Pembaca Blog Ini...

Monday, April 2, 2012

Masa berlalu pergi

Ahai... pukul 11.15 ada kelas..
 Sementara tu, meh nak bebel-bebel sikit. 


Semalam, cuti.... Pi uruskan pengeluaran epf nak claim yang bayar yuran hari tu. Nasib baik senang aje prosedur dia. Dalam 21 hari nanti ahkak akan kaya! Semua baki akaun 2 akan dikreditkan terus ke akaun ahkak.. hahahahahaha! Banyaklah kau punya kaya... Kena bayar hutang, beb! Bayar hutang! Den pinjam gelang omak den, simpan kat Ar-Rahnu.. So, takkan nak jadi anak durhaka biarkan sahaja gelang omak eh tergendala kat sana kan? So, baki akaun 2 adalah untuk membayar hutang omak.... Jangan nak berangan, nak joli katak!


Lepas ke KWSP, pi buat akaun Bank Islam. Kang PTPTN kang nak masuk duit yuran dalam Bank Islam. Ya.... den pinjam golang omak den untuk yuran sem pertama. Lepas tu, boleh cover balik pakai duit epf separuh, separuh lagi den akan settle guna duit royalti buku. Harap-harap royalti banyak sikit lah tahun ni.. heheheh... PTS akan mula bayar royalti bulan enam kot.


Mula-mula fikir nak buat personal loan untuk bayar yuran. Yelah, savings yang ada tak banyak mana. Kalau guna, terkebil-kebil laaaa.. Tapi, duk kira interest. Ya rabbi... takpela... Kira-kira 'caj perkhidmatan' PTPTN lebih berpatutan dari personal loan tu, kan. Takpelah, PTPTN cover sampai 10k je. At least, ada dah duit nak bayar sem 2 dan sem 3. . Yang sem 4 kena korek lagi laaaa tabung ke mana-mana (belum fikir). Omak den kata, "Amik je lah golang omak ni haaaa bawa pi Ar-Rahnu..." heheeeeeeeee...


Omak den kata, "Takpelah, bukan senang nak jadi senang. Kena banyak berkorban tapi berbaloi semua kesusahan tu nanti bila dah berjaya." ~ Terima kasih laaaaaaaa omak kerana memahami. Sob sob sob.. Lepas ni, emak den nak datang, kena carikan acuan laksa laaa untuk dia. Berkali-kali dah dia sebut fasal acuan laksa tembaga kat Pasar Payang. heheh


Pagi tadi, settle urusan buka akaun SSPN pulak. Deposit 20 hengget je. Tah.. Tak faham kenapa kena bukak akaun tu. Tapi, takpelaaa.. Buka je lah. Asalkan yuran aku ada orang tolong bayarkan. Berakar kepala otak aku pk fasal yuran ni.. hahahha... 


Dalam masa yang sama, saya harap permohonan biasiswa saya diluluskan. Kalau dapat biasiswa, guling-guling macam tenggiling laaa.. Alhamdulillah. 


Banyak kerja sekarang. Assignment sana sini. Duk tanda assignment student, malang sekali assignment sendiri tak siap lagi. Kerja hakiki pun bersepah-sepah ni. Ok, nak pi klas dah. Kejap-kejap lagi kalau saya tension, saya merepek sini lagi...


Maaf, tajuk takde kena mengena.. Tetiba hilang fokus. 

haha

2 comments:

zh-ena said...

emak adalah segala2nya kan

Poklah Sc said...

Salam. Tompang tanya wahai cik adik, yg dikatakan acuan laksa yg dijual di pasar payang itu buatannya dari tembaga kan?

boleh tolong cerita berapa harganya?

sekian terima kasih.