Pembaca Blog Ini...

Monday, November 2, 2009

Menulis adalah dari Hati..

Kenapa saya menulis di blog?

Kenapa?

Semuanya adalah kerana hati.
Apa yang saya tulis adalah semua dari hati.

Saya tidak perlukan peminat untuk mendorong saya untuk menulis di blog
(menulis novel lain cerita ok!)

Saya tidak perlukan sesiapa untuk menyuruh saya menulis blog.

Segala sendu, duka lara..
Segala gembira, suka duka..
Saya kongsikan bersama di blog kesayangan saya.
Saya titipkan dalam setiap helaian blog ini, semata-mata untuk berkongsi rasa.

Namun, saya masih perlu merahsiakan beberapa hal
demi untuk menjaga hati insan-insan tertentu.
Mungkin saya bercerita, dan merahsiakan identiti.
Mungkin adakalanya saya terpaksa bercerita secara kiasan.
Ada juga masanya, saya tidak boleh bercerita langsung tentang perkara itu.

Alangkah bagusnya..................
(tak reti nak sambung ayat !)

______________________________________________________________


Saya bercuti 2 hari kerana tidak sedap hidung (ada ke istilah tidak sedap hidung?)
Saya berjangkit dengan cik abang.
Tapi, cik abang dah sembuh.
Rilek je dia pi kerja.

Semalam saya temankan dia pi bank. (saya selsema tapi tak kena kuarantin ye)
Cik abang nak bayar roadtax kereta.
Tapi sebab semalam Ahad, bank di KL tutup kan?
Kena laaaa datang esok ke lusa sekali lagi.

Nutrimeal dan Fibergy dari Faida dah saya terima.
Parcel dihantar di rumah pak mertua.
Sebenarnya, saya tak berapa gemar sangat nak guna
alamat rumah pak mertua untuk hantar apa-apa parcel ke surat ke apa ke..
Ye lah, bukan apa..
Orang tua kan..
Nanti memang dia akan bertanya apa benda nya tu.

Macam saya cakap sebelum ini kan..
Ada benda yang kita boleh cerita sewenangnya.
Ada juga benda yang kita kena rahsiakan untuk kebahagiaan bersama.
Ada juga perkara yang sensitif dan dianggap sebagai urusan peribadi.

Bila pak mertua tanya, saya akan jawab...
"Ntah.. apa tah.. Tak tengok lagi." ~jawapan klise untuk sembunyikan sesuatu.
Saya tahu, dia bukan nak marah ke apa ke kan.
Duit saya kan... Takkan lah dia nak marah kan.
Kalau duit anak dia pun takkan lah dia nak marah kan.. Hahahah.
Saya tak mahu cerita sebab bukan semua orang faham apa yang kita faham.
Bukan semua orang rasa semua yang kita rasa.
Bukan semua orang anggap sesuatu perkara itu seperti mana anggapan kita...

Tapi, saya tahu, mesti mereka semua dah mengkaji,
menggoncang-goncang.. dan menilik, apa kebendanya yang menantu aku ni beli ek? hahahah.. Sedikit pun saya tak salahkan pak mertua,
sebab kalau saya pun, saya mesti nak tahu kan apa bungkusan orang hantar di rumah saya. Lumrah alam kan..

Ok.. Nutrimeal dan Fibergy adalah sedap.. Nyum.. nyum..
Sangat sedap jika dibandingkan dengan shake yang telah saya cuba sebelum ini.
Saya perlu untuk jaga diri saya, untuk cik abang.
Bukan untuk orang lain.

Sementara itu, cik abang masih belum boleh adopt bininya yang baru,
tapi saya akan buat dia faham.
Dan saya yakin, cik abang adalah seorang yang cepat belajar.
Saya hanya perlukan sokongan dia sahaja.
Tidak dari orang lain di sini... di sana.. atau di mana-mana...
Tidak!! Saya cuma harap cik abang saya memahami apa yang saya rasa.
Itu saja.


__________________________________________________________________


Semalam juga, ke klinik untuk cari ubat.
Pertama kali nya saya dengar pengakuan dari suami saya.
Pengakuan yang buat saya rasa terharu.
Pengakuan yang juga buat saya pilu.
Pengakuan itu lah yang saya nak dengar selama ini.
Pengakuan yang sangat saya dambakan sejak dulu.
Pengakuan yang buat saya rasa sangat bersalah.
Pengakuan yang buat saya terlalu mementingkan diri sendiri.
Pengakuan yang menjelaskan segala-galanya.
Pengakuan yang membuatkan saya bahagia menjadi isterinya.
Pengakuan yang membuatkan saya menitiskan air mata macam orang gila malam tadi.
Pengakuan yang buat saya menanam azam untuk memenuhi segala kehendaknya.

Hahahahahahahaa.. macam mengong je.
Apa ek pengakuan dia tu?
Haaaaa.. seperti yang saya katakan sebelum ini.
Tak semua benda kita boleh luahkan sebab bukan semua orang faham apa yang kita alami.
Bukan semua orang faham apa yang kita faham.
Bukan semua orang akan anggap seperti apa yang kita anggap kan..

_________________________________________________________________

Selesailah sudah entri Menulis adalah dari Hati.

Sila abaikan kalau anda tak faham.

Terima kasih.. =)

6 comments:

Anonymous said...

ohh..has dah x de mood nk menulis lg dah...huhuhu

Zura Tahir said...

bkn xfhm ain tp panjang sgt...
betultue ♫aku menulis bkn kerna nama♪

~ain said...

has.. menuis memang kena ada mood...

zura.. hahah.. tu lah ingat nak tulis pendek je, tapi selalu je terpanjang.. hahah

zh-ena said...

hanya diri kita yg paham akan diri kita kan..minta simpati pd org pun nnti belakang citer akan di kutuk jugak..

~ain said...

ena.. ye.. kadang2 orang suka menuduh yang bukan2. suka buat andaian yang salah. lepas tu jadi berjauh hati. hubungan jadi rosak.. semua main pendam2..

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih