Pembaca Blog Ini...

Monday, September 29, 2008

Ini entry terakhir sebelum raya yang penuh bermakna


hmm..hari ni saya telah selamat sampai di Serdang...
Setelah beberapa jam menjalani perjalanan yang penuh dugaan dan cabaran..

Saya & suami sekeluarga kini sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mak saya di Melaka.

Kalau jadi, lusa kita umat ISLAM akan meraikan hari raya Aidilfitri yang mulia..
Di kesempatan ini ingin saya memohon ampun dan maaf semua kepada semua yang mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini.

Terima kasih atas sokongan kalian..

Semoga kehidupan kita akan diberkati dan dilimpahi rahmat dan rezeki yang baik baik olehNya...

Harapan saya agar kita rakan-rakan blog berpeluang bertemu lagi selepas raya..

Hati-hati di jalan raya..
Semoga selamat sampai ke destinasi..

~Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin~

~norainiammran & suami sekeluarga..

Thursday, September 25, 2008

Semalam abah sakit kaki...

Semalam saya pergi kerja tumpang abang ipar saya.
saya duk rumah abah lagi minggu ni
sebab suami saya kerja luar daerah.


Bila nak balik rumah petang tu, abah col..
abah tanya samada saya nak balik dengan
abang ipar
tau nak abah datang jemput?
saya tak kisah pun.
mana-mana pun tak mengapa lah ..
asalkan saya tak kena tunggu sini sampai hari raya sudah lah.. hehh
Kemudian, abah mengesahkan yang dia akan datang jemput saya
pada jam 4.30petang..
ok.. terima kasih lah kan...



Tapi, tunggu punya tunggu..
sehingga jam di tangan menunjuk ke angka 6,
abah masih belum kunjung tiba.



Saya serba salah la kan.
Takkan saya nak col abah dan tanya
"alamak, apehal lak lambat ni? tadi janji pukul 4.30!!" ahahhaha..
giler ganas punye menantu..



Jadi saya pun sabar je la...
tiba-tiba saya terima col dari adik ipar saya
dia on the way datang jemput saya..


saya blur laaaa..


mana g abah kan?kata tadi nak amik eden..
eden punya laaa tunggu!! ~blur...


rupanya abah sakit kaki diserang qout..



saya tanya abah,
"kenapa tiba-tiba abah gout"
ye lah, lama dah abah tak kene gout..


abah pun jawab,
"sebab abah makan durian laaaa ngan ain semalam"


"orang gout tak leh makan durian ke, bah?
dah tu nape abah makan gak durian tu semalam?"


~saya buat muka pelik sebab setahu saya abah memang seorang yang cukup jaga pantang selepas pembedahan pintasan jantung tahun lepas..


"abah tak tau la pulak gout tak leh makan durian"
~dengan loghat dia laa kan



"oooooo..." saya menyahut dengan muka blur.


Rupanya kenikmatan saya dan abah
makan durian yang keluar sesudah musim nya tu
mengundang ketidak sihatan abah sehingga laaa pagi tadi.
masa nak pegi kerja tadi,
abah takde pun kat ruang rehat..
selalunya, abah kan suka tengok berita pepagi lagi..



saya tanya pada adik ipar..
"ik, abah mana?"
"abah tido.."


dalam hati saya...
"kasihan abah..tak dapat laaa saya cium tangan abah pagi ni..."
"takpe..petang karang boleh lagi.."


saya sayang abah....hehhe

Takkan laaa tak leh agak kan mana satu abah saya dalam gambar ni... hehhe



Wednesday, September 24, 2008

To-Do-List..Sebelum Cuti Raya yang Indah...

Esok adalah hari terakhir bekerja sebelum bercuti hari raya selama seminggu
dan seperti biasa... apa yang harus saya selesaikan ialah:

  • Kemaskini: OM, BC, OM DDW, DIT.. ahahah..takpe laaa kalau tak paham pun. biasa saya je yang faham (nak pastikan semua subjek dirancang dengan baik supaya silibus dapat diajar dengan jayanya sebelum final exam)
  • Tanda Test 1 DDW
  • Tanda Test DIT
  • Pulang buku library
  • Semua soalan kuiz, tutorial, exam mesti disiapkan beserta dengan skema nya sekali untuk bengkel penyelarasan 14/10/2008 nanti...
  • Meeting esok pukul 10pagi.. Hampeh..Sempat lagi nak buat meeting.. Ingat raya je ni..
  • Kemas meja bagi nampak teratur sikit
  • Bersalam-salamam bermaafan sesama rakan sekerja.. Ucap selamat hari raya...

Kemudian..boleh lah menyambut hari raya aidilfitri dengan indah sekali...

hehehhe

Plan Hari Raya Puasa tahun ini.....

Saya hanya akan balik ke Serdang pada pagi Ahad 26September ini. Walaupun saya dah ambil cuti awal, cik abang mahu tunggu kakak dan adiknya yang bekerja di KL sampai ke kampung terlebih dahulu.Ye la, nanti bila kami dah balik ke Serdang, bimbang tak sempat pula nak berjumpa. Hari raya nanti kami di Melaka kan entah2 kalau kakak dan adiknya balik ke KL awal..

Itulah sikap cik abang yang sangat saya sanjungi... ((waaaaaaaaahh..sanjung katanya))... dia amaaaaaat lah mementingkan institusi kekeluargaan. Kadangkala saya menjadi keutamaan keduanya selepas keluarga. Mula-mula kahwin dulu, memang laaa menyentap aje kan.. Tapi, bila dah berbulan-bulan, saya mulai memahami. Saya mula untuk menilai situasi ini dari sudut yang lebih positif... Maka, dengan itu hati akan jadi lebih tenang.Lagipun, keluargamu keluargaku jua kan.. heheheh

Ok OK..sambung laaa...
Ringkas buat senarai la mudah kan...

Dua hari sebelum raya: bertolak ke melaka
Sehari sebelum raya: Berada di kampung melaka..persiapan serba sedikit
Raya Pertama: Di melaka (kg sebelah mak saya)
Raya Kedua: Pulang ke Serdang semula..cuci baju, sidai baju.persiapan untuk raya ketiga
Raya Ketiga: Bertolak ke Kelantan.. kg ayah loooo, kemudian balik ah ke Setiu kan kan kan..

~yang paling seronok ialah, mak ayah dan adik2 akan berkunjung ke rumah kami suami isteri!!! Alangkah bahagianya raya..........

dan kami akan menjalani kehidupan selepas raya seperti pasangan lain..

Monday, September 22, 2008

Ingat 5 sebelum 5...


1. Sihat sebelum sakit

2. Muda sebelum tua

3. Kaya sebelum miskin

4. Lapang sebelum sempit

5. Hidup sebelum mati.



Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung di setiap perkara itu.


Sekarang ini, saya sangat tak lapang..

Ketika kesibukan melanda ini lah saya teringat kan masa-masa senggang yang telah saya nikmati sebelum ini..


Ianya sama dengan fenomena kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja makan gaji..yang berpendapatan sederhana seperti saya, yang baru saja nak mula menyimpan.. kaya bila awal bulan... apabila di hujung bulan, baru lah teringat akan kenikmatan di awal bulan itu...


Itu lah manusia...sebenarnya, entry ianya lebih kepada mengingatkan diri sendiri agar sentiasa mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku.. Semoga kesilapan semalam, tidak diulangi lagi...


itu belum lagi bercakap mengenai point pertama, kedua dan yang kelima tu..

Kalau disentuh 3 point ini, alamatnya................

p/s: thanks for the blog owner for the meaningful picture...

Thursday, September 18, 2008

Apa Tag2 orang ni.........!!!

mak aiiii..
banyak nye kene jawab dik oiii...

1: 3 random person u love (in no particular order)
senang je soalan ni... hehehhe
~hubby
~mak ayah..
~adik2

2: 12 movies u like (in no particular order)
~banyak nye?? nak buat ape tau ni? ahaks.....

3: 11 band/artis
~letto..dan artis band indon yang best2 melodi lagu dia..hik hik..
~sape tah nama pelakon yang berlakon dalam drama tv biasa tu..alaaa..tak ingat laaa nama dia..hikhik..
~ini aje yang den mampu senaraikan..sebenarnya, tak minat sangat pun..
saya mempunyai pengetahuan yang sangat cetek tentang dunia artis dan hiburan...

4: 10 things about u physically n personality wise
~cakap kuat dan jelas butirannya..sampai student selalu kata "cik,bingit laaa"
ahaks
~suka masak2..puas hati bila tengok cik abang terlantar kekenyangan.. ahahha
~suka meneliti senarai dalam buku catatan perbelanjaan harian.. cik abang akan bunyi "hmmm.dia dah mula daaaah....." heheh............
~akan minta cik abang bawak berjalan bersiar-siar setiap hari cuti, kerana ini aje laa masa untuk kami bersama...hari lain kerjaaaaaaaaaa!!!
~

5: 9 song for your wedding
~tak yah laaa lagu lagu ni..bising2 ni nak makan pun tercekik... ahahaha

6: 8 fav food/drinks
~nasi minyak + gulai kawah..mak aiii..
~carrot susu
~murtabak
~ikan patin asam pedas. cik abang pun gemarkan nya
~sumi jelly manis...
~singgang daging
~masakan mak
~masakan mak laaaaaaaaa yang paling sedap di dunia yang fana ini....

7: 7 things u alwayz wear
~baju laa..biasanya baju kurung laaa selesa
~adik2 dalaman laaa.. ahahha
~adik2 dalaman
~adik2 dalaman lagi laaa sbb biasanya memang 3 jenis adik2 yang dipakai sesatu masa kan... heheh
~tudung laaaa
~selipar laaa..tak pun kasut untuk urusan rasmi

8: 6 pet peeves
~no..no.. i never like pets........

9: 5 things u touch everyday
~kunci kereta, kang tak bergerak lak kang kete den.. heh
~kunci rumah, kalau tak sentuh kunci rumah, sape nak buka kan pintu??
~bedak pixy..dari indon ni..adik aku yang beli..elok katanya.. hik hik.. tak tau laaa...sampai laaaa ni pun biasa je hasilnya..
~pintu peti ais laaaa....
~bantal.. ahaaaakssssssssss...

10: 4 shows u watch??
~semua program kat Asian Food Channel
~Discovery Channel
~Kisah Kaisara
~Bong.. Sweet sangat Aisya tu!!!!

11: 3 celebrities
~aduh sekali lagi...
~erra
~pelakon yang selalu berlakon drama tv tu..tak ingat laaa nama dia apa..

12: 2 current wishes
~dipanjangkan jodoh..
~dimurahkan rezeki.. supaya saya punya banyak peluang untuk membantu dan membalas jasa semua insan yang telah berjasa pada saya...

13: 1 person u could spend the rest of ur life wif
~hubby laaaa...

14: 3 person u want to answer thos tag
~imah
~icah
~yanie putrajaya

haduh haduh.. penat laaa pk.. nnti laaa sambung..

Tuesday, September 16, 2008

The Version of Us....

saya mengenali suami saya ini sejak tahun 1999
ketika itu, saya berumur 16 tahun..
dan sehingga 2008, kami sudah saling mengenali selama lebih kurang 9 tahun
berkenalan..bercinta monyet..hehehe
tahun 2001 selepas SPM, kami bawa haluan masing-masing
kami sambung belajar
dia dengan jalan hidup nya
saya dengan jalan hidup saya..
(masing-masing bawa hati yang lara sebenarnya~tak perlu lah cerita yang sedih2 tu kan)
tiba tahun 2004..
suami saya hubungi saya semula
minta ampun maaf bla bla bla...
saya dengan mudah hati
menerimanya semula..
hiks hiks
saya pun tak tau laaaa
kenapa ek??
mungkin jodoh laaa
ini gambar masa kenduri kahwin kami
24 Mei 2008
gedik je nampaknya
apesal laaa laki aku ni muka macam kene paksa kawin ajo.. ahahha
ini masa saya konvo 2006
ini masa kat ulu langat rasanya..
ngan family saya..tak ingat masa ni dah bertunang ke belum

ini masa tengah hangat @ hangit bercinta
cit...sajo je amik gambar gitu

ini masa kami bertunang.. 19 Ogos 2007

ini gambar masa dah kawin daaah..masa akan nikah sepupu saya 30 Mei 2008

sebenarnya..banyak lagi koleksi gambar2 kami ...........

masa baru kenal tahun 1999 ((malu nak tunjuk))

masa tengah hangit bercinta musim pertama (1999-2000~sekolah2 dah bercinto yo)

masa baru rujuk semula sekitar tahun akhir 2004 (ahahhaha...ape2 ntah)

masa hangat bercinta musim kedua (2004-2007)

masa bertunang

masa hangat bercinta musim ketiga (selepas bertunang looo)

sampai laaaa udah kawin...

tak larat dah saya nak explain...

layan je laaaaaa....

Monday, September 15, 2008

Keretaku kehabisan bahan api...

hendak dimarah, dek kerana sayang....berat rasa hati..
hendak dibebel, dek kerana hormat...empunya badan sudah dewasa..
sudah boleh bergelar bapa layaknya..
tetapi, kenapa lah ye??
kenapa la perkara sebegitu mudah dan ringkas tak mampu untuk difikirkan..
sabar lah hati..
tenang lah jiwa..

itu merupakan proses mengenali dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing seadanya...

walau apa pun, aku tetap sayang kamu seikhlasnya..


Thursday, September 11, 2008

Mimpi........... adalah hak kita..!!

cit.. menyampah!!!!!!!!!!!

Wednesday, September 10, 2008

Bersabarlah wahai sahabatku sayang....




entry kali ini adalah berkaitan dengan kesedihan seorang sahabat baikku..
shikin.. (dalam gambar berbaju merah)
seorang shaabat yang sangat memahami
sahabat yang best..
dan sentiasa berusaha untuk memastikan sahabatnya ini bahagia
dan berpuas hati
sentiasa menenangkan hati orang lain
walaupun padahal hatinya terluka..
ewaaaahhh.. hehhee ayat puitis daaaaa di petang hari yang damai ini...

kin.. aku rindu ko!!!!


Tuesday, September 9, 2008

Tiada Kata Secantik Bahasa...

tak de idea nak update..
kepala poning..
banyak hal mau pk..
nanti laaaa den update ek ek ek..

Sunday, September 7, 2008

Kalau lah diberi peluang....

Kalau lah saya diberi peluang, saya ingin memiliki duit yang banyak supaya:-

  1. saya boleh sponsor semua ahli keluarga saya temankan abah g haji beramai-ramai tahun ni.. kesian abah pergi seorang..
  2. saya boleh beli apa saja yang terlintas di kepala
  3. saya tidak perlu menjawab soalan yang terlintas dalam kepala saya..."yang ni ke? atau yang ni ke?"~aduh..seksa nak menahan nafsu beli ni..
  4. saya tidak perlu meletakkan kembali barang yang telah saya ambil di rak supermarket apabila semakin hampir dengan kaunter bayaran. ((dah laaa letak ice cream kat rak baju)) hahhaha tak patut..
  5. saya tak perlu survey harga.. nak je barang terus pegi beli.. haaah..amik ko!!
  6. saya boleh balik KL setiap minggu supaya saya boleh berbuka hari bersama mak ayah saya.. ahaha..ngade2..
  7. saya boleh bagi duit pada suami saya supaya dia boleh berulang alik setiap hari dari kemaman ke setiu..dapatlah saya berbuka puasa bersamanya setiap hari..ngade2 lagi...
  8. saya boleh bayar hutang kete, hutang RM saya pada mak ayah saya (heheh..) dan hutang PTPTN suami saya.. supaya duit peruntukan shopping bulanan akan lebih meningkat ...yeeeeeeeee haaaaaaaaa
  9. saya boleh beli kamera digital baru sekarang jugaaa!!! huwaaaaaaaaaaa...
  10. saya tak payah laaaa keje..duk je laaa rumah kan kan kan.. ~mempertingkatkan usaha menambah berat badan.. hahahah
  11. saya boleh beli dan hias rumah yang ala-ala "deko bersama eric" tuuuuuu...
  12. saya boleh juga ...........
  13. saya nak.........
  14. bla bla bla..

tapi.. kalau lah semuanya boleh dibeli dengan wang...

namun..apa yang saya nak "bold" kan di sini ialah:-

~hutang saya pada mak ayah..hutang wang ringgit boleh laaa saya bayo.. tp..hutang budi...sampai mati pun saya tak kan mampu settle kan..budi dan jasa kasih sayang abadi mak ayah yang rela berkorban apa saja untuk kebaikan dan kesenangan saya.. uwaaaaaaaaa..sedih sedih

~suami saya memang boleh berulang alik dari kemaman setiu setiap hari.. tapi, tenaga dan perit jerih dia memandu.. kalau kepenatan semasa memandu..huuuuh..saya takkan dapat maafkan diri saya walaupun saya ada puluhan juta mahupun ratusan juta RM dalam akaun saya...mungkin saya tak dapat menggantikan kasih sayang dan perhatian yang suami saya berikan pada saya..

jadi..

lu pikir laaaaaaaaaaaa sendiri.. ~kasar beno ayat nye ni!!!

Wednesday, September 3, 2008

Hari Enjoy + Kuih Kaswi..

Saya rasa sangat enjoy bagi lecture ari ni..


Senang je ilmu itu datang mencurah ...


Mana tak nye..


bagi tutorial dan kuiz aje..


hahhahampeh..!!!!






sesudah tamatnya seisi kelas..


baru laaa saya ada peluang nak update blog..






tp, ok laa kan sebagai warm up bulan posa ni..


esok pun ada


2 kelas tutorial dan 1 kelas lecture..


tp sejam sejam je..


hari khamis saya enjoy sket.. kelas tak byk..tak mcm hari lain..


macam nak terkeluar anak tekak pok pek pok pek..




tp...ye lah ketenangan hati dan naluri di bulan puasa ni bertambah sket laa..


harap2 berat badan juga


bertambah KURANG laaaaaaaaaaa..


ahahahhaksss

walaupun ada la satu dua permintaan saya tak ditunaikan,


tapi saya tau dan sedar


tak semua perkara kita nak kita akan dapat


ada kalanya...


DIA nak uji kita dengan menidak adakan


atau dengaN tidak menunaikan permintaan kita..


jadi kita kena laaaaa


SABAR


kan abang kan kan...(apesal lak ni)
tetiba lak......


HMMMM...bulan bulan posa ni..


tetiba plak teringat........

kueh kaswi mak saya.... heheh

photo from http://nuruldiana008kitchen.blogspot.com

Tuesday, September 2, 2008

Lambatnya nak raya..........!!!


Bapak laaaaaaaaaaaaa awal ...!!! posa baru nak masuk 2 hari..

ntah full ke tak posa tahun ni!!! gile sibuk nak raya...


tak de laaa.. nak cite ni haaaaaaa....

Memandangkan tahun ini kali pertama kami beraya sebagai suami isteri,

isu ini memang kami dah bahaskan..


Tapi, kami berbahas bukan nak balik kg masing masing......

tp, saya nak stay je beraya pertama kat sini (kg asben saya)~taktik ni taktik...,

manakala asben saya, nak balik melaka (kg mak saya)..

Akhirnya asben saya yang menang...

saya pun gembira juga..

sbb dia nak balik kg saya

((taktik tu taktik saya tu sebenarnya....strategi tu!!))

konon2 saya ngalah laaa kan..isteri mithali taat pada suami...

padahal sape yang nak kan balik raya kampung suami

kalau diberi pilihan kan kan kan ..!! kahkhakha..


Setelah kami mencapai kata sepakat untuk pulang berhari raya di Melaka (kampung mak saya), asben saya selalu saja berbunyi:



"eeeeeeee...yang..lambatnya nak balik raya!!"

"yaaang..seronoknya nak balik raya..."

~ bila tgk iklan raya raya kat tv


"yang..amik kalendar tu jap..abang nk tgk bila kite bleh apply cuti"

~berpuluh kali dah dia suruh saya amik kalendar....

sejak sebelum bulan puasa lagi



"yang..nanti abang gaji, ingatkan abang g anta servis kete,

tukar2 ape yang patut..ganti tayar..bla bla bla...

saya tnya "kenapa pulak bang oiii?"

"yelaaaaaaaa..kita kan nak balik raya.. best yaaaaang balik "bandar" raya......."


ok..

ok..

saya bersyukur sebab asben saya tidak diktator..

lagipun ye laaa kan kami menetap di sini kan

tempat tumpah darah asben kan..

jadi, agaknya asben saya memahami kot jeritan hati saya

setelah berkahwin dengan dia,

saya telah berkorban jiwa raga

ikut dia tinggal di kawasan ini..

yang sangat jauh bezanya dari tempat saya membesar.

walaupun saya redho, tapi mestilaaaa saya sedih kan kan kan ..


itu laaa.. agaknya dia faham kot kan..???