Pembaca Blog Ini...

Tuesday, March 22, 2011

Mandi Songsang

Ini nak kongsi tips ni....


Baru tahu pagi tadi.
Ni tengahari ni baru ada masa nak menaip pepanjang..



Mandi songsang..



Kalau sebut perkataan 'songsang' ni,
perkara pertama terbayang kat kepala otak saya..
Baby songsang laaaaa...
Amalan se*s songsang laaa... wakakaka ..
Maaf, selekeh sikit hari ni.. hahaha




Banyak kelebihan mandi songsang ni tau..



Dulu, saya selalu sakit kepala.
Panas kot.. Migraine pun ye jugak.
Pak mertua saya cakap, cuba mandi basahkan kaki dulu.
Bila dah rasa sejuk kaki, baru laaaa naik ke badan lepas tu kepala..
Then, seperti biasa... pak mertua saya akan bercerita lengkap
dengan pengalaman dahulu kalanya sekali.. hehehe



Emak saya pun beritahu perkara yang sama..
"Boleh sejukkan badan," kata emak.



Saya pun mandilaaaa macam emak dan abah bagitau tu.
Hasilnya, sekarang!
Alhamdulillah, dengan izin Allah saya jarang dah sakit kepala.
Bukan tak pernah langsung laaa..
Ada jugak kadang-kadang..
Tapi, tak sekerap dulu..



Haaaaaaaaaa..
Inilah mandi songsang...
Saya pun baru je tahu,
orang panggil amalan ni sebagai mandi songsang.


Rupa-rupanya, bukan itu sahaja kebaikan
mandi songsang ni ye! Banyak lagi..



Antara yang saya dapat hasil peng 'google' lan ni....


  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan segar
  2. Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum..
  4. Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar
  7. Meninggikan daya ingatan
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
  11. Memiliki daya ketahanan mental
  12. Menambahkan semangat berani
  13. Menguatkan gusi dan gigi



Apa lagi?
Mulai hari ini, meh kita sama-sama amalkan amalan mandi songsang.



Mandi songsang je ye..
Benda-benda lain yang songsang tu, jangan diamalkan!
Minta dijauhkan....

4 comments:

Zura said...

BR TH PASAL MANDI SONGSANG NIE...

pB said...

kak pb mmg amalkan hari2

~ain said...

zura.. ain dah lama dah tahu, tapi tak tau pulak org panggil mandi songsang.. hehe

~ain said...

kaka PB.. haruslah akak awet muda kan? heheh