Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 2, 2009

'Update' Secara Marathon

Malam tadi sampai pukul 3 pagi di Setiu.
Ini gambar sebelum saya bertolak dari Serdang.
Suami saya sedang khusyuk
makan tempeyek kacang sambil tersengih-sengih!

Bunga ini pula saya ambil dari rumah mak.
Hahaha.. sesaja je nak menggedik!

Bertolak dari Serdang dalam pukul 6 petang.
Sebelum itu, kami singgah di sini,
beli sesuatu yang menjadi kegemaran suami saya.
Sampai ke Gombak, singgah tunggu abah dan adik2 lain.
Sebelum itu, singgah di Petronas dan membeli ini.
Peris sedap sudah habis!


Masuk di LPT, hujan sangat lah lebat.
Perut pula menjadi lapar dengan tidak semena-mena.

Berhenti Temerloh untuk makan dengan lahapnya.
Malangnya, nasi goreng yang dipesan tidak lah sesedap mana.
Biasa-biasa saja.
Tea O untuk saya dan Nescafe untuk suami saya.


Abah makan mee goreng.

Pikah makan laksa.
Pikah ini akan melangsungkan pertunangan
dengan jejaka idamannya hari Jumaat nanti.

Kami terpaksa bercuti lagi hari ini.
Jadi saya masak yang simple saja.
Kari ayam permintaan suami saya.
Satu lauk sahaja, ok?Ok saja lah...

Icah, ini FM yang kau belikan untuk aku.Close up sikit!!
Ok.
Saya harus beredar dulu!
Tata

p/s:
Editor PTS email beritahu saya perlu
melakukan
sedikit tambahan dan suntingan terhadap manuskrip saya itu.
Saya haruslah menyibukkan diri dalam seminggu ini.

Ini kerana saya diberi tempoh seminggu sahaja
untuk menyudahkan suntingan itu!!!

~Tak sabar nak menantikan saat-saat yang menggembirakan

iaitu kelahiran novel saya yang pertama!
Saya benar-benar teruja!

7 comments:

Nurhayati said...

tempeyek kacang!!! lama nye tak makan.. rasa nak plak.. harus pegi cari pas balik keje ni.. huhu

Anonymous said...

marathon sungguh update ni. dr serdang sampai ke setiu. ;)
x sabar nk tunggu novel tu!!

.imah. said...

along,
10%.. AHAHAHAHA! :PP

~Eila Nur Kaseh~ said...

huhuhu..p serdang tak elo2 eila pun ye..dekat je umah den..kalo tak..leh kite ngedet tau!!!

~ain said...

yati.. mengidam kah? tempeyek kacang dan apa-apa yang berasaskan kacang adalah kegemaran hubby.

Has.. novel itu, kecil-kecilan saja. Novel kanak-kanak! Ringan-ringan saja topiknya.. Kalau Eri dan AC dah masuk awal remaja boleh lah mereka baca..

Imah.. kau ni tak habis-habis 10%.. ahahah

Kak Eila.. ain ingatkan kak eila bz.. hehehe.. takpe kak next time i will elo elo to u..

mrs shaifull said...

bestnya balik kg, dah lama x cuti2 balik kg, huhuhuuuuu

~ain said...

CT NORAZMIZA.. walaupun sibuk bekerja, kita masih perlu berehat sekali sekala mencari ilham dan menenangkan fikiran.

huhuu.. kampung tempat asal kita, adalah tempat paling ideal untuk berehat, bagi saya laaa.. hehe