Hmm... hari ini hari Rabu.
Esok hari Khamis.. Horey!!!
hahah
Nak share sambutan hari ibu
yang adik-adik saya buat kat rumah mak hari tu.
Saya, icah, anip tak de kat rumah.
Saya kat Tganu,
Icah kat Penang,
Anip kat Klang (kerja je tak sudah-sudah)
Jadi, Adham, Hafiz (memang akan ada kat rumah laa),
Imah (jaguh pantun) ngan Naim (abang Milo) je laaa ada kat rumah.
Adham SMS saya,
"Along.. ko tak de plan ke apa-apa hari ibu ni?"
Saya reply,
"Tak.. Kenapa?"
"Tak delaaaa aku plan nak beli kek ke hadiah apa-apa ke!"
"Ok laaaaa.. Ko beli kek ngan kad. Nanti bagitau aku berapa. Aku bank in duit loooo."
"Ok.. Ko kasitau kat semua (anip, icah) laaaa.."
"Ok, roger.."
Haaa.. itulah ceritanya.
Gambar ini saya ambil gambar ni dari FB Imah si Jaguh Pantun.
Siap beli dengan pisang goreng sekali.
Kad buat sendiri. Jimat tol adik-adik aku ni.
Patutnya bunga tulip tu kena buat 9 kuntum,
termasuk Abesam 10 kuntum.
Dah lah dalam kad tu tak tulis nama saya.
Tak puas hati betul laaaaa!
Hahahah
Buah cempedak di luar pagar,
Buah keranji di dalam perahu,
10% duit kek tu nanti aku bayar,
Tunggu royalti dapat dahulu.
Ewaaaaaaaaaaaaaaah...
(Imah, along pun pernah masuk pertandingan pantun tau.
Tapi, peringkat kelas je dah out.. hahahah)
HAHAHAHAHA
Apa-apapun, selamat hari ibu untuk ibu-ibu sedunia.
Untuk mak saya..
Hari-hari adalah hari mak!
Tak kira pagi, petang, siang atau malam....
Mak sentiasa di hati!
Untuk arwah mak mertua.
Semoga aman di sana! Al-Fatihah...
10 comments:
salaam pada ur mum... :D
ibulah ratu hatiku!!
kasih ibu tdk ternilai..
mimie.. mak kata.. waalaikumussalam
ayu.. bukan ratu hatiku saja.. hati mu, hati kami, hati mereka semua dah..
mama hanim.. ye.. seumur hidup.. selagi hayat dikandung badan
best nye dapat celeb ngan mum..kite tak dapat
along pantun tu salah tuu.
'gar' tak sama dengan 'yar'
'hu' tu tak sama dengan 'lu' tu.
tak boleh tu. nnti kene tolak markah.
lepastu, kalau boleh,
suku kata kat tengah pon kena sama.
bru markah tinggi.
HAHAHAHAHAHA! xDD
kak tihara.. ada hikmah di sebalik apa yang terjadi..
imah.. sebab tu lah along peringkat sekolah je dah out.. ahhahah
Post a Comment