Pembaca Blog Ini...

Sunday, February 27, 2011

Ini serius!

Argh.... sangat penat!
Pukul 3 pagi baru sampai kat rumah.


Gerak dari Serdang pukul 5.30 petang.
Sampai Gombak, semua orang tak siap lagi.
Alahai...........
Nak cakap apa pun tak tahu.
Hmm.. lebih baik tak payah cakap.


Adik ipar belanja makan satay.
Terima kasih. Penuh perut saya!


Lepas tu, mak sedara cik abang sampai dari Perak.
Alaaaaaaaaa.. yang anak dia Hannah tu.
Cute sangat si Hannah tu.
Rasa nak cubit je.
Dia cakap kat abang dia, "Ayong.. cepatlah sikit. Hannah nak ber*ak ni!"
hahaha very cumilsssssssssss!


Lepas tu, adik ipar lagi sorang sampai.
Alaaaaaa... yang anak dia nama Amani tu.
Amani muka blur je sebab mengantuk kot. =)


Lepas tu... dan lepas tu... lepas tu lagi.. kemudian, selepas itu...
masa terus berlalu.....
Ya Rabbi.. Bila nak gerak ni.


Akhirnya, dari Gombak gerak ke Terengganu jam 9 malam.
Saya ingatkan esok lusa tak pun 3-4 hari lagi baru boleh bertolak.
Kalau gitulah, boleh lah saya apply cuti 3-4 hari lagi kan!
hehehe


Alhamdulillah.. Perjalanan lancar.
Cik abang bawa kerete laju gila.
Tak lah gila sangat.
Tapi, gila lah jugak.
Maksud saya, lebih gila dari biasa.


Ye lah, sebab nak kejar waktu.
Memanglah biar lambat asalkan selamat.
Tapi, kalau lambat sangat....
Memang tak boleh tidurlah abang nanti.
Esok pagi-pagi dah nak pi kerja.
Saya ni pulak driver ada tempoh masa.
Kalau dah gelap, memang takleh bawa dah.
Terpaksa laaaaaa dia memandu sorang-sorang.
Tak de back up driver.


Sampai Gambang, "Abang, isi minyak lah sikit."
"Takpelah.. abang isi kat.... (tak ingat)" ~maksud dia, nanti keluar highway lah baru dia isi.


Sampai keluar highway, "Abang, tak nak isi minyak ke?"
"Nanti dulu... banyak lagi!


Bila minyak dah takat bahaya dah, saya malas nak cakap pape.
Saya tidur je laaaaaaaaa..
Apa nak jadi, sila fikir sendiri.


Nak dijadikan cerita, hahahahah (gelak dulu)
Semua stesen minyak dari Merchang (ke apa tah nama tempat tu) tak buka.
Tak buka, maknanya dah tutup.
Dah tutup, maknanya tak boleh topup petrol dalam tangki kereta anda.
Ye, tidak boleh. Tidak boleh sama sekali!!
Fuel warning
dah sampai takat bahaya sangat-sangat.
Macam bom jangka yang dah nak meletup tu... tit... tit.. tit...
sepuluh.. sembilan.. lapan.. tujuh... enam.. lima...


Keadaan saya masa tu?
Hanya Tuhan je tahu.
Saya dah ingatkan...
Saya dah tanya dia dua tiga empat kali pasal tak mau isi petrol ke...
So, saya pun diam je laaaaaaa...
Sebab ada abah kan..
Takkan saya nak membebel dengan darjah keselambaan yang tinggi.
Itu bukan bermakna saya hipokrit.
Tapi, saya menghormati kewujudan abah di situ.
Ye, hormatlah orang tua kan.
Takkan nak bertekak kat situ
(**walaupun**sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri)


Apa tindakan selepas itu?
Macam biasa (**memang biasa juga berlaku) ..
Tutup econ, buka tingkap dan kurangkan kelajuan.
Dari kelajuan 140km/jam, turun terus ke 70km/jam.
Masing-masing dah diam.
Ada yang selamba (tanpa ada masalah) tidur dengan nyenyak.
Ada yang sedang menahan rasa terkilan tahap panglima perkasa dalam hati.
Ada yang sedang memberi kata semangat untuk pemandu.
Dan pemandu? heheheh
Tidak perlu dihurai di sini.


Kemudian, abah call adik ipar ...
Adik ipar kata, terus je jalan slow-slow.
Saya dah pasrah.
Makna kata, kalau petrol habis licin lecot
sebelum sampai ke petrol pump yang masih buka (masa tu dah pukul 1.30 pagi)
saya berdoa, agar Allah berikan hidayah kepada hamba-Nya yang mempunyai
kegemaran tidak suka isi petrol dalam tangki.


Tapi, kalau sempat sampai petrol pump..
Saya tetap akan doakan hidayah tersebut
tetap masuk ke dalam hati hamba-Nya yang berkenaan.
Ini kerana, kegemaran seperti itu seakan-akan merobek rasa tenang di jiwa ku.
Hahaha poyo lak dah.


Akhirnya.........


Sampai juga di petrol pump dengan jayanya.
Fuel warning masa tu dah berkelipan tanda dahaga yang amat sangat.


Selepas settle masalah semua...


"Kalau minyak abih dengan abah takpo.. Tak bimbe (bimbang) mano. Kalu ore denge (dengan) dia (norainiammran), habislah kena blebe (bebel) pah ceghoh (sampai sudah)"


Haaaaaaaaa! Bunyi macam aku lah yang salah kalau habis petrol dalam tangki, kan?
Ini yang rasa nak mogok 2 minggu ni! =)


Walaupun abang tak suka isi petrol, saya tetap sayang abang! (hahahaha)

3 comments:

puanstoberi said...

owh. kalo Kekda mmg lama da kena bebel. Hui...tp lelaki ini mmg selamba kan?? :D

~ain said...

kak reen.. memang selamba.. kita ni macam dah nak pengsan menahan debaran!

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

sgt suspens!!! hehehe