Pembaca Blog Ini...

Wednesday, September 29, 2010

Lima tahun sudah berlalu

Menggamit memori di hari raya...




2006

2007


2008


2009


2010

Masa merubah segalanya!


Monday, September 27, 2010

Sutera Vietnam

Hari ini saya beli sutera Vietnam.
Memang dah plan nak beli sepasang bulan ni.
Nak buat baju kurung katanya...


Saya mahu... saya mahu yang pink pink.
Semua ini sebab saya tak banyak (mungkin tak dak) baju kurung warna pink.
Eh, ada ada..
Sepasang!
Tapi, itu dua tiga tahun lepas punya baju kurung.


Tapi, lepas tengok sample kat kawan tu
tetiba je terbeli dua pasang.
Yang hitam merah tu macam cun laaaa pulak.



Feremfuan kan?
Tapi, saya rasa tak over laaaa sebab baju kurung memang pakai 5 hari seminggu.
Kata masuk kelas keluar kelas.
Takkan nak ulang pakai baju yang sama kan?
Eh, ini bukan alasan la!
Ini keperluan........


Cik abang adalah hebat malam tadi.
Dia cakap, "Nanti siap baju ni, kita pi Ariani ye?"


WHAT??????!!!
Betul ke apa yang aku dengar ni?


"Untuk meningkatkan jati diri......"

Masih segar dalam ingatan, semasa saya menerima sepucuk surat dari HR tempat saya bekerja sebelum ini. Surat itu mengarahkan saya bertugas di Ipoh dalam tempoh tiga bulan untuk tujuan latihan. Oh, kenapa Ipoh... Kenapa tak kat KL saja?


Ketika itu, saya seperti hilang arah tujuan. Sedih bukan kepalang. Sudahlah sendirian, tidak ada saudara mara di Ipoh. Saya menghantar sepucuk surat rayuan meminta kelonggaran. Malang sekali, pihak HR menolak rayuan saya dengan alasan, "Untuk meningkatkan jati diri......"


Ayah mak dan adik-adik menghantar saya ke Ipoh secara gamble. Tanpa kenal sesiapa di sana. Tempat tinggal? Hmmm.. pada mulanya ayah mencadangkan saya tinggal di rumah sepasang suami isteri yang sudah tua. Dari mana ayah mengenali nenek dan atuk itu, saya pun tidak berapa ingat. Apa yang saya ingat, anak-anak mereka sudah berkeluarga dan tinggal sendiri. Masalahnya di rumah tersebut payah nak dapat bas atau teksi ke pejabat saya di Greentown Mall, Ipoh tu. Masa tu, dah set dalam kepala. Nak pinjam kereta cik abang (masa tu tunang aaa) nak drive sendiri. Tapi, macam-macam perkara nak fikir. Sudahlah aku ni buta jalan. kang sesat laaaaaaaaaaaaa accident aaaaaaa... Macam-macam bermain dalam fikiran.


Mak ayah seakan memahami keserabutan dalam kepala saya. Mungkin ianya jelas kelihatan di dahi (kerutan yang beribu-ribu) hahahahaha... Akhirnya, sudah rezeki saya. Kami bertemu dengan tuan kedai makan yang secara kebetulan mempunyai dorm untuk disewa. Tempat itu tidak berapa jauh dari Greentown Mall, Ipoh. Saya boleh berjalan kaki ke pejabat. Syukur!!!! Tidak perlu pinjam kereta, tidak perlu accident.. HAHAHAHA


Saya menyewa bersama beberapa orang pelajar Kolej Komuniti Perak (kalau tak silap). Malam hari, mereka minta saya mengajar mereka Bahasa Inggeris. Lawak pun ada. Berkawan dengan budak-budak... Hahahaha. BELASAH.......... Tapi, mereka sibuk dengan kuliah mereka. Kadang-kadang, hari minggu saya keseorangan. Sorang-sorang dalam bilik. Pandang lantai, pandang dinding. Tapi, selalunya saya gemar memandang siling lalu tertidur. Kadang-kadang menangis gak.. Hahaha... Cik abang selalu kata saya "Lenjo..." (manja)~ memang kot.


Kawan-kawan sepejabat yang dihantar latihan di sekitar KL, selalu menelefon dan sms bertanya khabar. Memberi semangat, agar saya boleh terus bertahan. Malah bapa mertua (ketika itu masih bakal) juga menelefon meminta saya bersabar dan bertahan. Katanya, "Tiga bulan tidaklah terlalu lama..."


Benar, tiga bulan tidak lah lama. Kerja di pejabat memang sangat banyak ketika itu. Menguruskan tapak promosi di dalam dan si sekitar Greentown Mall memberi beberapa kelebihan kepada saya. Kerja tiap-tiap bulan kutip duit sewa tapak. Sama ada keluar ke tapak promosi yang disewa untuk menuntut bayaran sewa, atau penyewa akan datang ke pejabat untuk bayar di pejabat. Orang kenal saya maka bila nak beli barang, dapat harga murah. Pegang duit berpuluh ribu setiap hari terutamanya di awal bulan. Terketar-ketar tangan, terus masuk dalam peti besi..


Banyak pengalaman saya timba di Greentown Mall, Ipoh.. Pengalaman kerja berurusan dengan pelbagai jenis orang. Itu belum lagi pengalaman kena ragut.. Alahai... macam-macam. Tapi, saya berterima kasih kepada Pengawai HR (tak boleh sebut nama kat sini) kerana membantu @ memaksa saya meningkatkan jati diri saya dengan menghantar saya bekerja ke Ipoh. Siap kasi elaun perantau lagi.. (hahaha namanya bukan elaun perantau. Saya je yang sesaje buh nama gitu). Sebelum ni, saya siap kutuk lagi Pegawai HR tu tak berhati perut laaa.. apa laaa... Bila balik KL balik, saya terus jumpa dia ucapkan terima kasih. hehehhehe


Bagus kan merantau ni sebenarnya. Memang dapat meningkatkan jati diri. Berdikari..... Perut lapar, pepandai cari makan sendiri. Tidak seperti sesetengah orang yang tak pernah rasa hidup merantau. Yang tak pernah rasa hidup berjauhan macam tak de orang sayang. Balik rumah mak, minta lauk dah siap masak. Sahur makan roti pun cerita kat mak pak.... Mak pak pulak marah-marah sebab laki dia tak bagi makan.. Apa daaaaaaaaaa itu macam.. (eh, melalut pulak)


Saya memang hidup merantau dari dulu. Sejak tingkatan satu sampai tiga ayah dah hantar duduk asrama di Sg Buluh. Lepas PMR pindah sekolah asrama ke Terengganu pulak. Lepas SPM, duduk rumah kejap.. Lepas tu, dapat offer ke UiTM Segamat.. Habis UiTM Segamat, sambung di UiTM Shah Alam. Kerja di tadika kejap lepas tu kerja di KL (masa ni dalam 1 tahun lebih je duduk kat rumah mak lama sket dari selalu). Kemudian, dapat tawaran kerja di Terengganu, berkahwin dan sampai sekarang di Terengganu. Setiap kali pi tempat baru, memang akan nangis seposen dua. Bila mak ayah hantar balik asrama, hidung berair.. Mata bergenang air mata. Kalau tak tahan, memang tekup bantal kat muka nangis bagai nak rak.. Ahhahah... Mak ayah pedulik apa.. Ko tetap kena pergi jugak.


Saya tak ramai kawan di kawasan perumahan di Serdang tu. Tapi, saya ada kawan serata Malaysia. Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu, Kelantan, Selangor, KL, Kedh, Penang, Perlis... Semua saya ada kawan....... Kelebihan merantau kan?


Walaupun saya 'lenjo' bak kata cik abang.. Saya ada pengalaman duduk di lebih 5 tempat yang berbeza. Korang ada ke? (Tetiba nak berlagak pulak).


Kalau korang ada anak, ajar-ajar lah anak-anak tu merantau sikit. Baru pandai berdikari. Biar belajar hidup sendiri. Baru kuat jati diri. Barulah kalau dah kahwin nanti nak pi mana-mana tak yah ajak orang lain. Boleh pergi sendiri je. Tak bergantung sangat pada orang. Terutamanya, kalau kita tu anak lelaki. Lelaki tidak boleh tidak.. harus lebih kuat hati diri berbanding wanita. Harus!


Biar lah anak tu nangis sket pun (macam saya), lama-lama dia biasa laaa tu. Takkan nak nangis tak henti-henti kan? Kadang-kadang merantau ni juga boleh buat kita lebih menghargai mak ayah kita kan? Bila dah berjauhan baru rasa betapa nya kita sayang kat orang tua kita. Betapa banyak pengorbanan mak pak kita buat untuk kita. Kalau dah hari-hari duk sama-sama. Dah berkawin beranak pinak pun duduk sama mak pak, bila nak rasa rindu? Rindu tu kan tanda sayang......


Jadi, merantaulah......... Anda akan rasa nikmatnya!

Ayat Pertuduhan

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Sudah sarapan?
Ke puasa? Saya puasa.. Ganti loooorrr..
Kalau settle hari ni, makanya lagi 6 hari.


Hmmmmmm.. apesal korang monyok je?
Oh, monday sindrom ek ek ek?
hihih.. Sabar je laa. Semua itu dugaan hidup!


Ok... hari ni pergi kerja awal.
Punch card tulis pukul 8.15am.
Kira awal lah untuk saya yang biasa
muncul depan gate pukul 9 pagi kan.
Hehehehe..
(Saya balik pukul 6 petang ok..
Orang lain pukul 4.45pm dah duduk beratur
kat depan mesin punch card.)
hehehehe


Saya awal hari ni sebab cik abang kena sampai pukul 9.30 kat site.
Ada site meeting pukul 9.30 am.
Dia kan demam kan.
Saya cakap tak yah lah pi kerja kalau demam.
Sudah lah site tu panas berdengkung.
Nanti makin teruk laaa demam selsema semua.
Dia adalah degil.
Bila saya marah, dia jawab..
"Abang pi meeting je. Lepas meeting abang balik terus."


Suka hati abang aaaa..


Pagi ni pakai tudung bawal.
Memang sememeh laa sebab dah lama tak pakai tudung bawal.
Cik abang tanya, "Kenapa tak pakai tudung awning?"
"Tak dak tudung awning warna pink.."
"Pakai laaa yang hitam tu. Kira ok je ngan baju ni(merujuk kepada baju kurung saya hari ini)"


Saya pun jawab, "Tudung tu kena basuh dulu."
Terus dia tanya, "Tudung tu tak pernah cuci sekali habuk ke?"
(Maknanya, tak pernah cuci langsung ke?)
~sambil buat mimik muka yang sangat menjengkelkan.


Saya pun macam, apesal lak mamat ni? Sesuka hati nak tuduh.


Saya pun cakap,
"Haaaaaaaa... sesedap rasa je nak tuduh. Dah basuh laaa sejak beli 3-4 kali dah basuh."
~dia bukan tau, saya ada berapa helai tudung hitam.


Dia pun jawab, "Mana ada abang tuduh. Abang tanya ni..."


Bagi saya... kalau ayat bertanya macam ni...
"Tudung tu berapa kali dah basuh sejak beli?"


ATAU


"Bila kali terakhir basuh tudung tu?"


ATAU mungkin juga


"Kenapa tudung tuuuuuuuuuu.. Ah belasah je laaa apapun ayatnya!


Berbeza dengan ayat
"Tudung tu tak pernah cuci sekali habuk ke?"



Berbezakan?


Ayat "Tudung tu tak pernah cuci sekali habuk ke?"
macam menuduh saya tak basuh tudung langsung.
Macam dia beranggapan saya tak pernah basuh tudung.
Langsung tak pernah.


Lepas tu, dia mahu tegakkan kebenaran dia..
Saya pulak nak tegakkan apa yang saya rasa.
Lepas tu, ada sikit adegan tinggi suara..
Malas ah, nak layan..
Pepagi buto nak bergaduh pasal tudung lak kan..
Saya pun senyap je aaaaaaaaaaaa...
Alaa.. orang demam memang sensitip sket.
hehehe


Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri...
Buang yang keruh, ambil yang jernih, baru bersih peribadi..


Teng teng teng teng teng teng........
(Lagu P. Ramlee dan Sarimah nyanyi kat kandang kuda dalam Tiga Abdul)


PEACE!!!!!!!!!!!!!


Hah.. alang-alang cakap pasal tudung ..


Ni nak tolong promote website jual tudung online kawanku si Farah Bee.
Farah Bee nama taukeh nya.
Nama website nya Farah Fabrika.
Macam-macam ada.. Tudung awning, shawl...
Ada corak-corak.. Ada yang plain...


Jom pi jenguk sat Farah Fabrika...
Mana tau, ada yang berkenan!


Sunday, September 26, 2010

Lamb Chop buat suamiku

Semalam buat lamb chop.
Beli yang dah siap potong kat Giant tu.


Siap beli rempah yang segera tu.
Alaaaaa.. yang dapat paket-paket tu.
Tah apa kenamanya tah.
Tak ingat nak nak ambil gambar.



Balik je terus cik abang suruh perap.
Kita pun ye ye ah kan..



Cik abang nak makan, kita pun buat laaa.
Beliau memang suka sangat daging kambing ni.
Tak paham betul kenapa suka nau dia makan daging kambing.



Siap grill atas kuali tak lekat sebab kalau masuk oven kan lambat..
Dia dah tak sabar dah nak ngap.



Sekali makan.......... mak aiiii masin masin masin..
Saya sudah lah tak berapa nak layan daging kambing ni kan.
Pulak tu masin... Lagi laaaa poning ahkak.



Tapi, dia belasah je saya tengok.
Walaupun ada complain sket ah masin.
Saya tak marah ah dia nak complain ke apa.
Sebab memah sah masin.
Apa daaaaaaaa orang yang buat rempah dalam paket tu.
Tak reti buat..
HAHHAHAAHAHAHAHAHA



So, tadi........
Beliau masih tak puas hati sebab tak dapat makan lamb chop yang menepati citarasanya.
Disuruhnya saya buat lagi lamb chop.
Pulak tu, dia hari ni ada demam sikit.
(Semalam pun macam dah nampak dia ada ura-ura diserang demam selsema)



Saya pun fikir, macam mana nak buat ni ek.
Takkan nak guna rempah paket yang masin macam ke hapa tu.
Bayangkan, hilang rasa kambingnya dek kerana masin yang terlampau.
Naya je kang laki ahkak masuk spital kena darah tinggi.
Nauzubillah..



Tetiba teringat.
Alahai.. buat lah macam ayam panggang madu tu kan?
Boleh jugak kan?
Apahal laaaa ko ni sengal sangat semalam, Ain?
Takkan tu pun tak terpikir..
Itulah, lama nau tak memasak.
Sampai otak jadi karat.



Hahahaha



Ok..



Saya pun perap daging kambing yang eeeeeeeeeeeee itu bersama
halia dan bawang putih ditumbuk
sos tomato
sos cili
sos tiram
serbuk lada hitam
kicap manis
all spice~warna coklat2 macam campuran rerempah
(tah apa jenis rempah tahm saya beli kat Giant)
gula (tak ingat ada madu dalam peti ais)
garam



Perap sejam kemudian panggang...
Tak yah minyak pun dah berleming dah daging tu.



Hahahaha



SIAP!!!



"Orang demam mana boleh makan lamb chop."
~Dia buat-buat tak dengar je



Sampai menjilat jari.
(Ada ke orang makan lamb chop guna tangan)



BELASAH!!


Saturday, September 25, 2010

Nasi Kukus Paling Hebat

Kat Tok Jembal ada satu warung nasi kukus yang sedap.
Tadi, saya pi singgah makan kat situ.


Kalau saya cuti dan kena ikut cik abang pi kerja,
memang saya akan ajak lunch kat situ.
Sampai cik abang pun macam dah bosan.
Tapi, saya tak kesah.
Saya ajak juga, sebab dah sedap kan kan kan?
hahahha


Tak pernah saya rasa nasi kukus sesedap ini.
Ewah.......


Nasi nya lembut.......
Dibungkus dalam daun pisang yang memberi aroma kat nasi.



Selalunya nasi kukus keras.
Macam kurang air.
Saya tak suka nasi keras.
Tercekik batang leher (bak kata mak saya)


Kalau korang pi Kuala Terengganu, singgahlah kat sini.
Sedap!!!!


Lauknya macam-macam.
Lauk pun sedap.
Ada sotong, solok lada, ayam berempah, ikan bakar
dan lain lain lagi.........


Gambar tak sempat nak ambil.


Saya pinjam gambar dari Malaysia Best.


heheheh

Friday, September 24, 2010

Aku pulak yang tersengih-sengih tengok video ni!!



Saiful dan Aida ni sweet kan? kan? kan?


"Sudikah kau menjadi teman hidupku
Sudikah engkau menjadi menantu kepada ibuku satu2 nya harta yang aku ada di dunia ini..
Sudikah kau menjadi ibu kepada anak-anakku
Sudikah menjadi teman hidupku dunia akhirat hingga ke akhir hayatku.."


Huahuaha
Terasa macam ahkak pula yang terima proposal gitu.
Lalalala


Paling suka masa 3:58
Masa Saiful wish kat Aida..



**pengsan**
(aku lak terasa angau)


heheh

Thursday, September 23, 2010

Nafsu Amarah




Nafsu ni ada macam-macam jenis kan?


Nafsu membeli belah laaaa..
Nafsu makan laaaaa..
Nafsu tidur laaaaaaa...
Nafsu syahwat laaaa...
Nafsu marah laaaaaaaa...


Hari ni macam ada nafsu marah lebih sikit.


Tengahari, ada 7-8 orang student nak ambil modul... Sakit hati betul dengan budak-budak ni. Dah nak Ujian 1 tapi kelas tak datang. Ada yang sekali je datang kelas. Ada yang langsung tak datang kelas. Alasannya, last sem dah masuk kelas ni separuh sem. Lepas tu dah kena gugur kan kursus sebab jam kredit terlebih.

Ok, saya faham laaa kan. Tapi, degil semacam.. Saya cakap, kelas sem ni tak sama dengan sem lepas. Modul tak sama, soalan tak sama.. semua tak sama.. So, they still have to attend the class.. Tapi, masing-masing buat muka nak minta penampar.. Sabar je laaaaaaaaa....

Tapi, paling tak leh sabar ni.. Ada buat alasan, "Kitorang tanya budak-budak ni diorang cakap cik asyik cancel class. Kelas ni baru 2 kali kan cik kan?"

Jawapannya? Memang kena bambu aaaaaaaa ngan aku hari ni bebudak ni.. Dia tak datang kelas, dia nak burukkan aku pulak. Hai.. memang nak kena laaaa kan? Sabar sabar jugak.. Kalau dah tak boleh diajar macam ni, memang kena bambu laaaaaaaaa wei...

Terasa darah naik kat muka ni haaaaaaaaaaaa... ! Serius terasa panas je muka dituduh tak buat kelas sepanjang sem. Dikatakan asyik cancel kelas...!

Saya tak ingat doa mengurangkan marah. Dalam kepala duk nak maki orang je. Mujur duk teringat nak baca: (halau syaitan yang duk dalam hati masa tu...)




Saya ambik attendance sheet, "You tengok attendance sheet tu! Berapa kali dah saya buat kelas? Tengok betol2! Besarkan biji mata tu biar terang sikit!"

Bengang.. "Berapa kali kelas dah?"

Diorang tersengih-sengih.. Berbulu mata aku melihat kesengihan yang begitu. "Apa yang awak sengihkan? Berapa kali kelas saya dah buat sepanjang sem ni?"

"Empat belas, cik!"

"Awak ada no hp saya kan? Awak tahu office saya kat mana kan? Saya dah tampal jadual saya depan bilik saya ni kan? Apa alasan awak lagi? Kalau awak dah teror gile subject ni, boleh dapat A++ saya boleh lah belajar ngan awak orang pulak!" ~serius saya memang marah.

Senyap.......

Saya suruh mereka keluar dari bilik saya. Pergi jumpa penyelaras program dan selesaikan soal kedatangan mereka dengan puan penyelaras.

Macam-macam hal!

Lepas diorang blah, saya minum air..
Google...
(Baca doa nak hilangkan amarah...........)



***********************************

MENANGANI KEMARAHAN

Apakah itu marah?

  • Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
  • Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
  • Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak terkawal

Apa yang berlaku apabila anda marah?

  • Degupan jantung meningkat
  • Tekanan darah meningkat
  • Pernafasan menjadi cepat dan pendek
  • Mengalami ketegangan otot-otot
  • Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan badan terasa kuat dan pantas

Bagaimana perasaan marah timbul?
Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang, sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda. Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam. Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Kenapa anda merasa marah?
Anda terasa marah apabila tidak dapat mengawal atau menggubah sesuatu yang anda benci. Perasaan benci mengakibatkan keresahan dan ini merupakan perasaan marah yang sederhana. Tuntutan atau permintaan di luar batas kemampuan anda untuk melaksanakannya akan mencetus keadaan marah yang lebih teruk. Contoh: Hadir lewat ke sekolah sudah amat meresahkan dan membimbangkan, apatah lagi terkandas di dalam kesesakan jalan raya yang menyebabkan kelewatan hadir di sekolah akan menambahkan lagi tahap kemarahan. Memburukkan lagi keadaan, bayangkanlah anda terlewat untuk menduduki peperiksaan. Bagaimana cara anda menilai sesuatu keadaan yang menentukan perasaan marah anda. Perasaan marah akan menjadi lebih teruk jika mempunyai anggapan negatif dan tidak rasional.

Apakah kebiasaan punca kemarahan?

  • Dicederakan
  • Ditipu
  • Dipanggil dengan gelaran yang mengaibkan
  • Terbiar tanpa diendahkan
  • Hilang upaya mengawal
  • Keadaan tertekan dan tuntutan di luar kemampuan

Adakah satu kebiasaan bila dilanda perasaan marah?
Perasaan marah adalah suatu emosi yang normal serta reaksi tindak balas semula jadi terhadap sebarang ancaman dan ketidakselesaan. Di kala menghadapi ancaman, kemarahan berupaya menjadikan seseorang bertenaga untuk melawan atau mempertahankan diri. Oleh yang demikian perlu mempunyai perasaan marah yang terkawal demi untuk kebaikan diri sendiri.

Kenapa perlu mengawal perasaan anda?
Undang – undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan anda meluahkan perasaan marah anda. Ingkari ketetapan berkenaan akan mengakibatkan anda melanggar undang – undang dan tersisih dari masyarakat. Apabila perasaan marah tidak diuruskan dengan sewajarnya, seseorang boleh mengalami luka secara fizikal dan emosi akibat tindak balas orang lain, sekiranya keadaan berlaku suasana perasaan marah yang tidak terkawal.

Apakah kesan marah kepada anda?
Selain sebagai keselamatan, marah juga boleh membahayakan diri anda sendiri. Marah akan mendorong anda bertindak secara ganas dan mengikut kehendak hati semata- mata dan ini akan mengakibatkan kecederaan berlaku kepada orang ramai, termasuk diri anda sendiri. Perasaan marah yang dipendam akan juga mengundang masalah, terutama sekali berkaitan dengan jalinan perhubungan. Seseorang yang tidak meluahkan perasaan marah secara terbuka akan menjadikan dirinya:

  • Bersifat negatif
  • Suka mengkritik
  • Bersifat mengejek/ Suka menyindir
  • Bersifat ganas

Bagaimanakah anda menerima kesan buruk akibat perasaan marah anda?
Kecederaan fizikal dan emosi yang anda lakukan terhadap orang lain akan menyebabkan anda terasa bersalah dan seterusnya menyakitkan hati anda sendiri, ataupun menyebabkan tindakbalas daripada orang lain (contoh: mereka mencederakan anda kembali). Perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit angin ahmar (strok). Gangguan psiko logikal boleh berlaku akibat perasaan marah yang terlalu kerap dan teruk.

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?
3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:

  • Meluahkannya
  • Menahannya
  • Menenangkan diri

Bagaimana anda meluahkannya?
Meluahkan perasaan marah anda dengan secara wajar (tegas, yakin dan terkawal) adalah cara yang paling terbaik dan berkesan. Untuk melakukannya, anda perlu tahu bagaimana cara untuk meluahkan apa yang anda rasai sejelasnya, apa kehendak anda dan bagaimana untuk memenuhinya tanpa mencederakan orang lain. Bertindak tegas bukan bermaksud bersikap menolak atau terlalu menuntut; ia bermaksud menghormati diri anda sendiri dan orang lain.

Bagaimana anda menahannya?
Anda boleh menahannya dengan tidak memikirkan perkara berkaitan dan memalingkan pemerhatian anda terhadap hal lain. Tujuannya adalah untuk mengubahkan perasaan marah anda kepada perilaku anda yang lebih membina. Bahaya yang timbul akibat menahan kemarahan ialah ianya boleh menjejaskan diri anda sendiri. Dalam hal ini anda berkemungkinan boleh mendapat penyakit darah tinggi, sakit gastrik, sakit badan atau mengalami kemurungan.

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?
Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda:

  • Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
  • Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat diturunkan
  • Kendurkan atau legakan otot-otot anda
  • Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan kepada pemikiran positif dan membina
  • Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
  • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
  • Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?
Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara – perkara yang dapat mengurangkan kemungkinan anda menjadi marah.
Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:

  • Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
  • Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
  • Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
  • Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti
  • Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah dengan:
    • Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
    • Membina daya ketahanan diri terhadap stres

Senaman / latihan kelegaan yang dilakukan dengan kerap boleh membantu mengurangkan cetusan kemarahan

Bagaimana menangani kemarahan orang lain?
Kenal pasti perasaan marah mereka.
Tenangkan diri anda.
Tinggalkan tempat tersebut jika anda rasakan keselamatan anda terancam.

Bagaimana mencegah orang lain menjadi marah?
Berwaspada terhadap hal – hal yang boleh menyebabkan orang lain marah
Elak lakukan perkara – perkara yang biasa membuat orang lain marah

Di manakah anda boleh mendapat pertolongan:

  • Ahli keluarga
  • Kawan
  • Guru
  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi

Wednesday, September 22, 2010

Welcome NORAINI..

Tengahari tadi, sedang saya sedap sedap menogok air mineral sambil menaip entri sebelum ini, tiba-tiba bilik saya diserbu oleh sekumpulan pelajar dari Nigeria....


Selamat tengahari, Puan...
(Ewah.. Sudah pandai cakap Melayu setelah 3 bulan pi kursus intensif bahasa.
Bagus.. Bagus...)


Ya, selamat tengahari.


I'm Nikki. I'm Micheal. I'm Terry.
Bla bla bla bla
(Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Saya nampak semua macam sama je. Tak berapa boleh cam sangat. Macam kejutan budaya sikit laaaa... Berinteraksi dengan beberapa pelajar kulit hitam, adalah sesuatu yang aneh dalam hidup saya. Sebelum ini, tak ada.. Semua orang Malaysia.)


Ok, u can call me Madam Noraini from JPEP..
(Terasa nak perasan Miss je tadi, tapi tak tergamak la pulak.. hehehe. )


Oh, ..... How to spell your name, Madam?
(Salah seorang dari mereka kekok menyebut nama saya.)


N.O.R.A.I.N.I
(Satu-satu mengeja nama sendiri.. Kalau ada whiteboard memang dah ku tulis sebijik)


Oh, what da nice name huh.. Welcome Madam Noraini... Welcome...
(sambil gelak-gelak)


Saya pun tergelak sambil fikir,
"Eh, budak-budak ni.. Bukan aku ke yang patut cakap Welcome kat korang?"
hahahahaha


Tetiba terfikir pulak, kot kot WELCOME dalam bahasa Nigeria tu bermaksud
Selamat Berkenalan ke.. Terima kasih ke..


Atau mungkin WELCOME tu diorang anggap sebagai JELITA kot...
Mungkin je.. Bukan bebetol pun.. JANGAN MARAH YEA.............


Peace!!!!!


=D

Mari berjodoh........ (Siapa lah kita mahu menilai dan memberi komen yang bukan-bukan.)

Pagi-pagi lagi sudah terjebak dalam episod pergosipan yang hangat.
Isu pertunangan salah seorang staf akademik dengan seorang pelajar tahun akhir...
Ada yang memberi komen positif.
Biasalah manusia, kalau ada positif.. haruslah ada negatifnya!


Bagi saya, semua itu sudah jodoh.......
Eh, jodoh itu kerja Allah kan?
Sama seperti rezeki, ajal maut kan?
Semua di tangan Allah.
Maka, siapa lah kita mahu menilai dan memberi komen yang bukan-bukan.


Apa masalahnya kalau isteri jauh lebih berumur dari suami?
Apa masalahnya? Tak ada masalah pun.
Apa yang penting? KERJASAMA (aku dah agak dah)


Alah.. no big deal la.. Umur tu nombor je.
Tengok macam saya. Umur banyak dah.
Tapi, masih muda kan kan kan kan?
(kalau puasa sunat, jangan muntah ok)


Ada yang komen, "Kalau boleh elak, elak kan lah!"
Berbalik pada kata-kata tadi..
Maka, siapa lah kita mahu menilai dan memberi komen yang bukan-bukan.


Saya ada seorang kawan yang memang anti dengan orang Jawa. (sorry to say)
Tak tahu kenapa dia anti Jawa...
Tapi, sekarang sudah berkahwin dengan orang Jawa.
Anak dia semua berbapa kan orang Jawa yang dia duk anti sangat tu.


Lalalalalala..


Kan? Siapa lah kita mahu menilai dan memberi komen yang bukan-bukan.


Sudah! Jom........ Mari berjodoh!



(Tetiba ada student Nigeria datang bilik nak berkenalan. Terkejut ahkak)
~ Nanti saya sambung cerita ok?


Gambar tak de...
Blogspot ni macam ada prob nak kasi upload gambar..

Tuesday, September 21, 2010

Jamuan Hari Raya

Macam saya bagitau tadi, hari ini ada jamuan hari raya kat opis ni haaaa.. Lepas saya set up meja tadi, terus berkobar-kobar pi kelas. Ada kelas pukul 10 sampai pukul 12. Dalam kepala dah fikir, saya nak tangguh kelas awal sket dalam pukul 11.30 ke sebab nak kasi chance kat student dan juga diri sendiri pi makan awal.. Lapar laaaa katakan.

Kelas kat Discussion Room di library. Tetiba, library tutup. Apa? Terus tanya kat orang library, "Kenapa tutup?.. Mereka jawab, "Sebab ada jamuan raya." Saya tanya, "Kelas saya macam mana. Ada replacement class ke?" Mereka jawab, "Semua dah tutup dah sampai pukul 3. Sebab ada jamuan raya" ~Mereka ini macam tak menjawab soalan saya je. Ada ke tak de replacement class ni? Aku lempang karang.. (Bengang)


Saya macam blur...
"Sepatutnya, kena inform awal-awal. Tak leh fikir mudah nak tutup je. Kelas saya macam mana?"


'Tanya UPP".. ~Memang ayat nak mengundang dosa kat ahkak je ni..


Dalam hati saya duk fikir... "Takkan aaaa pi makan dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang kot. Kenapa laaa tak kasitau awal-awal. Nak cari kelas ganti bukan senang.... Nak kena sepak (dengan tangan) je dorang ni semua.. Weh, orang lain pun nak berjamuan raya gak wei.. Kerja tetap jalan laaa wei...


Terus round-round cari kelas. Tiga baldi kot peluh dah menitik kat belakang. Ketiak melecak tak leh nak kata dah laaa.. Sekali student yang datang 3 orang. Lalalalala.. sangat bahagia sekali situasi yang ku alami hari ini.. Terasa macam nak bernyanyi dangdut sahaja. Kelas tetap terus. Itu tanggungjawab saya!


Kelas sejam je. Sebab kelas tak de yang kosong. Tengah syok-syok cerita, tetiba ada orang lak datang nak guna kelas tu. Saya sabar je.....


Terus blah. Naik bilik, ajak roomate turun makan. Jamuan dah start. Sikit punya banyak gerai yang ada. Saya tak lah pi me round tengok semua gerai sebab student dah terlalu menyesakkan suasana. Penuh dengan diorang je. Saya ambil nasi dagang, laksam, satay, ketupat palas +rendang dan air sirap. Bawa naik makan kat dalam bilik. Nyaman..................


Kalau nak ikut makan reramai kat bawah kanopi tu, boleh mendidih otak dibuatnya. Baru pi ambik makanan je dah berpeluh satu badan. Lantak pi laaaa dengan anugerah Ratu Hari Raya 2010 ke.. pertandingan gerai tercantik ke.. Tak kuasek aku... Bagi ahkak, ahkak tetap ratu walaupun memang mustahil laaa kalau ada orang anggap macam tu. Fedulik hape, kan? hehehhe



Jabatan den tempah nasi minyak je. Eh, ke nasi hujan panas ek? Tah.. belasah je laaa..


Hari ni, pertama kali nampak student dari oversea. Patutlah mendung je cuaca semalam. Menyambut kedatangan student Nigeria rupanya. Diorang nampak macam kepelikan tengok jamuan hari ini.. Mereka duduk di suatu sudut dan minum air sirap sambil tersengih-sengih. Kelakar pun ada. Semoga kedatangan mereka tidak memberi kesan yang mumudaratkan kepada semua.


Sekarang, mata mengantuk sebab mentekedarah makanan berlemak.. Saya memang jenis tak pi lunch, sebab kalau lunch memang mata akan mengantuk.... Kebiasaannya, sarapan pagi merangkap makan tengahari sekali. Tengahari minum air je....

WUH = Minggu depan


Ahaaaaaaaaa..


Tak sabar nak tunggu minggu depan..
Kena balik Serdang naik bas laaaa!


Kalau tak de jugak, memang nak kena fire laaaaa orang tu!


Ok, hari ni ada jamuan hari raya.
Saya kena set up meja.


Ok... tata!


Monday, September 20, 2010

Oceanus by The Body Shop

Hari ini pakai perfume baru!


Oceanus!
Baru try je ni...


Wangiiiiiiiiiiiiiii.......
Saya rasa laaaa.
Orang lain punya rasa tak tau laaa pulak macam mana.




Masa belajar dulu pun dah start suka kat The Body Shop.
Paling suka dulu ialah White Musk.
Tapi, masa belajar dulu beli perfume oil je.
Sebab dulu malu nak pakai perfume yang sembur-sembur.
Hahahahah




Dulu mana ada duit sangat.
Duit biasiswa sibuk nak kena bayar duit sewa rumah,
duit tambang pi kampus,
duit beli buku teks (saya beli buku teks untuk setiap subject tau)
Simpan duit nak kahwin lagi.. lalalalala
[Serius ok! Saya (maksud saya ... kami) memang menabung
untuk kahwin sejak saya jatuh cinta kali kedua dengan cik abang.
Tak de loan loan Bank Rakyat ok!]


Sekarang dah ada duit banyak
(maksudnya banyak sikit laaaaaaa kalau nak banding dengan masa belajar dulu)
Boleh beli Shower gel White Musk



Dan EDP nya sekali.....
Terasa diriku harum bak kesturi


Lotion dan bedak tak layan sangat
sebab jenis memang jarang pakai bedak ngan lotion.
Deodorant pun tak mau, sebab saya memang pasti sekarang
yang saya alergik sebarang deodorant.
(Kesudahnya, memang tenyeh limau purut laaa je.)


Bukan mahal mana pun The Body Shop ni.
Tak leh lawan harga perfume import yang lain.
Tapi, bagi saya laaaaa dah kira bertuah beno laaa ni.
Ahkak mana mampu nak pakai perfume ori yang beratus ringgit tu..
Kopak den.. ahahhaa


Beli perfume banyak-banyak sangat pun kena jeling ngan cik abang.
Padahal kalau kita wangi pun untuk dia juga kan? kan? kan?


Wanita ini memang kena ada fire extinguisher kecik dalam handbag kot.
(Buat memadam api nafsu beli yang selalu membara)

Sunday, September 19, 2010

Mari menanam....

Ayah dan emak sedang gigih memenuhkan halaman depan
dan belakang rumah dengan pokok pokok...

Projek Taman Herba kot......
=D

Lengkuas.......

Daun Pandan....

Saturday, September 18, 2010

Ain Comel meets Ain Super Comel. Lalalalalalala

Janji dengan Ayu Bebelog
nak gerak dari Serdang dalam pukul 11.30 pagi.



Tapi, lewat jugak laaa.
Pertamanya, sebab bangun lambat.
Keduanya, sebab bangun lambat.
Ketiganya, alaaaa sama je..
Sebab bangun lambat.
hehehehe



Tak susah nak cari rumah Ayu
sebab cik abang biasa kawasan tu.
Saya?
Si buta jalan ni,
duduk diam-diam je laaa...
Tunggu je..
Kok silap jalan, kena marah dengan driver..
=)


Penuh tangan cik abang!
Suka!

Paling suka gambar ni!!!

Kenyang makan mee goreng banyak tauhu...
Air soya bergelas-gelas saya minum!

Terpulang lah kat korang nak anggap Ain comel tu siapa..
Ain super comel tu siapa...



Sila gunakan daya imaginasi korang dengan maksima ye!



Lalalala



Tak ada gambar dengan Setot, sebab Setot asyik buat aksi apa tah.
Pantang menyanyi, dia berjoget..
Lagipun, macam terkejut tengok Setot yang 'baru'!

(M.... Makan!!) =D

Friday, September 17, 2010

Sepuluh Kilo

Kampung mak kat Melaka tu dekat dengan laut.
Uncle (baju batik) datang memalam buta, bawa ikan cencaru segar.

Sangat segar. Mata putih lagi..
Baru naik dari laut. Harga RM7 sekilo.
Uncle beli 10 kilo. Banyak, beb!

Kitorang decide nak bakar kosong, cicah air asam dengan sambal kicap!
Huiiiiiiiiiiiii....
Ikan baru memang sedap.
Lain dari ikan yang dah dua tiga hari simpan dalam peti.
Tapi, kalau kat Terengganu lagi murah kot.
Alah... ye laaaa Terenggan kan banyak ikan. Saya suka makan ikan.
Dulu, ayah ada kata nanti saya akan kawin dengan nelayan Terengganu.
Ye laaa.. sebab saya suka sangat makan ikan.



Akhirnya..
saya memang berkahwin dengan orang Terengganu.
Tapi, bukan nelayan laaaaaa.....



Nak buat macam mana.
Tak dak nelayan yang sudi!



(Terhutang budi dengan nelayan sebab mereka bawa naik ikan kegemaran saya)

=D