Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 26, 2010

Lamb Chop buat suamiku

Semalam buat lamb chop.
Beli yang dah siap potong kat Giant tu.


Siap beli rempah yang segera tu.
Alaaaaa.. yang dapat paket-paket tu.
Tah apa kenamanya tah.
Tak ingat nak nak ambil gambar.



Balik je terus cik abang suruh perap.
Kita pun ye ye ah kan..



Cik abang nak makan, kita pun buat laaa.
Beliau memang suka sangat daging kambing ni.
Tak paham betul kenapa suka nau dia makan daging kambing.



Siap grill atas kuali tak lekat sebab kalau masuk oven kan lambat..
Dia dah tak sabar dah nak ngap.



Sekali makan.......... mak aiiii masin masin masin..
Saya sudah lah tak berapa nak layan daging kambing ni kan.
Pulak tu masin... Lagi laaaa poning ahkak.



Tapi, dia belasah je saya tengok.
Walaupun ada complain sket ah masin.
Saya tak marah ah dia nak complain ke apa.
Sebab memah sah masin.
Apa daaaaaaaa orang yang buat rempah dalam paket tu.
Tak reti buat..
HAHHAHAAHAHAHAHAHA



So, tadi........
Beliau masih tak puas hati sebab tak dapat makan lamb chop yang menepati citarasanya.
Disuruhnya saya buat lagi lamb chop.
Pulak tu, dia hari ni ada demam sikit.
(Semalam pun macam dah nampak dia ada ura-ura diserang demam selsema)



Saya pun fikir, macam mana nak buat ni ek.
Takkan nak guna rempah paket yang masin macam ke hapa tu.
Bayangkan, hilang rasa kambingnya dek kerana masin yang terlampau.
Naya je kang laki ahkak masuk spital kena darah tinggi.
Nauzubillah..



Tetiba teringat.
Alahai.. buat lah macam ayam panggang madu tu kan?
Boleh jugak kan?
Apahal laaaa ko ni sengal sangat semalam, Ain?
Takkan tu pun tak terpikir..
Itulah, lama nau tak memasak.
Sampai otak jadi karat.



Hahahaha



Ok..



Saya pun perap daging kambing yang eeeeeeeeeeeee itu bersama
halia dan bawang putih ditumbuk
sos tomato
sos cili
sos tiram
serbuk lada hitam
kicap manis
all spice~warna coklat2 macam campuran rerempah
(tah apa jenis rempah tahm saya beli kat Giant)
gula (tak ingat ada madu dalam peti ais)
garam



Perap sejam kemudian panggang...
Tak yah minyak pun dah berleming dah daging tu.



Hahahaha



SIAP!!!



"Orang demam mana boleh makan lamb chop."
~Dia buat-buat tak dengar je



Sampai menjilat jari.
(Ada ke orang makan lamb chop guna tangan)



BELASAH!!


2 comments:

CkDs AhRa said...

bila nak rasa masakan along nie....hehehehehe

~ain said...

meh dtg tganu aaa.. aku masak kat kedai.. haha