Pembaca Blog Ini...

Monday, December 20, 2010

Hujan dan Zaman Kanak-Kanak

Pagi ini sejuk lagi.
Sama macam semalam.
Sedap benar ketiduran. hahaha
Tetiba terkejut dengar abang buka almari.
Huh!!!! Sudah pukul 7.30 pagi
Ingatkan baru pukul 6.30 sebab gelap sangat.
hahahahha.


Abang ada meeting hari ni.
Jadi, dia memang pergi kerja awal.
Tak sempat nak sarapan sama-sama.


Lepas siap-siap, duduk dulu.
Bermalas-malasan di rumah.
Kat luar tu hujan sangat lebat.
Mata kan tak berapa nampak.
So
, terpaksa tunggu dulu sampai hujan sedikit reda.
Sambil-sambil minum kopi panas dan cicah biskut.


Tepat pukul 9 pagi, gerak ke office.
Kelihatan kiri kanan jalan sudah mula dinaiki air.
Sampai pukul 9.10 di parking area.
Senang hati melihat parking area yang lengang.
Rasa nak menyanyi lagu irama zapin. hahahhahah
Agaknya semua orang belum gerak dari rumah kot.
Dan, indahnya hari ini... dapat parking strategik lagi seperti semalam.
Strategik yang nampak dari pintu office, dan dekat pula dengan bilik punch card.
Jadi tidak perlu risau kereta jauh dan tidak perlu meredah hujan sangat bila balik nanti.


Hujan hujan begini, teringat zaman kanak-kanak.
Saya memang garang kan?
Selamba je tarik si bobot perut debot tu...
Hahahaha
Kami adik beradik memang suka sangat mandi hujan.
Bila nampak langit mendung je, terus bodek emak nak mandi hujan.
Sangat kelakar...
Belum hujan dah ready 'pakaian renang' masing-masing.
Kadang-kadang tak jadi hujan pun.
Kecewa, ok! HAHAHAHAHA


Mak mesti bagi punya lah!
Tapi, kena mula mandi bila hujan tu dah lebat.
Bukan hujan yang mula-mula turun tu, sebab mak kata itu air hujan racun.
Belasah je aaa mak ui.. hahahhaha
Mandi hujan punyalah seronok.


Kalau nak mandi hujan mak beri beberapa syarat:


PERTAMA:
Mandi di dalam pagar rumah sahaja.
Jangan keluar dari luar pagar.
Rasionalnya, bahayalah kan kalau hujan-hujan pi keluar pagar.
Kang kereta langgar ke ke petir ke apa kan.


KEDUA:
Mesti sedia tuala masing-masing sebelum mandi hujan.
Sangkut di grill luar rumah.
Supaya lepas mandi hujan, tak payah susahkan emak lagi nak ambilkan tuala masing-masing.
Emak tunggu depan pintu sambil jerit-jerit, "Jangan main kat luar pagar!"
Alah, kadang-kadang emak pun mandi hujan sama. =D


KETIGA:
Ini syarat paling tak best.
Kalau tengah mandi-mandi syiok tu,
terdengar bunyi guruh ke... atau nampak petir ke...
Emak akan jerit panggil masuk dan kami mesti masuk.
Masa tu, selalu buat alasan, "Alaaaaa... mak! Petir sikit je... Sekali je petir tu.."
Hahahahah



Bayangkan betapa peningnya kepala emak ayah nak menjaga anak-anak kecil macam ni.
Tengok gambar pun dah pening oi!
Tengok je lah yang pakai gaun merah yang muka kesejukan tu.
Siapa suruh pegang aiskrim kat tangan kan?
Sampai jatuh aiskrim kat lantai.
Selekeh betul.


Sunyi betul waktu hujan-hujan begini.
Berdoalah banyak-banyak ketika hujan kerana
antara waktu doa mustajab adalah ketika hujan.

2 comments:

Zura Tahir said...

wah siap bagi kebenaran tue...

~ain said...

zura.. mak memang sporting gila.. alaaa masa tu bukan ada hiburan sgt pun. kerja kitorang menyepahkan rumah je.. mak tensen gak kot. sebab tu kasi main hujan.. hahaha