Pembaca Blog Ini...

Monday, June 10, 2013

Naim Naimah

Naim Naimah.. 
Nama dah macam kembar. 
Padahal tidaklah kembar sebenarnya. 
Sorang lahir 1995. Sorang lagi lahir tahun 2002. 
Bongsu lelaki. Bongsu perempuan.... 


Naimah. Anak 2nd last (bongsu perempuan). Tak ngada-ngada sangat walaupun dia bongsu tak jadi. Masa arwah ayah ada, dia ngada sikit sebab anak kesayangan ayah. Ye, ayah memang saya semua anak tapi saya tahu Imah ni dia sayang lebih. Bongsu... tak jadi..


Minggu lepas mula orientasi kat UiTM Lendu. Saya memang doa selalu agar dia dapat sambung belajar dekat-dekat aje. Sebab mak kan takleh nak drive jauh hantar dia masuk universiti. Syukur.. dapat kat kampus Lendu aje. 20 minit dari rumah. Tapi, still kena duduk asrama sebab dia budak lagi. ahahhaha



Saya memang risau bila dia start orientasi. Saya tahu keturunan kami (waaaaaaaaa.. ayat!) memang takkan menyukai aktiviti yang padat macam minggu orientasi. Saya bimbang dia nanges nanges nak balik. Atau lebih teruk, nanges nak quick! Lepas tu, emak pun lembut hati bawa balik. No.... Big no! Nanges tetap nanges.. Belajar tetap kena terus... Macam saya, setiap kali masuk  belajar ke, dapat kerja ke mesti nanges sebab saya memang cembeng. Tapi, emak ayah tetap hantar jugak. hehe...


Tapi, alhamdulillah. Berjaya juga dia lalui minggu orientasi tu dengan baik sekali walaupun macam-macam dia berungut kat twitter.. hahaha.. Semoga terus sukses ya..... Jangan lemah!


(Naimah)

 

Naim pulak.. Duduk rumah aje ah teman emak. Bila Imah dah masuk belajar, kat rumah ada emak.. Naim dengan Hafiz. Hafiz dengan hal dia laaaa. Melawat kawasan. Naim pulak sibuk dengan haiwan kesayangan. Masa ayah ada dulu, banyak gila kucing kat rumah. Berjemaah mereka memelihara kucing. Bila kucing berak merata, kelam kabut masing-masing cuci cepat cepat. Takut emak marah. hahahaha


Kat Instagram asyik post gambar kucing dia aje.. Ada sekali tu dia bebel-bebel marah kucing dia makan kepala ikan bilis. Saya cakap, "Biarlah.. Mak dah nak buang pun kepala ikan bilis tu." Dia balas, "Eh.. tak boleh makan kepala ikan. Aim tak nak kucing Aim bebal!" Adoi....


Saya pernah menjerit kat kucing dia sebab naik atas meja makan. Saya terkejut sebenarnya. Naim pun laju gila dia pi selamatkan kucing dia sebab dia tak nak saya sepak kucing dia.. hahhahaa.. "Came on, Aim... Along is not that kejam.. Ok!"




Sekarang Aim sunyilah sebab kakak-kakak, abang-abang tak de. Kalau balik ramai ramai, habislah dia pow semua orang. Tapi, along dia tak pow lah. tak berani. Abesam (cik abang) lah jadi mangsa.




Sekali fikir, memang pemergian ayah bawa banyak hikmah buat kami adik -beradik. Walaupun kesedihan memang tak dapat disembunyikan... Walaupun kami kehilangan yang amat sangat... Walaupun kami terutamanya adik-adik yang bongsu-bongsu ini masih perlukan ayah... Tapi, semua yang berlaku memang ada banyak hikmah.. Antaranya, kita adik-beradik jadi lebih kuat. Lebih rapat dan lebih menyokong antara satu sama lain.

Kita redholah atas semua yang Allah telah takdirkan untuk keluarga kita... Ayah dah tak bersama kami tapi kasih sayang ayah selalu dalam hati kami. Jadi kenang-kenangan sampai bila-bila.. Kita semua pun akan mati. Cuma, tak tahu bila. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu harungi ujian itu. Allah Maha Tahu. 


Adik-adik, semoga korang berjaya dalam hidup! 
Biar gembeng di luar, tapi... kuat di dalam! 
Boleh?




4 comments:

Sidratul Muntaha said...

bila adik beradik ditimpa susah..
bonding tu jdi kuat
aku amik contoh adik beradik laki aku..
since dua2 dah takde..
mgm bonding sgt kuat..

Unknown said...

sedih laks baca entry ain kali nie

~ain said...

ayu.. mungkin betul juga. aku pun rasa mcm tu..

~ain said...

ena.. sedih jugaklah seposen dua.. heheh