Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 12, 2012

Perang Tak Berapa Dingin

Hai..


Hari ni tak de gambar masakan malam semalam sebab ada perang dingin sikit. hahaha


Cik abang masukkan data OT dia dalam laptop, lepas tu dia suh saya tolong kirakan berapa jumlah sebab dia kurang mahir nak total guna formula Excel. Saya baru bangun tidur masa tu. Tengah mamai-mamai.. Dipaksa, "Cepatlah, Yang.... Kira ni.. Nak tekan mana ni..." Argh... tetiba tension aku. Saya cakap, "Kejap lagi boleh. Tengah sinoneng ni. Nak pk apapun tak boleh ni." Lepas tu, dia tetiba mengamuk.. ahahha.. Apa da?


Saya pun diam jelah. Malas lah nak layan orang tengah mengamuk. Sambung baring tengok tv, tertido lagi.. Sedar-sedar bau ikan goreng kat dapur, plus bunyi orang blender lada. Hahaha.. Ada orang dah lapar lah tu. Saya pun bangun lah layankan orang kat dapur tu. Masakkan sambal kerang je. Yang lain semua dia dah buat. 


Heheh.. Bila dah siap makan, memasing senyap je. Kata perang dingin, kan? Takde mood nak ambil gambar bagai. Sekali diingat macam lucu pulak, Benda kecik, takde apa sebenarnya. Boleh jadi dingin sepanjang malam. Tah apa-apa kan. Kalau dia tunggu kejap kepala senoneng ni, kejap je saya boleh totalkan amount OT tu. Lepas tu, kalau saya tak layan sangat senoneng kepala ni, sekejap je hal boleh settle. Apa da....


Itulah... Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri.. Biasalah tu kan. Korang tak yah nak sangka buruk. Tak yah nak pening-pening hal rumahtangga orang yang gaduh-gaduh manja ini.. huahuauuah.. Korang pun mesti pernah, kan gaduh2 manja?


Tetiba pagi tadi, dia kejut saya Subuh, macam biasa je. Macam tak de perang dingin pun semalam... hahahahha


Abang sayang! I always love u......

3 comments:

ArELeEz said...

selalu jugak.. memula, gaduh2 manja. lps tu, manjas2 terus! ha3..

~ain said...

hahaha.. tak leh manjas manjas sangat sekarang.. cuti belajar.. huahuahuuha

zh-ena said...

hehehehehhe ena pun selalu jea sentap perang dingin pastu baik mcm tu jea