Pembaca Blog Ini...

Wednesday, September 30, 2009

2 hari lagi..


Gila punya tak sabar...

Cepat lah malam.. cepat lah pagi balik..
Petang Khamis lepas cik abang habis kerja, kami akan bertolak ke Serdang.
Jumaat pagi bertolak ke Sabah.

Malam ni kena siapkan kemas baju semua.
Malam ni pulak, saya ada kelas...
Dah balik kelas malam, tentunya sudah malas nak kemas2 ni kan...
Ingatkan nak balik rumah awal Khamis. Boleh kemas-kemas baju hari Khamis.

Malangnya abang ipar terpaksa pinjam kereta cik abang.
Ada kesulitan dan kesilapan dari segi teknikal.
Jadi, cik abang pakai kereta saya.
Kena tunggu cik abang balik petang laaaa baru saya boleh balik..
Demi menjaga nilai-nilai kekeluargaan, saya redho kan saja.
Lagipun, Rabu dan Khamis bukan beza jauh sangat kan?
Apa ada hal kan?
heheheh..

Petang ni, siap angkat kain baju semua longgong depan tv.
Lepas balik kelas, terus lipat2 masuk beg.
Kami berdua je pun, tapi barang banyak macam 20 orang punya barang..
Nanti-nanti bila dah ada anak, haaaaaaaaa.. kena tukar kereta laaa gamaknya.
Tukar kereta? eeeeeeeeeee.. seronoknya!

Sebenarnya, bukan pi jalan-jalan Sabah tu yang seronok..
Tapi, waktu berharga bersama seluruh ahli keluarga itu adalah yang paling indah..

Tuesday, September 29, 2009

Korang ada ke?

Hahahah..
Tetiba nak buat tajuk ala-ala riak pulak ni?
Apesal ko ni?

Tetiba saya rasa macam pengantin baru pulak sekarang ni.
Makin lama kahwin, makin rasa macam pengantin baru.
Tambah-tambah sekarang ni kan ramai orang kahwin kan?
Lagi laaa saya rasa perasan macam pengantin baru..
Tu yang suka tepek gambar kahwin ni..

Tak pe.. kasi chance laa kat saya sikit..

Memang saya berangan nak buat outdoor di Putrajaya ni.

Alhamduillah .......
tercapai juga hajat itu.
Masa kenduri kahwin kami dulu,
saya ambil pakej fotografi sekali dengan outdoor tau.
Letih memang letih laaa..
Tapi puas hati..

Ini gambar outdoor yang paling saya suka!!
sebab bontot suami saya nampak lebih besar dari saya kah kah kah

Masa dah nak balik tu, terserempak dengan pelancong ni.
Mereka ajak ambil gambar..
hehehe..

Jalan2 Cari Makan


Ini masa mak ada kat sini..
Mak baru sampai dari KL hari raya ke-4 hari tu.
Naim lapar, jadi pi makan dulu.

Kedai lain tutup..
Jadi, makan je laaa apa yang ada kan?
Lagipun CRS ni memang sedap..
I like....
Layan gambar je laa ye..
Nak tido laaaaaaa...
Tata

Dikau tiba bagaikan pelangi

Hari tu masa pi jalan-jalan, kebetulan masa tu lepas hujan.

Tiba-tiba nampak pelangi. Terus ambik gambar.
Teringat sesuatu..

Seseorang pernah berpesan kepada saya


Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..

Rindu..........


Anak Abang Keyol

Ingat tak..
saya ada cerita sepupu saya dapat anak kembar tu?
Kalau tak ingat, buat2 ingat laa ye.
Malas saya nak cari entri lama2 tu..

Haaa.... ini lah anak-anak dia..


Saya tak tau laa berapa bulan dah bebudak ni..
Saya tak pernah jumpa pun. Tak ada masa nak balik Melaka.
Cuma tengok dalam blog adik saya, Imahtun dan Facebook Icahtun..
Gambar ni pun saya ambil dari blog Imahtun.
Dia yang pepandai je panggil Upin dan Ipin.
Nama kembar ni, Izuddin dan Hafizuddin..
Mana saya tau yang mana Izuddin, yang mana Hafizuddin.

Imahtun cerita.....
Sorang kuat nangis tak nak orang dukung.
Nak mak dia je dukung.
Sorang lagi sporting je. Senyum je dan tak nangis2.



Ahahaha..
bila tengok bebudak ni, saya tergelak-gelak.
Comel kan? Comel sebab ada dua kan?
Kalau nak tahu, muka bebudak ni sebijik sejabak
macam muka pak diorang masa kecik2 (sepupu saya laaa tu)

Hahahahahahaha... (gelak yang memecah kesunyian!)

Monday, September 28, 2009

Kisah Bibah

Saya nak kongsi cerita.
Tiada gambar.
Hanya cerita.
Semoga menjadi teladan untuk semua.

Ada laaaa orang ni, sangat lupa diri...
Dulu-dulu duduk bilik sewa je kat Batu Caves..
Naik motor berhujan berpanas, naik bas balik kampung.
Sekarang dah banyak duit. ~sebab dah capai tahan gaji mati skim kerajaan laaaa..
Dah rasa senang sikit hidup..
Dah rasa boleh bermewah sikit...
Dah ada duit simpanan EPF beribu-ribu lemon...
Kereta dah ada...
Motor dah ada...
Rumah dah ada...
Dah renovate rumah cantik-cantik... ~walaupun duit loan Bank Rakyat
Siap nak hina orang tak berduit.
Tergamak nak keluarkan kata-kata yang macam bagus.
Padahal orang tak berduit tu bukan orang lain.
Malas mengemas siap boleh keluarkan kata-kata seperti,

"Siapa rasa diri kuli, dia kemas lah.. Siapa rasa diri tuan tak payah kemas..."


"Kau tak de kereta, kau tak bawa kereta mana kau tahu!"

~ganas tak ayat dia? Ayat ini bukan ditujukan kepada saya. Namun, hati saya turut terguris.

Ada juga yang dulu naik kereta besi buruk je.
Duit tak berapa nak ada kan..
Pinjam duit sana sini..
Susah hidup dulu.
Sekarang dah senang, oooooooooooooii.. berlagak sangat.
Dia kata VIVA saya macam 'tin biskut'. hahahah...
Saya tak kesah pun. Saya tak susahkan sesiapa pun dengan kereta 'tin biskut' saya.
Apa laaaa sangat kutukan dia terhadap saya tu, kan?
Bagi saya biar sederhana je, janji tak tanggung hutang keliling pinggang.
Dah lah ukur lilit pinggang saya ni macam anak badak.. Kalau keliling pinggang..
ahahahahah..
Sila bayangkan sendiri..

Tapi, bila bab sudah menghasut sampai berpecah belah saya tak boleh terima.
Saya tak sedih laaa..
Sampai bayar zakat duit pun nak jaja kat semua orang.
Tamak haloba tak hingat. ~tak nak cerita laaaa bab ni..
Beli saham, beli tanah, beli kereta, beli rumah siap menunjuk datang rumah orang.
Nauzubillah...

Ada juga yang berasal dari kawasan haram a.k.a setinggan yang dhaif.
Diceritakan pernah makan nasi berlaukkan air garam satu ketika dulu.
Allah memberi tuah kepada mereka bila si suami berjaya
menjawat jawatan besar dalam kerajaan.
Malangnya, lupa asal usul.
Dia rasa diri sangat bagus, nak bagi duit kat si Polanah
dengan syarat kena bercerai dengan suami si Polanah itu
sebab dia tak berkenan dengan suami si Polanah.~saya dengar sendiri dengan telinga saya..
Haiiiii.. sesuka hati.. sesedap rasa je ye?
Dia ingat duit tu boleh beli segalanya ke?
Buka mulut je cerita pasal tanah, pasal duit, rumah...
Sanggup memaki hamun tukang sapu sampah di hospital secara terang-terangan.
Menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai.
Meludah muka saudara sendiri. Diulangi.. meludah muka saudara sendiri.
Menitis air mata bila melihat sendiri dengan dua bijik mata ini....
Betul kata ayah, kalau kita hidup berbangga dengan kemewahan adakalanya kita akan lupa diri. lupa mati dan paling menakutkan lupa Tuhan.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Saya masih tidak dapat melupakan semua peristiwa yang di atas.
Semuanya sangat berkesan di hati saya.

Saya yakin, sebagai manusia waras..
kalau semua yang di atas berlaku di depan mata, tentunya akan berasa
sedih.. terkilan.. hiba.. kesal.. ahhhhhhhhhhhh.. semua perasaan bercampur baur.
Saya tidak dengki mereka ada harta yang banyak.
Saya tak kesah mereka kumpul duit beribu-riban.
Cuma saya sedih, apabila perkara seperti ini berlaku dalam lingkungan orang yang hampir dengan saya.. Sedih yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata...
Nasib baik ada blog.. hehehhe

Cerita ini bukan untuk mengata, mengumpat atau mengeji sesiapa.
Tambah-tambah hari baik, bulan baik ni kaaaaan..
Saya ingin mengingatkan semua, terutamanya DIRI SAYA SENDIRI..
Agar tidak lupa diri.
Agar tidak menjadi alpa dengan kesenangan yang dikecapi sehingga sanggup menghina hamba Allah yang kurang bernasib baik.
Mungkin kadang-kadang secara tidak sengaja
kita tak berniat untuk mengecilkan hati sesiapa,
tapi kata-kata kita ada yang melambangkan sedemikian.

Kesenangan dan kekayaan dunia adalah bukan milik kita.
Bukan sekali-kali.. Semua itu Allah hanya pinjamkan kepada kita.
Bila-bila masa, kalau Allah nak ambik, Dia boleh ambik semuanya dalam sekelip mata.
Kalau manusia tak tamak haloba, tentu tak ada orang susah macam dalam rancangan 'Bersamamu TV3' tu. Kena makan siput babi laaaaa.. Hadui.. tak sanggup nak tengok..

Saya selalu berdoa agar Allah tetapkan hati saya sampai saya mati.
Jangan Dia terbalikkan hati ini sampai bila-bila.
Allah buka pintu rezeki pada saya, agar saya boleh bersedekah kepada yang memerlukan.
Ayah pernah pesan, banyakkan sedekah... tolong orang susah.. kalau kita berbuat baik pada orang lain, Allah akan bagi balasan baik. (bergenang air mata pulak dah)
Begitu juga sebaliknya.........

Saya pesan pada suami saya......... pada mak saya............
kalau satu hari nanti saya lupa diri, saya minta mereka ingatkan saya.
Saya tak nak jadi seperti Qarun yang dimakan bumi.

Semoga Allah lindungi hati-hati kita dari sikap sombong, bongkak, tamak haloba, lupa diri, busuk dan iri hati serta hasad dengki.

~Amin Ya Rabbal 'Alamin

Bila mula kerja....... sakit pun datang lah ye, sayang?

Adui.. Semalam ambik cuti lagi.
Hari ni lepas hantar mak dan naim terus masuk kerja.

Halahai.. ada jamuan raya pulak hari ni.
Macam mana boleh lupa ni..

Tapi, tak de selera langsung nak tengok semua makanan..
Makan 3 cucuk satay..

Tak sabar nak balik Serdang hari Khamis ni.
Lepas tu nak terbang ke Sabah...

Ok.. saya ada banyak kerja hari ni.
Nak pi kelas, tapi buku tak baca lagi...
Notes tak prepare lagi.
Mati laaaaaaaaaaaa..

ok bui

Sunday, September 27, 2009

Aim yang tah apa-apa..

Banyak aktiviti yang si Naim ni buat
sepanjang lima hari berada di rumah saya.
Esok dah nak balik dah..

Beli mainan.
4 hari duduk sini, dia asyik laaa berulang alik kat kedai runcit depan rumah saya.
Setambun dah mainan dia..
Saya bagi RM10 habis sekali jalan je.
Duit mak jangan cakap laaa... Berpuluh-puluh dah.
Sabo je laaaa ada anak macam ni. Bengkok oooooo.. hahahaha
Macam-macam dia nak beli.

Lepas tu makan.. makan.. makan..
Tengok TV tak abis-abis.
Berebut-rebut remote control dengan mak.
Mujur lah tak langgan channel kartun tu.
Kalau tidak, meletup laaaa tv decorder Astro tu nanti... Kah kah kah..
Yang tak tahan, tadi bawa pi kedai.
Jumpa ketayap putih terus nak beli.
Siap pakai time nak tengok tv.
Esok nak naik bas pun nak pakai kupiah tu.
Tak boleh blah laaa ini budak..


Dia terpengaruh dengan
"Haji.... Haji.. Haji Mustafa..."
Alaaaa... iklan drama Qalesya kat Astro tu laaaa.. hahahah.
Mak kata, sejuk perut ibu mengandung.. hihihi

Petang tadi bawak mandi sungai.
Tapi takut-takut nak mandi sebab tak de kawan..
Mandi sungai pakai selipar.
Tak ganas langsung.. =p


Apa-apa laaa si Naim ni.

Semoga Naim jadi anak yang menjadi kebanggaan mak dan ayah.

Saturday, September 26, 2009

Hantar Pengantin

Hari ini hantar pengantin perempuan di Pasir Puteh.

Bertolak pukul 12.30 dalam pukul 3 gitu sampai.

Berhenti kat Jerteh solat Zuhur.

Rombongan disertai 7 buah kereta. Ramai jugak laaa..
Cuba cari mana saya?
Tengok!! Cik abang saya tak pandang kamera..
Enjoy gambar lah ye...
Saya nak pi kedai jap..
Beli barang dapur.

Friday, September 25, 2009

Aim dan mak

Naim dan mak ada kat rumah saya sekarang.
Arghh... banyak nak cerita, tapi tak de mood laaaa....
Penat lagi lepas kenduri ni. Kaki sakit, lutut sakit, perut sakit, tangan sakit..
Pendek kata, semua sakit laaaa....
Dah macam demam urat pun ada.
Harap-harap lepas ni, abah ke mak ayah ke akan buat kenduri kecil-kecilan je.
Tak pun tempah katering je.
Tak larat ooooooooo..
Macam nak rosak semua anggota badan..
hehehehe.. Sungguh berlebih-lebihan kan perumpamaan keletihan yang saya gunakan itu.

Esok nak pi hantar pengantin kat rumah lelaki pulak.

Nanti laaa ye saya update secara besar-besaran..

Tata

Hari Langsung

Nikah pukul 11.00 pagi di masjid.

Majlis berlangsung pukul 2.
Pengantin lelaki dari Pasir Putih.

Posing dari pengantin lama.. ahahah..
Sangat penat kakiku.
Rasa nak tukar je kaki dengan orang yang tak lenguh kaki.

Esok...
Majlis Menyambut Menantu di rumah pengantin lelaki.
Nantikan entri nya!

Persiapan Kenduri (2)

Bunga manggar dah siap.

Persiapan memasak diadakan malam sebelum kenduri.
Pak sedara, adik-beradik yang bertungkus lumus
membersih dan menggoreng ayam.



Ayam adalah sebanyak 80 kg. Sikit punya banyak.
Alaa... tapi tak banyak mana pun.
Kenduri orang lain lagi banyak kan.
Daging belum sampai. Pagi kenduri tu baru sampai.
Itu pun, lambat jugak sampainya.
Nasib baik lah gulai sempat masak. heheh


Khemah-khemah juga dipasang dengan jayanya.
Bertungkus lumus semua orang malam tu.
Malam tu, hujan turun renyai-renyai.
Berdoa agar cuaca akan baik di hari kenduri nanti.


~bersambung...

Tuesday, September 22, 2009

Persiapan Kenduri (1)

Sememangnya mengadakan kenduri kahwin
adalah sangat memenatkan...

Seperti biasa, saya memainkan peranan sebagai
ala-ala penyanyi latar je..
Tapi penat juga oooooo..
Ni pun baru je balik dari rumah abah ni.
Pastu pulak perut tak berapa sihat sejak raya pertama hari tu.
Gara-gara makan rendang.
Saya memang bila hari raya memang akan kena cir bir..
Bezanya teruk dengan tak teruk je.
Makan nasi dengan kicap je tau.
Sebab tak selera nak makan segala macam lauk.


Saya tolong sikit-sikit saja.
Siapkan hantaran.


Hantaran yang dah beres.
Tinggal cuppies je esok kena pi ambik kat KTganu.

Masukkan gula-gula, kerepek
sebagai buah tangan untuk jemputan.

Potong bawang.


Kemas bilik pengantin...
Pasang cadar pengantin...
Memasang langsir....
Semuanya.... setia dibantu oleh teman lelaki saya.
Tie menggubah bunga manggar.
Pengantin-to-be menyiapkan penunjuk arah.
Yang lain semua orang lain buat.
Bergotong royong la..

Banyak lagi kerja nak buat esok..
Harap semuanya berjalan lancar.


p/s:
sila klik pada gambar
untuk dilihat dengan lebih jelas.

Sunday, September 20, 2009

Air Mata Syawal

Sedih ooooo raya di sini.
Maklum laaa...
Ini tahun pertama beraya di sini.
Tahun lepas raya dengan mak ayah adik2 kat Melaka.
Makanya, tahun ini
hendak atau tidak,
mahu atau tidak,
sudi atau tidak,
saya redho laaaaa...
Dah adat berumah tangga kan..
Kalau tak nak gilir-gilir,
sila kahwin dengan anak yatim piatu dan sebatang kera kara.


Malam tadi dah start meleleh dah.
Sampai bengkak mata oooooo...
Kak ipar tegur mata bengkak.
Alaaa.. lantak laaa..
Dia bukan nya mengalami apa yang saya alami.
Dia kahwin dengan orang sekampung je.
Jalan kaki pun sampai dah rumah mak dia.

Sengaja tak nak call mak sebab
memang tahu takkan boleh cakap punya.
Asyik meleleh je..
Tapi, mak yang call.
Tak pe.. Boleh tahan lagi.. Sabar.. Sabar..

Pagi tadi, tidur kat rumah kami jek.
Rumah abah sangat ramai orang, bilik pun tak dek.
Lagipun, bukan jauh pun rumah abah.
Sebuah lagu raya pun tak sempat habis, daaaaahhhh sampai..

Sampai saja, salam-salam laaaa dulu.
Alaaa..
tukang ambik gambar tak sempat
snap masa saya salam dengan abah.
hehehehKemudian pi buat air.. Nampak tak mata merah?
Senyum itu hanya di bibir.
Haaaaaa.. masa tengah duk nak buat air tu, mak call..
Achik dan uncle duk sakat2 saya..
Alaaaa.. mereka memang kenal saya.
Kalau diorang tak call pun,
diorang semua tahu memang saya nangis punya laaa...
Setelah berpuluh tahun beb...
Tetiba tahun ni kena raya tanpa mereka...
Memang laaaa saya ada suami, keluarga suami, adik beradik suami..
Tapi, takkan sama kan kan kan?

Haaaah.. lantak..
Merah dah mata..
Ingat nak tahan.
Malu laaaa kan orang tengok menangis
dan bermata merah di pagi raya..
Tapi, lepas mak call tu terus meleleh-leleh tak leh nak berhenti.
Giloooo sebak ooooo..
Tak terkata. Tak ingat dah malu ke hape..
Masuk bilik jap.. hua hua hua jap..

Jadi, untuk mengurangkan impak sebak tu,
terpaksa tak pakai CL dan pakai cermin mata.
Dah macam nenek tua dah muka ku di hari raya yang mulia ini.
Padan muka, sape suh nangis?

Lepas tu, pi kubur arwah ma.
Ibu pada suami saya.
Dah 9 tahun meninggal dunia.
Al-Fatihah..
Ini adalah sepupu cik abang.
Namanya Hannah.. Suka saya tengok dia ni.
Sangat peramah. Suka ambik gambar pulak tu.
Tengok dia berposing dengan pak dia..
Hahahaha..

Semua orang dia ajak amik gambar..
Posing je, lepas tu sibuk nak tengok gambar dalam kamera tu.
Tengok!
Dari jauh lagi dia nampak orang pegang kamera
terus je melentok liuk..
hahahah
Eh.. tak de gambar satu family laaaa..
Macam mana boleh lupo ni?
Orang kalau dah sedih memang tak boleh fikir sangat kan.
Kejap-kejap je meleleh air mata.
Memang air mata syawal betul laaa...
Hahahah..
Tak dapek den nak menolong nye..

Ini saja yang ada. Dengan ipar duai..
Eh, sebenarnya biras laaa.. Bukan ipar..

Apa-apa saja laaa...

Yang penting, Syawal adalah bulan kemenangan
untuk kita umat Islam kerana berjaya
mengawal hawa nafsu di bulan Ramadhan.

Sedih sedih tu biasa laaa..
Baru-baru.. lama-lama nanti ok laaa kan..
Tahun depan raya kat Melaka pula laaaa.
InsyaAllah, rumah baru mak ayah dah siap..
Ohooo.. seronok nya raya tahun depan!!

Tahun ni seronok tak?
Tak nak jawab soalan ni boleh tak?
hahahah..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Hari hari raya laaaaaaaaaaaaaa....!!

Hahahahari ini raya....
Syukur kepada Allah kerana kita dipanjangkan umur
untuk menyambut hari kemenangan ini.

Ok.. jap lagi nak mandi..
Nak pakai baju baru..
Sedondon lagi macam tahun lepas...
Harap-harap tahun-tahun akan datang,
cik abang masih sudi nak bersedondon dengan saya..
~Amin =)

Tak sabar nak raya punya pasal,
baju raya siap gantung kat pintu bilik..
Membebel cik abang sebab
rimas baju duk gantung tengah alam maya!!
Ini lah sebab nya kenapa saya tukar warna background blog.
Sebab tema baju raya kami adalah, pink... hehehe

Nak salam cik abang,
minta ampun maaf,
minta halal semua nya..
Saya mesti menangis sikit laaa jap lagi..
Jadi saya harus bersedia..! =)

Kemudian nak balik raya kat rumah abah.
Semalam pun dah pergi masak-masak dah..
Hari ni balik raya pulak.. hehehe
Mesti nak sambil2 dengar lagu raya.
Walaupun kami tahu, tak sempat habis sebuah lagu dah sampai...
Punya laaa dekat kampung suami saya.

Kami suami isteri nak ucapkan

Selamat Hari Raya, u ols..
Maaf Zahir Batin.
Segala kasar dan tersilap bahasa
sepanjang saya menjadi blogger tegar ini,
harap dimaafkan..
Mana-mana komen saya dalam blog u ols,
yang tersalah kata tu,
harap diampunkan...
Saya tidak pernah berniat untuk menyakiti hati sesiapa!

Tak lupa juga buat mak ayah,
dan keluarga saya yang beraya di Melaka.
Selamat Hari Raya dari saya dan suami..
Maaf Zahir Batin..
Rinduuuu tapi malas nak layan perasaan sangat.
Tak boleh call sekarang sebab nanti kang mata merah tak cun laaa kan.
Nak pakai baju raya cantik-cantik, mata kena cantik..
No mata merah, beb..
hehehehe.
Esok lusa mak nak datang sini dengan budak bakugan ball tu!

Semoga Syawal memberi seribu erti untuk kita semua!
Jemputlah datang ke rumah.