Pembaca Blog Ini...

Wednesday, September 21, 2011

Batuk dan Madu

Ingat tak cerita saya batuk lama tak baik-baik tu?


Memang azab sangat aaaa kalau batuk ni.
Nak nak pulak masa nak mengajar, tekak buat hal.
Terbatuk-batuk.
Sangat menganggu kerja dan aktiviti harian.
Banyak nak cakap, tapi kena tapis sebab batuk kan.


Dah makan ubat klinik high dos pun tak jalan.
Sampai nak terbabas-babas masa drive sebab mengantuk.
Cik abang risau dah macam mana tak baik-baik ni?


Tak tahan sangat dah.
Macam nak nangis je setiap kali batuk.
Perit ...


Maka, cik abang carikan madu lebah.
Orang kata, madu lebah bagus untuk penyakit batuk2 ni kan.
Madu lebah ye.. Bukan 'madu' lain.
Kalau 'madu' yang lain tu, memang bukan batuk dah.
Dia yang kena ketuk nanti, kan? hahahha


Cik abang beli sebotol (besar botol sos cili tu).
Harga dia RM30 kot kalau tak silap.
Ini yang betul-betul asli ni.
Ada akak kat opis cik abang tu laki dia naik pokok cari madu lebah.
Kalau nak tahu apa tanda madu tu asli atau ada campuran gula,
korang tanya pakcik google laaa ye.



Mula makan masa bulan puasa hari tu sebab memang tak tahan batuk.
Dalam kuliah, masa batuk kena tahan laaa sangat
sebab bulan puasa tak boleh makan gula-gula berangin dan minum air kan..
So, masa sahur makan madu sesudu.
Lepas, berbuka atau nak tidur makan sesudu lagi.


Kadang-kadang makan lebih, sebab madu asli tu sedap.
Memang rasa lain dengan madu yang kita beli kat kedai biasa.


Sekarang, alhamdulillah.
Batuk memang berkurangan.
Saya tak perasan tau yang batuk saya dah kurang.


Cik abang yang tegur,
"Yang, dah kurang kan batuk sayang? Dulu, teruk sangat!"



Saya pun fikir,
"A'ah laaa memang dah kurang.."



Cik abang order lagi kat akak tu.


Sekarang, masih terus amalkan makan madu tu.
Alhamdulillah.... lega sikit rasanya!


Korang kalau kena batuk lama macam tu, cubalaaa makan madu asli.
Dengan izin Allah, kan... Kita ikhtiar aje.

8 comments:

Joy said...

haah..mmg mujarab madu asli lebah ni...

DaZzlingLilLy said...

owh kalo batuk lelama memang seksa..tak suka..nnt leh try cari madu..skang tgh batuk jugak

PUANSTOBERI said...

akak kalo batuk thp tak bleh nak tido tu mmg ini je la ubatnya.
tp akak buh madu dlm sudu, perah limau kasturi.
Ha....mmg mujarab.
Abis disapunya seme gegatal kat tekak tu. huhu


p/s : da alang2 minum madu tu truskan dgn minum susu kambing skali - Petua TTC tu :))

zh-ena said...

klu nak tahu madu tu asli @pun tdk letak dlm fridge mmg takkan beku..mcm tu jugak cairnya

~ain said...

joy.. madu asli yang lebah punya, kan? hehehhehe

~ain said...

lily.. cari laa.. InsyaAllah kuranglah batuk tu...

~ain said...

kek da.. haaa. gatal tekak tu mmg takleh nak tahan... TTC? Ooooo.. =)

~ain said...

ena.. salah satu cara kan? lagi satu, masu asli ni tak dihurung semut kan?