Pagi ni tak bangun sahur sebab malas. Haaa... sangat selamba alasan dia sebab malas. Sebab sebelum tidur dah makan mee goreng mamak cik abang tapau masa dia keluar ngeteh dengan kawan dia. Lepas tu nyesal sebab baru teringat, beza puasa orang Islam dengan puasa Yahudi dan Nasrani adalah bersahur. Takpe.. Esok, mesti bangun sahur walaupun dengan seteguk air sejuk.
Adik dan sepupu saya bangun kot. Oh, adik saya duduk dengan saya sampai bulan 9 sebab dia praktikal kat sini. Jauh beno. Nak buat camne sebab company tu je yang reply surat dia. Yang lain senyap je tak panggil.
Adik dan sepupu saya bangun kot. Oh, adik saya duduk dengan saya sampai bulan 9 sebab dia praktikal kat sini. Jauh beno. Nak buat camne sebab company tu je yang reply surat dia. Yang lain senyap je tak panggil.
Company yang dia
praktikal ni pun cik abang yang tolong sikit-sikit. Susah betul nak dapat
tempat praktikal. Saya dulu praktikal kat tuuuuttt... Masa tu, ayah ada lagi.
Ayah yang tolonglah dapatkan tempat. masa tu ada 5 ke 6 orang dari fakulti saya
praktikal situ. Tapi, lain-lain course lah. Ada kawan nak pi lunch bagai.
Selalu tapaukan nasi untuk ayah. Hari-hari kari daging dengan sayur kubis.
Lepas 2 minggu, bos hantar saya praktikal kat Port Klang.
Gila jauh. Ulang alik. Tapi, sebab jauh benooo sewa rumah sekali dengan kakak
yang kerja situ. Tumpang dia pi kerja. Tapi, dek kerana tak berapa selesa dan
ada beberapa isu berbangkit, saya rayu cik abang (masa tu boyfriend) untuk hantar ambil saya. ahahahha. Ayah ok aje asalkan saya tak minta duit tambahan untuk isi minyak dan tol. Nasib baiklah masa tu ada duit JPA. Jimat-jimat belanja sebab masa tu cik abang pun tak de duit sangat. Dia hantar ambil saya pakai kereta proton otai ayah. hahahah.
Dah macam takde keje dia mengambik nganto aku. Hahahah.. Nyesal je nyusahkan dia. Tapi, dia tak rasa susah (masa tu). Kalau sekarang, mahunya kena marah. Minta tolong hantar pi kerja (kalau dia cuti) pun dia malas sebab nak sambung tidur. Biasalah. Dah dapat. Dulu sebab belum dapat. haha... Semalam (sejak dua menjak) saya selalu melawan cakap dia. Dia marahlah kan sebab kedegilan saya yang melampau ni. Sedih lah asyik kena marah. Tapi, yeeee tau salah saya sebab mengada sangat. Saya pun nepek lah kat dia semalam. Dia cakap, "Ni dah kenapa ni?" Saya pun cakaplah, "Abang selalu je marah orang.." Dia pun kata, "Dah tu.. Sayang buat sakit hati abang. Memang lah abang marah.." Ehehehe (Masalahnya sekarang, perlu ke cerita kat sini?) hahahahah.. Matilah kang ada orang meluat. Maaflah.... =)
Ok, sambung.... Semua yang belajar kat IPT akan menghadapi latihan praktikal. Seronok ke tak seronok ke memang kena hadap ajelah... Jangan banyak bunyi. Saya dulu buat BBA Operations Management yang sangat universal sampai kena panjat lori tangki diesel sebab nak make sure takde diesel balance dalam lori. Apa kejadah? Entah.... hadap ajelah. Memang kerja lasak sampai kurus sekejap masa tu. Sekarang, suruh jalan kaki sikit... aku dah mengamuk sakan!
Pengalaman ini semua mematangkan kita hari demi hari. Lama kelamaan kita akan pandang sesuatu itu lebih positif dan semuanya akan jadi lebih baik. InsyaAllah.
1 comment:
hehehehehhe memori masa belajar mmg best kan
Post a Comment