Pembaca Blog Ini...

Wednesday, July 3, 2013

Reban Mak



Emak dah dua tiga kali cakap dia nak reban ayam. 
Dia kata orang yang dia nak upah tu tak datang pun buat reban dia. 
“Aku ni dah tak larat. Kalau muda-muda dulu, memang dah lama siap reban ni!” 


Banyak kali jugak dia bebel  fasal reban ayam tu.  
Nak kasi ayam makan sisa nasi-nasi yang tak habis tu katanya. 


Anak lelaki sorang pun tak pandai menukang. 
Kalau disuruh, memang taklah nak buat. 
Nak buat camne. 
Mana ada orang yang pandai buat semua benda kan?


Saya cuba lah tanya kat cik abang. 
Kot-kot dia pandai buat reban.
 Nada paling lembut sekali. 
Nak amik ati, kan? haha


“Abang, pandi buat reban tak?
Boleh buatkan emak reban tak?”


“Reban macamana?”


“Entahlah.. Tapi, reban biasa-biasa je kot. 
Boleh muat ayam tiga empat ekor. 
Nak kasi makan balance makanan. Sayang terbuang.”


“Nantilah abang fikirkan. Boleh kot kalau yang simple-simple. Abang cubalah buat.”


“Ok, harap-harap jadilah…”


Hari Rabu Khamis Jumaat projek pun berjalan. 



Assistant project manager!
Boleh laaaaa dari takde! 
heheh


Sabtu..
Reban siap!


 Tak sempat nak belikan ayam sebab Ahad kita dah nak balik Terengganu. 

1 comment:

Ms Haslina said...

alhamdulilah, tercapai hasrat mak. untung ada menantu ringan tulang.