Pembaca Blog Ini...

Thursday, May 20, 2010

Misi Memujuk

huiii yooo..
Kali ni, memang saya pecah rekod laaaa. Dua bulan tak balik Serdang. Sebab dua bulan ini adalah dua bulan yang kritikal. Saya pula, bukan ada seminar ke kursus ke di UPM atau UTM macam selalu. Student pun dah bercuti. Saya ada banyak masa duduk di office sambil bersenang lenang menyiapkan modul satu hari satu muka.. Huahuhahuahauahauahuaha


Tak balik Serdang dua bulan, dia punya rindu, mak aiiii semacam oiii.. Tapi, kang kalau mak ayah semua dah pindah Melaka.. agak2nya saya masih rindu Serdang tak? Atau saya akan rindu Melaka?

Ntah.. sebenarnya rindu kat rumah ke kat keluarga?

Ok.. berbalik pada tajuk.

Sejak seminggu yang lalu, saya menanam azam untuk balik ke Serdang. Tapi, memandangkan cik abang adalah bekerja dan payah nak cuti. Kang kalau cuti sesuka hati kang, kena hari bos cari.. hahahaha tak ke haru? Jadi, saya senyap je laaa.. Diam je.. Tanpa sepatah kata. Tapi, sampai bila si Noraini ini boleh senyap sebab kata orang hati wanita ini dimulutnya kan kan kan?

Maka, saya menyuarakan hasrat untuk balik Serdang kepada cik abang. Dia diam. Saya tanya lagi. Dia diam lagi. Saya pun diam. Dan dia tentulah diam. Hehehehe.

Saya cuba bubuh sepatah dua kata kat blog. Dia tidak memberi respon. Saya tanya.. Dia tetap berdiam diri. Iye pun tidak. Tidak pun tidak. (Aduiii.. stress betul ini macam) Sekurang-kurangnya kalau tidak boleh, cakap lah sepatah kan. Ini dia diam sahaja. Bikin panas oooooo....

"Apa lagi saya nak buat ini?" sambil berfikir di dalam hati. Saya tidak memaksa, dan tidak mahu memaksa. Saya faham komitmen yang cik abang harus berikan kepada kerja dan keluarga (saya bukan ahli keluarga nya kah?) Kalau dia kata tidak pun, tidak mengapa. Cuma, jauh di sudut hati saya mengharap agar dia menjawab, "Ok.. Boleh!"

Tapi, kenapa diam kan? Jawab laaaa. Sekurang-kurangnya saya tak perlu mengharap lagi kan...

Malam tadi, saya bertanya lagi. Pada mulanya, dia diam saja. Haaaaiiii laaaaa haaaiii haiii haaiii.. Saya dah macam nak nangis dah sebab tak leh sabar dah. Tapi, tak nak laaaa paksa-paksa kan.. Hmm.. sudah tiba masa untuk menggunakan senjata terakhir!!!!!!!!!! ops.. FYI, ada dua senjata akhir yang akan saya gunakan. Pertama, merajuk. Kedua, menangis. Hahahah..


Saya gunakan yang pertama. Akhirnya, dia memberi jawapan juga.

Akhirnya, dia bertanya, "Bila nak balik?"

"Kalau boleh (ayat PASRAH) minggu depan lah.. Kalau abang tak boleh cuti, kita balik hari Khamis lepas kerja, balik sini balik hari Sabtu petang."

"Ok.. abamh izinkan. Sayang nak balik naik bas kan?" ~ini ayat memang membakar hati. Tapi takpe, sabaaaar.... sabaaaar.... Saya diam je.


"Ok.. Kita balik lah. Abang try cuti hari Ahad. Kita balik tengahari Khamis, balik sini Ahad. Boleh!"

"Hmm.... boleh!" ~ayat terluah.

"I love you!"~ayat dalam hati. Tak nak lah luahkan sebab nanti dia kata saya sayang dia sebab dia setuju nak baik Serdang.


Wahai pokok mangga depan rumah kat Serdang!

Nantikan kepulanganku!



4 comments:

azimask said...

wahh balik serdangkan.. kalau ada masa meh la jmpa... email me okeh

malu la pulak....

mangga tuh nampak sedap..
tapi mie tak suka masam.. hehehehe

CkDs AhRa said...

berjaya gak ek memujuk....

ise said...

huh

~ain said...

hehehe