Pembaca Blog Ini...

Tuesday, December 30, 2008

Kisah Abang Brahing dan Kak Bedoh

"dah makan ke belum?
abang manan ngan kak minah dah balik ke belum??
nak makan mari ah rumah abe brahing....
kak bedoh nanok lebih ari ni..."

"deraman, mu nok periuk nasi ghoyak laaa... aku nge kak bedoh ada 2 ni, hok kecik ni dok paka.... amik la hok aku dumoh ni"

"amik laaa nak pung..kak bedoh dok se doh..."

"takpe.. aku dok paka pung..amik laa..."

"ye lah, kekgi abang brahing bank in"

"nok berapo? 200 buleh? ok kekgi abang brahing bank in"

"dak ape la.. amik keto aku laaaa..dok pung amik ah keto kak bedoh..."

"dak pe laaaa.. aku bayar..."

"amik laaa aku nok beli hok baru"

"mari ah nak g sekali gok.. keto kosong..aku nge kak bedoh je.."

"mari ah.. bla bla bla bla... "

Arhhghghhghghghhhhhhhhhhhhhhhh......

Sangat tekanan Kak Bedah apabila Abang Brahing bersikap over "Family Man"

Sunday, December 28, 2008

Dulu lain..Sekarang dah lain.....

Kita mulakan entry dengan sesuatu yang hebat....

Adik bongsu saya..
Dulu....


sekarang...pipinya sudah bulat.. ayah gelarkan nya budak bulat dan ayah bimbang dia akan jadi obes sebelum waktunya (ada waktu yang sesuai kah untuk jadi obes?)


Kemudian, gambar adik bongsu perempuan saya beberapa tahun dahulu..


Kini, dia sudah lebih anggun dan sedikit remaja dengan fesyen terkini.. tetapi, saya ikhlas untuk mengatakan yang adik saya memang manis..hikhikhik


Ini pula gambar sepupu saya di majlis pertunangannya dengan gadis pilihan...


Dan ketika beliau berkahwin dengan majlis yang penuh gilang gemilang...Tak lama lagi dah nk dapat anak kembar dah pun.. hihihhi..


Sahabat saya, ketika saya menghadiri majlis pertunangannya di Temerloh sekitar 2004, lihatlah gamabr ini, saya bertudung putih ala-ala ustazah dan suami(masa tu belum apa-apa lagi, masih bercinta munyet)~~sila jangan gelak melihat ke "humble" an kami.. kahahkahakahak.. (malanganya, saya sendiri yang tergelak)


Kemudian, setelah sahabat saya itu berkahwin pada 2005.. beliau telah dikurniakan sepasang cahayamata. Salah seorang darinya.....


Ini pula kami, semasa sedang hangat bercinta.. Masa ni saya, boyfriend saya(alangkah poyonya), dan rakan serumah sewa di UiTM Shah Alam (erni, mas, zura, aishah, yanti) bersiar-siar di Petrosains.. diikuti dengan gambar-gamabr kami beberapa bulan selepas berkahwin..

Sila fokuskan pada bentuk badan kami dan pipi saya..











Ada sebarang komen?? hehehhe

Saya sudah lama mahukan sesuatu!!!!!!

Dalam perjalanan ke Mengabang Telipot untuk menghadiri majlis kenduri rakan sekerja...

Zuuuupppp.. suami saya buat pusingan U maut..

Saya pelik, rupanya ada satu pusat servis perodua yang baru dibuka di Gong Badak.. (ke hapa ntah nama tempat tu, saya tak ingat)

hmm... saya pun duk tunggu laaaaaaamaaaaaa juga laaaaa..

Saya ajak suami g cari makan dulu alas-alas perut..

Rasa nak jalan kaki aje g kenduri, tapi, suami kata jauh laaa..

Akhirnya, setelah sejam lebih sket menanti, siap juga kereta ku di servis dengan jayanya!!

Argghhhhhhhhhhh.. sebetulnya, saya teramat bosan menulis entry bisu tanpa sebarang gambar...

Arghhhhhhhhhhh.. dalam hati sudah terlalu kuat meronta mahukan sesuatu...

ini.....



atau ini lah yang sangat diidamkan sejak dulu...



atau apa-apa je lah digital camera yang akan membantu aku menblog dengan lebih segar!!!

Azam Tahun Baru..

Semalam, saya dan suami ke Kuala Terengganu untuk beberapa perkara:

+ servis kereta
+ bayar ansuran kereta suami saya (di Setiu tak dak Public Bank)
+ masuk duit dalam Tabung Haji
+ beli kain ela (kali terakhir saya beli kain ela adalah masa nak raya puasa ari tu)
+ beli bunga flip flap
+ g kenduri kawin rakan sekerja saya

Dalam perjalanan..di dalam kereta.. antara perbualan...

Isteri: Abang, nak masuk tahun baru dah ni.. Agak-agaknya apa azam 2009 abang??

Suami: Abang nak isytiharkan 2009 sebagai tahun bayar hutang dan tahun bekerja keras untuk nak dapat anak!!! perkara lain abang taknak fikir.. 2009 tahun bekerja keras!!

Isteri: ye lah.. apa agaknya pencapaian abang tahun 2008?

Suami: dapat sayang laaa.. lagi mau tanya!!!!

Dalam hati: Kata-katanya sinis tetapi tetap menghiburkan..


Suami: Sayang pulak.. apa azam tahun baru?

Isteri: hmm.... nak kerja elok-elok biar naik pangkat dan naik gaji lagi.. di samping itu, nak cari sponsor nak sambung study..

Suami: bagus..bagus...lagi??

Isteri: nak tolong abang bayar hutang..

Suami: lagi??

Isteri: nak tolong abang capai azam abang tahun ni..

Suami:
oo..bagus..bagus..

~ Tiba di Pusat Servis Perodua, orang sangat lah ramai.. Hati sangatlah bengkak untuk menunggu lama-lama. Kami tukar plan. Suami bawa kereta g servis kat Jerteh esok pagi, dan moh lah kita ke kenduri kawin memandnagkan perut pun sudah lapar tahap maksima..

Tuesday, December 23, 2008

10 isu berbangkit

Ada 10 isu berbangkit berkaitan dengan SMS mak pada saya malam tadi..
SMS yang berbunyi:

"Klah mcm tu, jgn dpt kete baru ikat perut gile2 pulak, pandai2lah budget. Hidup susah dulu bagus supaya bila senang nanti x lupa diri.. tp x jugakkan? Ada orang kata buat apa ambik viva, mcm tin biskut.x ingat dulu dia susah dan mampu pakai kete besi karat je. Jgn jd mcm tu, lupa zaman susah ajar anak hidup mewah.. tp, klu dh 3 hari tak mkn jgn pulak tak bgtau nak backup.. Tp, x kut.. "HIDUP ANAK MERE"!!"


buat saya berfikir...

Pertamanya... mak saya memang selalu bagi nasihat untuk saya tidak hidup mewah sangat. Ayah pun ajar kami adik-beradik supaya jangan bermewah2 kerana akan lupa mati.. hehehhe.tak percaya? tengok blog adik saya..

Keduanya.... saya memang tak kesah pun orang nak kata apa pasal kete saya yang comel dan budiman itu.. hik hik.. bukan saya sorang je pakai "tin biskut" tu.. ramai lagi rakyat Malaysia yang memggunakan sebagai keperluan pengangkutan.. Tapi, kenapa lah manusia ni ada je yang tak puas hati...

Ketiganya..
mak saya memang sering buat ayat dramatik.. Ada ke tak makan sampai 3 hari..?? hikhikhikk..

Keempatnya... saya masih ingat kereta besi buruk yang mak maksudkan itu..

Kelimanya..
mak saya kalau sms memang selalunya panjang berjela.. hihihi

Keenamnya...mak saya akan menggunakan ringkasan perkataan yang kadang-kadang saya kene baca dua tiga kali sms itu untuk memahaminya.. Ayah akan marah kalau gunakan "short form" dalam blog ataupun SMS..

Ketujuhnya.. mak selalu pesan jangan lupa diri..

Kelapannya.. mak ayah setuju saya amik kereta kecil. suami saya pun kata saya ditakdirkan pandu kereta kecil kerana saya tak mahir masuk parking.. hikhik.. kalau ada rezki melimpah ruah pun, kereta kecil jadi pilihan tapi, yang mahal lah, katanya..

Kesembilannya..
Saya terharu bila baca SMS dari mak sebab betapa seorang ibu itu tidak tega melihat anaknya susah di bayangi oleh hutang keliling pinggang kalau mengamalkan prinsip "Biar papa asal bergaya"

Kesepuluhnya.. Marilah tengok kereta kecil saya...!! hikhikhikhik...jangan kata saya berlagak pulak. sebab tuduhan itu tidak berasas.. saya pakai kete kecil yang murah sahaja jadi, tiada apa yang mahu dilagakkan.. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dan kesyukuran saya dengan semua orang yang memahami.. heheh

Thanks u ols...











Nota Kaki: Kalau u ols nampak TAU9630 tu di jalan raya angkat lampu tinggi ye.. Sebagai tanda "say hi!!" hik hik

Tambah Kerja.....

My bos (EI) baru saja col saya dan bagitau tentang jawatan **********

EI: Noreni, kawe dah bince d mesyuarak satni,namo demo naik jadi ******

Me: What is it?

EI: Program Diploma yang akan ditawarkan oleh bla bla bla... ni program dalaman aje bukan usahasama.

Me: Do you really think that I can do it?

EI: Kawe yakin dengan demo. Nanti gaji tu ada laaa kenaikan dan elaun-elaun tambahan.

Me:
It's not really about allowance or what not.. I just worried about the responsibility.. I already have 4 papers to cover next semester...

EI: Oh, dok sah bimbe la.. Kalu ada gapo gapo demo buleh refer ke kawe laaa..

Me: So, when it will start?

EI: Program mulo bule 6 tapi, documentation nok g anto kat Kementerian dan LAN bule 2 belako. Contoh ado dah. Demo kene wak proposal sket la Noreni (easy to him to called me Noreni rather than Noraini). Proposal hok mudoh-mudoh jah...Nanti kawe mitok HR buat surat laaa...

Me: dalam hati....((oleh kerana, EI sudah susah payah dan saya memahami kepayahan nya saya pun terima aje la jawatan itu. Tapi, ia bukanlah berkenaan dengan jawatan, gelaran atau pun kenaikan gaji, elaun dan sebagainya... Ianya lebih berkaitan dengan tanggungjawab yang akan saya galas nanti))

EI: Hello, Noreni....

Me:
Yup...

EI: So perkaro lagi, kawe nok mitok demo amik so lagi paper ECO untuk program Sijil... Notes dan rujukan ada ngan Afzan belako. Demo amik nge dio la.. Tapi, Sijil ni start bule 3.

Me: Ok.. but, do you think that "operation management person" like me really good for teach economic even for the basic one?

EI:
Dak apo.. Demo tra loh..

Me:
What tra??

EI: Cubo laaa..

Me: Oooo..try??

EI: ho lahhh..

Me: Ok EI..

EI: terimo kaseh ye Noreni..

Me:
Sama-sama...

Semakin bertambah beban kerja semakin sibuk lah kerja saya. Sekaligus ia memaksa saya ada di pejabat lebih lama dari biasa walaupun masa dan waktu kerja saya adalah fleksibel..

Claim rebate petrol...

Hari ni sebelum kerja saya singgah ke Pejabat Pos untuk amik duit yang dikatakan untuk rakyat bagi meringankan beban berikutan kenaikan harga bahan bakar tempoh hari..



Tak perlulah saya bahaskan isu berbangkit tentangnya. Pada sesiapa yang waras dan berfikir di luar kotak (thinking out of the box), pasti nya akan memahami maksud saya.

Tapi, orang sudah nak bagi kan saya pun amik aje la kan...(ngok sangat laaa kalau tak amik)walaupun, saya masih berfikir dan cuba untuk memahami adakah RM625 itu sebenarnya berpatutan berbanding dengan kenaikan harga bahan api selama beberapa bulan.

Ah.. semua itu taktik bagi mengaburi mata dan mengelirukan fikiran manusia termasuk saya...

Hanya Allah saja yang tahu...

Monday, December 22, 2008

kene tag!!!!

Here the taq Q begins:

1. Do u think u are HOT?
"Panas" kah aku?


2. Upload a fav pic of you




3.Why do u like this picture?
The day I become a wife of a man called Mat Ise.. Hik HIk


4. When was the last time u ate pizza?
Last month after gaji.. heheh

5. The last song u listen too?
Matahari- Agnes Monica


6. What are u doing right now besides this.
Tanda paper student


7. What name u prefer besides yours?
Along (family), Ain @ Kak Ain (friends @ husband's family), Bucuk (Hubby)


8. People to tag:
1) Imah
2) Icah
3) Yat Ekhram
4) Yanie
5) Tulip


9. Who is no.1
Adikku si penggodam


10. No.3 is having relationship with?
Her hubby laaaa!!!


11. Say something about no.5
Beauty dan very supportive person.


12. How about no.4?

Creative blogger


13. Who is no.2
My sister...

Sunday, December 21, 2008

Azam

haduh laaa..
hazab juga ye nak buat sinopsis ni..
pening kepala..

agaknya...selepas student mendaftar dan kuliah sudah bermula lagi hazab nak sudahkan sinopsis..

saya ada azam..
cuma, saya belum cukup kuat untuk memcapainya!!!!!

RINDU!!!!!......................

saya rindu abah....



sob...sob..sob...

Friday, December 19, 2008

Si Kucing Giler..


Ada seekor kucing yang merayau-rayau di rumah saya telah membuat onar di rumah saya. Ia sudah terkencing di rumah saya yang mempunyai laman luas terbentang itu!!!! Terbau-bau kencing nya yang hampeh lagi busuk!! Menusuk hidung!!! Arghhh.. sangat marah….!!!! &^%>*#+@??()!

Saya sangat bengang dan terasa seperti hendak menerajangkan saja kucing itu.

Tetapi, mengenangkan ayah pernah berkata,

“Along, kalau kau terajang atau pukul kucing, ibaratnya seperti kau terajang dan pukul ayah! Pesan pada syam sekali…” ~~huh… ayah nak jadi Abu Hurairah kah?

Aduh, sangat kejam sekali ugutan itu. Saya pun hanya mampu memandang aje kucing itu apabila ia melalui halaman rumah saya yang luas terbentang. Ah….saya sungguh sakit hati. Saya terasa seperti si kucing itu mengejek-ejek saya kerana saya tidak mampu berbuat apa-apa ke atas nya!!

Kalau tidak kerana ugutan itu, nescaya ia sudah tidak berani melewati kawasan rumah saya.

Kalau saya tidak boleh terajang dan pukul kucing, adakah patut untuk saya siasat siapakah tuan punya kucing itu lalu melakukan apa saja tindakan yang patut?

Dalam hati: Kucing Giler!!!! Apa kau buat tu haaaaa?? Jangan kau nak buat onar di depan rumah ku itu.Hiak..hiak..hiak… Nanti kang aku k*s* kan kau karang!!! (sambil mengurut-urut dada)

Saya ingin kongsi

Apa yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah….

Gambar kahwin saya.
Saya banyak upload gambar kahwin saya di Friendster dan beberapa keping di Fotopages saya selepas selesainya majlis yang sangat membahagiakan itu. Tapi, saya seakan sudah bersara dari mengupdate Friendster dan Fotopages saya itu setelah saya jatuh cinta dengan blog... Ahakssss…..

Hari ni tanpa membuang masa lagi….















Marilah.. saksikan… saya bagi tengok sebahagiannya sahaja. Kalau nak tengok semua, meh laaaaaaaaaaa datang rumah!!! Hiks…



Nota Kaki: Cantik tak saya??? Hiks hiks….

Musim Orang Kahwin!!

Gambar pertama ini adalah untuk Idot.. Sori idot di atas keterlanjuran ku...




Memandangkan sekarang ini musim orang kahwin, saya juga tidak ketinggalan menerima beberapa undangan perkahwinan.. Dayah, wawa, kak akma, wahida, kak aslam.. dukacitanya, saya masih belum dapat memenuhi walau satu pun undangan disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

Saya tiba-tiba saja teringatkan memori semasa majlis perkahwinan saya..

Saya sering membelek album perkahwinan saya dan tidak jemu-jemu tersenyum. Suami saya menggelarkan senyuman itu sebagai senyuman angau. Biarpun saya sedar saya tidak lah begitu cun ketika kedua-dua majlis pernikahan dan kenduri, namun saya tetap bahagia.



Saya bahagia kerana saya tidak akan menjadi “andartu” kerana saya sudah pun berkahwin. Berapa ramai orang yang cun melecun masih belum berkahwin kerana belum sampai seruan jodoh.



Saya juga bahagia kerana walaupun saya tidak secantik dan se cun orang lain, suami saya yang hebat itu tetap memilih saya sebagai isterinya. Beliau tidak memilih orang yang lebih cun dari saya kerana saya sudah cukup cantik dan lulus spesifikasi cun yang telah beliau standard kan. Heheheh…



Saya bahagia walaupun suami saya itu seorang yang sederhana, tidaklah kaya raya dan tidaklah sehensem mana..namun, mak ayah dan seluruh ahli keluarga merestui perkahwinan kami. Jadi, kami tidak perlulah kawin lari ke Selatan Thai.. hiks..hiks…

Walaupun kehidupan kami selepas kahwin tidaklah semewah mana tapi, belum pernah lagi saya diberi makan maggi rebus kerana tidak ada wang untuk beli nasi. Suami saya memberi makan pakai yang cukup kepada saya sebagai isterinya.

Walaupun saya tidak disirami dengan barangan berjenama yang mewah-mewah dan tidak pernah sekali pun bercuti ke luar negara saya tetap ada substitute untuk itu. Suami ajak saya terapi minda dan jogging2 di pantai apabila tiba hujung minggu. Saya sudah cukup seronok. Bila tiba masa, suami ada wang lebih sikit, beliau akan bawa saya shopping2. Tidaklah secara yang bermewah-mewah, cukup sederhana.



Walaupun kami masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki “Nur ‘Ain” namun kami tetap terus berdoa meminta yang terbaik dari-Nya. Semoga Dia berkenan mengurniakan kami zuriat yang soleh solehah bila-bila tiba masa yang dikehendaki-Nya.



Walaupun saya berjauhan dengan keluarga, namun saya bersyukur kerana mertua saya sangat baik dan melayan saya seperti anaknya sendiri walau saya ini hanya lah menantunya yang biasa sahaja. (rindu abah.. semoga abah selamat sampai dari Mekah 4 Januari ini)

Walaupun adakalanya saya merasa sedih dan bengang dengan suami saya kerana ada beberapa perangai dia yang tak bleh blah,hehehe tapi..biasalah kan itu proses penyesuaian diri. Saya terima suami saya seadanya sepertimana beliau menerima saya pacar yang hina ini sebagai suri hatinya.



Nota Kaki: Panjang pula celoteh saya hari ni kan.

Sunday, December 14, 2008

Happy Anniversary...!!!

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan langsung, saya tidak dapat mengupdate entri baru dalam tempoh masa yang agak lama. Mungkin tahun depan baru laaa dapat update..

Buat pengetahuan semua, hari ini 14/12/2008 genaplah 9 bulan saya bergear isteri kepada Mohd Fazrul Hisyam Mohd Yusof.. Seorang suami yang hebat dan sangat berkasih sayang.. Hik hik..

Happy 9th months anniversary, abang!!
I love you sooooooooo much!!!!
Sumpah Wallah.. hihi

Semoga kita dimurahkan rezki, dipermudahkan segala urusan dan seterusnya berkekalan hingga hujung nyawa...

3 months more .. can't wait 14/3/2009.....
nak hadiah BESAR!!! HIKHIK

Saturday, December 6, 2008

...........




sudah lama tidak update..

Saya sudah lama tidak update blog atas sebab yang tertentu..

Email dan komen yang tidak berbalas dan masih tidak sempat untuk mengadakan kunjungan balas ke blog-blog yang lain.. Harap maaf!!

Dan, hari ini saya berada di rumah mak ayah saya di Serdang sebagai persiapan menyambut hari raya Aidiladha.

Dan juga untuk mengambil my "new grey + green baby"....

Nantikan kemunculannya esok atau lusa....
atau mungkin selepas Hari Raya Aidiladha nanti..

InsyaAllah..

Nota kaki: Saya sangat gembira...