan lain-lain laaa....

Kat gerai tu ada kucing.
Saya bukan suka pun kucing.
Tapi, disebabkan kerana haiwan ini lah
saya akan dapat royalti nanti.
So, meh laaaa i tepek gambar u sikit!

Ini laaaa rupa ikan yang di salai.
Sedap ooo..

Siap petai-petai , air asam semua.
Tapi idak laaa saya makan petai.
Saya makan nasi putih dengan kacang botol dengan eh..
Tengok lah kat gambar tu...

Bukan ikan salai je ada.
Burung puyuh salai, daging salai pun ada.
Sedap oi!!

Ikan sungai ni kan, bukan semua makan.
Ada yang tak leh nak makan.
Tapi, kami... sapu je semua!
hihih

Ini buktinya!
Langsai......

Ayah kata, lain kali tak mau singgah sini lagi.
Sebab mahal...
Lauk tak seberapa pun.


Tapi, saya rasa
sangat sedap laaa pulak ikan salai tu.


2 comments:

Tie HT said...

mahal n sedap takpe..jgn mahal tp hampeh

~ain said...

kak tihara.. itu laa.. kalau sedap, mahal pun tak pe..