Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 13, 2009

6 hari lagi..

Nak raya dah tak berapa lama je lagi.
Lebih kurang 6 hari je lagi.

Hari Khamis yang lalu, masa saya temankan cik abang beli baju raya dia..
Ada lah seorang ibu ni bawa anak-anak dia.
Kalau tak silap 4-5 orang jugak anak-anaknya.
Bayangkan lah..
Dengan sesak orang penuh tu, kan..
Dengan nak bawa anak semua..
Belum cerita pasal anak kecik yang masih atas dukung lagi...

Ada dialog lucu yang saya terdengar,

"Mak, tak muat ni nanti. Kena cari yang besar sikit. Nanti raya dah tak muat dah.."

"Eh..... ambil je yang ni sedang molek dah ni..."

"Tak nak, nanti tak muat dah masa raya nanti.."

Agaknya mak tu dah naik berang, ditambah dengan letih mengendong anak kecik nya.. nak melayan kerenah anak yang lain pulak... Terus je mak tu jawab,

"Eh.. awang eh... seminggu je lagi nak raya ni.
Tak de nye besar mana pun kamu tu seminggu je lagi,"

Anaknya tu, terus je terpinga-pinga..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Teringat zaman saya masih kanak-kanak dulu.
Adik-beradik saya ramai..
Mak ayah TAKKAN sengaja mencari nahas
kumpul semua adik-beradik untuk bawa pi beli baju raya.
Kebiasaannya, mak akan bawa seorang je. Gilir-gilir.
Yang lain, tinggal dalam kereta dengan ayah.



Kalau tak pun, mak memang pergi sorang je.
Nak tahu saiz kasut, mak ukur pakai tali rafia.
Kalau saiz baju, mak main agak-agak je.
Mak akan beli kat kedai yang biasa-biasa saja.
Sebelum bayar, mak akan tanya soalan lazim.
Mak akan tanya, kalau tak muat boleh tukar ke?.. Hehehe..
Mak jarang pergi shopping last minit sebab mak tak suka bersesak-sesak.

Saya faham sekarang.
Kenapa mak ayah malas nak bawa semua anak-anak
membeli-belah beramai-ramai masa kami kecik dulu.
Dulu, siap nak merajuk-rajuk kalau mak tak bawa pi beli baju raya.

Kalau anak sorang dua kira ok laaa kan nak bawak pi shopping.
(kalau kena anak-anak extra nakal tu, bawa dia sorang pun dah macam bawa 4-5 orang..)
Kalau dah 7-8 orang tu, mahu nya jadi benda lain pulak.
Ada yang hilang laaaa...
Ada yang mak pak terlepas pandang laaaaa, maklumlah orang ramai kan.....
Ada anak tak reti bahasa laaa nak baju kasut yang mahal-mahal laaa...
Kah kah kah..
Tambah pulak, sekarang ni ada wabak selsema "baby" kan..

Apa-apapun, semua nya terpulang pada mak pak itu sendiri.
Raya pun setahun sekali je kan...
Kalau mereka tak kisah mengawasi anak-anak di tempat ramai-ramai tu, tak pe lah kan..
Tepuk dada tanya selera lah..
Tapi, kena extra careful laaaa kan.
Jangan sampai hilang pulak budak-budak tu nanti..

~Rindu kan zaman kanak-kanak...

pict: google

4 comments:

zh-ena said...

sama la kita..takder nya ayah ena bwk kami semua beli baju raya..beli kasut mmg confirm hulur la kaki msg2 utk diukur

aper yg ayah bwk blk tu terima ajer la ngan hati yg redha hehehehehee

honeylanz said...

has bwk 2 hero kecik pun dah rs mcm x menang tgn..

Zura said...

zura pun dulu cm tue gak...nk g beli baju bwk wakil je...sbb mak yg tentukan nk pakai baju jenis ape tp colour lain²...klau mase tue fesyen baju satin sume dpt satin tp kale berlainan...so easy...

~ain said...

ena.. adik beradik ramai memang mcm tu.. mana ada nak pilih2 mcm bebudak laaaa ni.. seme mak ayah tentukan.. redho je kan..

has.. tu laaa.. dibuatnya lari keliling kedai, mengah nak mengejar.. hahaha

zura.. ye.. sama.. semua pattern sama. warna je lain2.. hahah senang..