Pembaca Blog Ini...

Thursday, June 27, 2013

Pisang Ayah Tanam

Balik kampung adalah seronok. Outstation 2 hari je. Lebihnya berfoya-foya. Duduk rumah mak. Borak-borak dengan emak. Tak jalan sangat pun sebab malas. Lepas tu cakap kat mak, "Apesal kalau pi kerj lama je masa nak berlalu. Kalau cuti, kejap je dah nak kena kerja balik.. Hai! lambat lagi nak pencen!" Pastu emak geleng kepala.. "Allahuakbar!.." hahahha

Isnin lepas Zuhur, kami gerak ke KL. Sampai Gombak dah malam. Sampai je rumah kakak ipar, abah dah ada tunggu. Saya masuk je rumah dia dah senyum. Rindu juga kat abah. Masa tu rasa nak peluk je dia. Tapi, ahhahahaha kang dia pengsan plak. Saya pun segan juga. Yelah, sejak takde ayah ni. Abah ajelah bapak yang saya ada.. 

Esoknya, lepas urusan kat UTM balik Gombak. Ajak abah pi jalan-jalan. Makan-makan. Balik tu dah rasa letih ya amat. Terus lah nak tido kejap sebab cik abang kata nanti petang-petang baru balik Melaka. Cik abang ngada-ngada suruh cuci muka dia. Saya pun turutkan aje lah. Kang kalau saya membantah, dia tak mau bawa balik Melaka camne? hahah

Lepas pakaikan dia mask muka sebab nak kasi kulit muka halus (konon), dia tertidur. Dengan saya saya sekali join tido... Nyaman... Pukul 6 baru gerak balik ke Melaka. Jalan jammed. Lantak! Sape suruh lambat gerak kan? 

Sampai Melaka dah malam. 
Apa lagi, perut lapar!
Pi geledah dapur mak. 
Ada sambal sotong Icah masak. 
Dah besar dah Icah. 
Dah pandai masak sambal. 
Nasib baik tak sakit perut. hahah


Lepas makan, cari buah. 
Jumpa pisang. Banyak. Setandan. 


"Pisang apa ni, mak? Gemuk...." 
~ Sambil kopek kulit pisang nak ngap lah...


"Ni pisang arwah ayah kau tanam. 
Dah boleh makan. 
Bersungguh dia ambil benih ni kat kawan opis dia... 
Tapi, sayang! Dia tak sempat makan."


Terus rasa macam pisang lekat kat tekak. 
Tapi, sebab pisang tu memang kegemaran saya, belasah aje la.. 
hehe


Terima kasihlah, ayah! 
Sebab tanamkan pisang ni. 


Masa kenduri tahlil  Sabtu, adik beradik ayah datang. 
Dapatlah merasa pisang arwah abangnya tanam..


Pisang gemuk gemuk montel montel. 
Saya cakap kat emak,
"Ayah kan suka orang gemuk. Dia tanam pisang pun gemuk-gemuk.." 


.....Al-Fatihah buat ayahyang jauh.....

No comments: